Nuffnang

Saturday, January 19, 2013

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Macam ne lak aku boleh terjebak nak promosi UTHM ni, Bukan nk promosi sebenar cuma nak cerita pasal video corporate yang terbaru yang agak menarik. Setiap tahun mesti ada video yang baru sebab perubahan di uthm sedia ada.Kalau ada sesiapa nak belajar kat uthm terus akan jatuh cinta punya dengan Kemudahan yg disediakan. Tapikan Kolam renang tu belum siap lagi mgkin dlm taun ni akan siap kut.

Satu lagi video yang aku nak kongsikan Video 5S Fakulti, dlm video ni menujukkan fakulti mengamal 5S. Jadi sesiapa yang nak amal kan 5S kat rumah boleh lah buat rujukan.


Jangan terkejut kalau minit 3.58 hingga 4:00 adalah part boleh membuatkan anda mual mual nak muntah2 gitu..

Friday, January 18, 2013

Mee Rabun

Untuk hari ni, aku nak cerita bab bab makan ajer. Kalau setenggah tak pernah dengar dan tak tahu mungkin rasa nya pelik bunyi MEE RACUN, Apa kejadah lah nak pi bunuh diri pergi makan mee racun tu. Hehehe..xyah buat lawak bodoh lah mat pit...Aku kurang pasti lah juga mee beracun ni memang berasal dari Johor atau di bawa masuk dari kawasan lain.Tu kena tanya yang pakar pemakanan mcm chef wan ..hehehehe

 Nilah rupanya Mee racun aku maksudkan bukannya ada racun pun, cuma rasanya manis, tak lah rasa manis gula tu, manis dengan rasa kambingnya. Campur telur. Kuihnya agak pekat. Terasa sedap sesangat. Kalau yang jenis tak makan kambing agak rugilah. Kekadang  setengah orang ni tak makan kambing bukan sebab ada penyakit tapi disebabkan dia dah set di pikiran makan kambing boleh pening. Cuba makan dulu pening tak, rasanya tak pun. Saja kan nak cakap "Saya xleh makan kambing lah nnti pening"..
Kita ni sudah diajar memakan kambing tinggi kolestrol, namun kambing adalah makan Nabi kita seolah olah nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolestrolnya .. Nampakkan ni semua permainan Yahudi menipu kita.
 Taraaa...........licin selicinnya.....rasa mcm nak tambah tapi disebabkan aku tgh dalam proses pengurusan badan. Aku tak tahu lah sejak semenjak ni badan aku mcm kena pam pam dah ni..kalau senyum skit ajer mesti org tegur bangun bangun jangan tidur. Hah nampak pipi aku yang tembam gebu gitu sangattttttttttttttt...
Cerita tambahan :- Adalah hamba Allah ni, aku belanja lah nasi ambeng salah satu makanan orang jawa. Paling tip toplah juga.. Kalau datang johor cubalah makan nasi ambeng, nasi beraini, mee racun dan lain lain..banyak makanan org johor ni nnti aku cerita secara satu persatu..Bersambung yang aku peliknya bila hamba Allah ni makan dia cakap xleh makan. Dia cakap lah termuntah muntah yang aku peliknya nasi ambeng ni kalau ditgk mcm nasi putih ayam kicap ajer pastu adalah tambah ikan kering. Apalah yang membezakan nya..Ngada2 lah tu.....

Wednesday, January 16, 2013

Dapur Idaman


Post kali ni aku nak kongsikan pasal dapur idaman semua org..Bahagianya kalau dapat rumah yang serba serbi cantik dan cukup lengkap ni. Andai lah ada rumah sendiri di kampung nnti in sya Allah kalau boleh nk lah dapur macam ni .
Untuk ubah suai dapur ni memerlukan modal yang besar. Mula mula aku tgk kataloq ni aku amat terkejut juga lah ngan harganya. Ni harga di kelantan, tu harga promosi kalau harga tiada promosi aku tak pastilah..


Syarikat ni juga menyediakan ubah suai bilik tidur, almari baju .

 .
Apapun :-----



Tuesday, January 15, 2013

Selamat Bersara


Akhirnya selesai sudah ayah aku berkhidmat untuk negara..hehe..mcm ayah aku ni tentera aje. Bermula sekarang berubah sudah kehidupan ayah aku. Tak pasti lah lepas ni ayah aku boleh bersenang lenang rehat kat rumah. Tapi mak aku cakap lepas pencen makin sibuk adalah dengan wayaring.
Untung ayah aku pencen pun tak payah nk pikir pasal hutang bagai ni..Macam aku ni lepas pencen pun masih lagi berhutang dengan kerajaan,.Tak tahu lepas pencen terpaksa cari kerja lain. Tu pun kalau panjang umur.
Hari ni tak nak cerita lelebih cuma nk berkosong cerita ajer

Sedih! Cerita Pengorbanan Si Ayah Terhadap Keluarganya


Sebagai seorang lelaki. maka kita perlu bersedialah untuk menjadi seorang suami, malah harus bersedia untuk menjadi seorang bapa. Kita juga sebagai anak perlu tahu tentang susah payah seorang bapa dalam membesarkan kita, dalam menyara keluarga tanpa memikirkan penat lelah. Apa yang pasti insan bergelar ayah ini, mahu zuriat-zuriat mereka hidup dalam kesenangan dan bahagia. Admin mahu kita sama-sama mengenang kembali apakah jasa si ayah terhadap kita sekeluarga.



Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : “Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?”

Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab : “Sebab aku lelaki.”

Anak perempuan itu berkata sendirian : “Saya tidak mengerti”.

Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : “Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki.”

Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya : “Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?”

Ibunya menjawab : “Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian.”

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah- olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

“Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung.”

“Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting- tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya.”

“Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya”.

“Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih- payahnya.”

“Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya”.

“Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.

Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara.”

“Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya.”

“Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi.”


“Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya.”

“Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat.”

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

“Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah.”

Moral:

Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali siratulrahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Tuhan selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya.

Monday, January 14, 2013

Soal Jawap Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus, mengajar agama dengan mudah dan senang untuk memahami. Memang aku akui aku ni jenis malas nak dengar ceramah tapi skrg. Ceramah agama dah jadi minat aku. Bukan nak riak atau nak jadi baik tapi nak terbaik.
 Semua ni bekalan dunia kita untuk kemudian nnti. Banyak menda lagi perlu dipelajari ..Jadi aku bagi lah beberapa contoh soal jawap nya:
























Selebihnya boleh tanya Pakcik Google atau makcik Youtube......

Sunday, January 13, 2013

APPLE VS SAMSUNG

Tablet/Ipad ada salah satu gajet yang aku hajati disebabkan aku dari orang bawahan ni dan gaji cukup cukup makan hanya mampu tengok dari jauhlah. In sya Allah mgkin suatu hari bila harganya jatuh, Mungkin masa tu harga dlm Rm500 aje.

Ok hari ni, aku cuma nak buat bandingan harga, keistimewaan antara Samsung dan Apple. Wah gitu suka suka hati nk buat ertikal pasal gajet yang sndiri pun xder pengalaman menggunakannya.

Untuk permulaan ni aku mulakan dengan APPLE satu brand yang gah gitu. Ipad appe dah jadi kegilaan muda mudi skrang. Kalau tgk dari harganya mmg bagi suatu  1 brand yang gah ni..Agak2 bolehlah. aku rasa harga dah jadi murah sebab saingan hebat sekarang ni dengan brand lain dah terlumba2 mencipta bermacam jenis dah..

Kebaikan
Apple ni kalau tgk dari design ni mantap.. tahan..kalau pakai ni mcm ensem aje..ada ngene ke.
Apple ni jarang org guna jadi penyebaran Virus mgkinlah 98/100 sshlah skit.
Untuk bermasalah agak ssh dari segi bateri ke apa . Kualiti dia mmg terbaik
Kalau ambik gambar-fusss terus nak nangis cantik..

Kekurangan
Apple ni software contoh mcm game nak kena beli..kena ada modal kalau android kan free aje.
Tapi org cakap boleh ajer nak free crack ajer. Mcm tu aku xpasti. Kena tanya yang pakar.
Apple ni kalau nak gigi biru-bluetooth ni dia nak sama2 dia aje..jenis kera sumbang betul.
Kena betul2 tau sebab function apple ssh skit.
Dia xleh buat panggilan

Yang tu ajer yang aku tau sebb aku search dlm internet. Kekadang aku masuk juga forum Apple bukan apa sebenarnya aku teringin juga nk guna Apple walaupun orang cakap ssh nk guna ke. Belum cuba blum tau kan. xleh lah nak nilai mcm ni..
Untuk cecular ni bukan bermakna boleh buat panggilan cuma apple ni meletakkan nama cecular xnak bagi silap paham dengan 3G dan 4G.



Brand SAMSUNG

Kalau tgk brand samsung boleh muntah sebab samsung ni ada berbagai jenis tab note, tab 2 dan berbagailah.Sebab aku pernah menggunakan android (telefon aje) sebenarnya sama ajer. Cuma perbezaan dr segi tablet ajer 7.0 atau 10.1 tu makna kebesaran tab tu.
Bagi aku lah table samsung siapa siapa pun boleh menggunakan sebab dia senang mesra rakyat..hehehe mcm 1 Malaysia lak.Pastu harga nya mesra rakyat jg.

