Nuffnang

Thursday, October 12, 2006

Bagi masa untuk membacanya

Baca le...sedih cite nie.


so, slpas mmbaca cite ni, ingat2lah ssape yg slalu mngingati diri u
all, mngambil brat u all trmasuk juga ayah & ibu u all.
kawan sjati adalah yg brada disisi di kala susah mahupun snang.
bukan snang mau cari oooooooo.


==============================>>>


Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung.
Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara.
Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan
adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita
Naim ye? Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile
kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik
main sama-sama. Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian.
Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.
Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai
sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya.
Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu.
Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi
bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi
kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya.
Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai
ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit.
Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah
tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri.
Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut.
"Wey! Siut!
Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan
malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang
terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK!
Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk
bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la!
zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?"
Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan
Naim dari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya.
Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan
kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada
masalah je..." tegur Raiz. Naim kelihatan murung."Aku memang ada
masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik.
"Cadangnya gitulah!" "Ala! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak
borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak
jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah,
Raiz mengikut sahaja. "Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok
aku balik la! boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.
"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan
apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu
hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.
"Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi
kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga
diorang. Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat
betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang
dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.
"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang
nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!"
Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang
lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka- sangka nasib Naim sebegitu
malang. "Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku
tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hariraya, aku
tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau
sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila.
Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku
cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang
apa tau? Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang
mesti tak ambil peduli!" Suara Naim sedikit tinggi.
Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah
sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum.
"Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar
berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye!
Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong
gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak.
Sampai begini susah hidup Naim! "Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku
tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat
apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara.
Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk
aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau
dari hujung rambut sampai hujung kaki.Halalkanlah makan minum aku
selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!" Mereka berbual hingga
larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa
berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum.
Terus Raiz tertidur. "Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita
tunggu dia balik!" Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari
tidur.Terpisat-pisat Raiz bangun. "Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat
ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain.
Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni
kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya. "Eh? Kenapa pulak
diorang marah ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi
teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di
tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang
sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah
berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah. "Eh? Semalam saya pergi rumah
Naim, mak... ayah! Kenapa Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!"
Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul
Naim bin Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.
"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde,
sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?" "Budak
ni... bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari
pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak
ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia,
dah tak ada.." terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah
terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam
menjelang raya. Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz
temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampaikan padanya
terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.
"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak
raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung
kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang la
rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim
lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah.

"Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana !

2 comments:

Anonymous said...

awk..sedihnya citer nie...huhu..menagis saya dibuatnya..hope xdelah nasib kwn saya yang jd mcm 2..

Unknown said...

mintak mcm tu eh...citer dah lama..sy baca hampir 10 kali citer ni..entah apasal ...