Nuffnang

Monday, May 15, 2006

Tragedi orang kampung aku...

Hasrat dua beradik ke Makkah tak sampai
Oleh Rohana Mohd Nawi


MACHANG: Dua beradik yang berhasrat mengerjakan ibadah haji tahun ini, terbunuh apabila kereta yang dinaiki lima bersaudara dalam perjalanan untuk mengikuti kursus haji, bertembung dengan sebuah trailer, di Kilometer 4.5 Jalan Tanah Merah-Machang, dekat sini, pagi semalam.



Imam, Ramli Che Said, 65, yang memandu kereta itu, dan kakaknya, Che Kamariah Che Said, 69, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Machang (HM).

Isteri Ramli, Rahmah Manaf, 50, cedera parah manakala dua lagi termasuk anak lelakinya Shaifuddin, 23, serta seorang saudaranya, Che Sani Che Mud, 61, masing-masing cedera ringan, turut dikejarkan ke HM.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, berkata Ramli sekeluarga dalam perjalanan dari Kampung Kaabah untuk mengikuti kursus haji di masjid Machang apabila kemalangan berlaku jam 8.15 pagi.

Kereta itu, katanya, turut ditumpang anaknya, Shaifuddin yang dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah kedai kek di bandar ini.

Umar Ali berkata, pemandu trailer berusia 48 tahun itu kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Anak sulung Che Kamariah, Mohd Nor Junuh, 52, berkata dia terkejut melihat kereta bapa saudaranya (Ramli) terbabit dalam kemalangan ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja di Pasar Machang.

“Saya nampak kereta pakcik remuk, tetapi tidak menyangka ibu saya di dalam kereta berkenaan. Apabila nampak ibu saya, kaki saya lemah, tetapi terus membantu menarik keluar badannya sambil hati tidak henti berdoa supaya beliau selamat,” katanya.

Mohd Nor berkata, ibunya sangat gembira apabila dapat ke Tanah Suci tahun ini kerana tahun lalu beliau tidak dipilih,” katanya, semalam.

Adik Mohd Nor, Siti Aminah, 49, berkata: “Saya terkilan kerana ibu tidak sempat ke Makkah tahun ini. Arwah ibu juga tidak sempat melihat adik lelaki saya, Mohd Amin, 27, melangsungkan perkahwinan Julai ini,” katanya.

1 comments:

nuuru said...

both of them my uncle's n aunt's>>>>>>>>>>so sad!!!! this time i'm on the vacation at kinabalu,kundasang!!!!