Kebaikan

Tab samsung ni mcm aku cakap td senang nak guna dan juga agak murah.
Sebab apa aku cakap murah sbb kalau di banding dengan apple tu. harga apple yg wifi shja mampu membeli tab samsung yg ada wifi+3G dan juga ada slock untuk memori. Kalau mcm apple ni kalau dia cakap 16G hanya tu ajer lah kalau dapatnya, Kalau samsung ni kalau nk tambah leh sampai 32G.
Tab samsung ni boleh masukkan sim dan boleh buat panggilan dan mesej.Korang bayangkan bila nak angkat phone letak tab 10.1 kat telinga..hahahaaahaha..

Keburukan
Tab samsung untuk ketahanan aku xleh cakap lelebih mmg krg lah. Nak guna penuh sopan lah.
Xleh simpan banyak sangat fail, mulalah dia buat onar slowlah, hang lah walaupun dia tambah memori tapi processor xleh ubah. Jadi sama jugakan. Sebab tu kemungkinan yang berlalu hang, restart sendiri mgkinlah.
Penyebaran Virus kemungkinanlah sebab ramai org guna...
Bateri lak sebab aku baru aje terkena dengan samsung ni, bateri dia cepat mengembang tu untuk telefonlah kalau untuk tab tab ni aku xpasti. Tawakal ajer lah..

Tu ajer yang aku tau pasal kedua dua brand sebenarnya mcm lagi. Kalau nk lebih masuk ajer forum gerenti bila nak beli kita dah tau kan kebaikan dan kelemahan. Hanya orang yang pernah guna ajer yang tau pasal baik buruknya...


Pesanan Akhir.
Apple ni kalau nak beli murah beli kat store kedai Apple betul, jangan beli dekat kedai mcm wakil tu, harga kat situ nak up dah. Hari aku usha lah juga kan terkejut aku dari Harga RM999 boleh up sampai RM 1200. Jadi kepada sesiapa yang duk kampung2 atau kawasan Kelantan mmg xder store Apple beli ajer online. Berbaloi siap dia tulis nama kita kat belakang ipad tu terbaik.

Samsung lak kalau beli dekat store samsung dia mmg harga gitu lah. Sama lah mcm appple jugalah. Tapi kat johor ada 1 kedai agak popularlah harganya leh murah lagi pastu ada yang siap pakej.kalau beli ngan kedai tu dia bagi gift contohnya cover, up memori dan screen protec tu. Kalau beli dengan store samsung ni dia tak bagi gift ni kalau nak cover kena tambahlah duitnya....Nama kedai kat batu pahat tu chalie cawangannya just semua kat johor...


Peperangan perbandingan Apple dan Samsung....Rasa mcm tiada kesudahannya ....----Klip sini----

Saturday, January 12, 2013

Sambung Belajar?????

Musim peperiksaan telah bermula, bermula lah aku sebagai penjaga peperiksaan bukan sbgai pelajar nak ambik periksa. Bila menjaga periksa terus terdetik dalam hati ni. Bila lah aku nak sambung belajar ni, sampai bila aku nak mcm ni.. Takkan nak duduk setempat tidak berganjak ni. Cukup ke dengan pekerjaan aku skrg ni.. Tapi tetap bersyukur. Andai boleh nak upkan lagi.
Sekarang dalam proses utk pertimbangan untuk sambg belajar, mampu kah aku menunaikan tanggujawap yang akan ku tanggung ni..Berkerja sambil belajar. Mampu kan aku dengan dugaan lain. Kekadang bila pikirkan mcm tu aku terus down...down down down....stresssss.....
Tapi aku nk kuar dari kepompong ni, aku mahu maju...indah nya rasa kalau semua pengajian aku ditanggung atau belajar sepenuh masa dengan gaji penuh/separuh. Tapi itu semua hanya khayalan semata mata..
Nak tau sebab apa aku cerita pasal ni, 2 hari lepas aku jaga periksa dengan mendapat kupon 3 hinggit untuk 3 jam sebagai bayarannya..Sebab ni kali pertama menjaga peperiksaan utk pelajar tua tua, kebanyaakkan cikgu. Bayangkan nak handle pelajar yg berpegalaman ni mcm mcm kerenah.. Lebih teruk dr pelajar muda mudi ..Masuk masuk dewan huru hara, kelam kelabu dan mcm2 kerenah..Tgk muka mmg tua dan matang semua ..
Last sekali masa nak buat periksa slip jawapan dan tgk slip peperiksa aku tgk lah IC( kad pengenalan) hahahhahaha..trs aku tgk atas bawah pelajar tu..."Tua nya dia ni" hahahaha dlm hati pastu tgk pelajar lain ..Kebanyakkan sama tahun dengan aku wawawawawa.....suka hati cakap org tua..nampak sangat aku terasa amat muda masa dlm dewan peperiksaan tu..
Nampak tak jalan cerita nyaa...kesimpulannya diorang boleh belajar, xkan aku xleh kut...biarlah org nk cakap tua pun janji ilmu penuh didada..