Nuffnang
Thursday, April 23, 2009
Jodoh
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.
Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "
Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "
`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`
Wednesday, April 01, 2009
Berkahwin lak
perlukan ada kayu, paku dan sebagainya....
Tidak lah tu nak membina umah, ni nak membina keluarga suami isteri dengan maksud lain nak kahwin eh....
Merisik
- Kena lah pi merisik dulu bukan mengintip yaa...pi suh family kita tanya family sebelah satu lagi dia dah berbunya ke blum...kang pi dia dah berpunya kan...tgk juga lah keturunan dia...tgk perangainya mcm ner?Kita nak berkahwin xyah pi ikut sekali biar family kita ajer yng pi..biar org tua ajer yang uruskan semua tu...jangan nak pi mengatal lak kecuali terpaksa tujuk jalan kan..hahha..kena pi juga eh tu....
Bertunang
- Bertunang bermaksud mengikat atau ayat lain tanda (dia dah berpunya, jngan nak kacau)....Bertunang kalau ikut agama xperlu sebenar dan tgk atas sesetenggah org eh nak buat ker tak kan...atas kemampuan lah, masa tunang pun memerlukan modal juga eh...Zaman sekarang bertunang pun dah ada pelamin....Zaman dah berubah dah...mcm 2 dah manusia menambah adat utk bertunang....kekadang bertunang mengalahkan nak kahwin...aku xleh nak komen lelebih duit diorangkan, ikut suka dioarang nak majlis mcm ner pun 4 hari 3 mlam ker..hiihihihhihihi....Zaman dulu lelaki tidak dibenarkan dtg umah laki, just htr ibu ayah ajer yang pi kan...tapi sekarang laki turut serta sebab ada sesi sarungkan cincin dan bergambar..dah mcm wajib plk kan.....Hah menda yang penting masa bertunang ialah masa tu 2 family duduk berbincang bila tarikh nak adakan majlis perkahwinan, opsss lupa lah yang agak penting ni.....tawar menawar harga hantaran(hahahhaha ms tu mcm jual beli manusia)xder lah...dia ikut harga semasa dah sekarang ni....dan juga tgk kelayakan akademik nya juga....(mcm nk tmdga kerja lakkan) tgk akademik dia mcm master/ijazah tinggilah harganya...hati hati nak nikah kena simpan duit bebanyak.....skrg ni mcm kat kelantan kwsan kg harga paling rendah 6k tau paling tinggi 10k aku dngar sekarang....(nampak gayanya aku kena ikat perut eh nak simpan duit kan)...tapi kat luar mcm johor ni....hantaran mmg tinggi paling rendah pun 8k tak silap aku eh..tapi kwn aku 10k .....kekadang aku asik mikir ajer mcm ner nak cr sebnyk tu..tu baru htran menda2 lain paling sedap pun nk kena ada 20k.....
Sesi mencari barangan Kahwin
- Yang ni pepandai korang lah nak cr barangan nikah nak nk letak atas par....aku bagi contah lah beg perempuan, kain sepasang, jam, alat solek, buah buahan(yg ni beli masa nak nikah lah), kek, kasut yang lain aku lupa eh....atas kita plk nak letak aper pun..kat situ beribu juga nak beli tu...mesti kita nak beli barangan terbaikkan...yang terbaik mesti yang mahalkan..hahahaha...pastu nak beli bunga telur, gift utk tetamu.... yang ni aku cadangkan korang beli kat air itam kat parit raja atau pun kat rantau panjang situ mmg banyak barang khas utk kahwin xyah pening kepala janji ada duit lah...Pas setel tu kena lah tempah kad kawin nak ajak kekawan ni...tempah jurugambar dan kalau ada duit lebih tempah pelamin...xnak xper janji hiasan kat dlm bilik cantik lah.....tu org suh simpan duit bebanyak..hhahahah....jangan lupa isi borang nak kahwin, test HIV penting tu....satu lagi dah pi kursus kahwin blum....kang xpi plk ....xleh kahwin woi....oklah tu dah cukup kut aku rasa..tapi berhati hati yaa...syok guna duit simpanan sampai lupa nak simpan utk guna pas kahwin kan.......nahas woi...xkan nak pinjam ngan mak bapak kut...hihihihih
Akad nikah
- Alah kemalasan aku dah dtg dah....malasnya nak bercerita lagi ...xkan nak sambung kut..hahahaaahaha...skit lagi yaa....masa akad nikah yang mendebarkan bagi lelaki eh....fuss kalau hiris tangan dgn pisau darah xkuar kut...gementar punya pasal...hahhahhhahah(aku cerita ni mcm aku dah kahwin lah plk ni..ni dr pengalaman kekawan aku ni).....ada org cakaplah masa kita salam dgn tok kadi tu...perasaaan mcm melayang2 ajer..mgkin banyak diorang pikirkan kut..aper diorang pikir korang tanya diaorang lah....
Bersanding
-Mcm biasalah saat gembira ni....korang dah berdua xlagi keseorangan...masa tu anda diperhatikan...Hari tu anda sangat istimewa, diorang dtg semata 2 utk tgk korang ajer...maybe akan dapat hadiahkan...kekawan yang dah lama xjupa dtg ucap tahniah kepada anda...ok lah cukup eh tu...malas dh aku nak menaip....ok bai bai...
p/s: Tahniah kepada kekawan aku dah kawan dan bakal kahwin.....Semoga kekal ke akhir hayat....

Monday, March 30, 2009
Blog
Sebelum ni, aku xtahu pun yang sepupu aku ni ada blog, dlm diam diam ada rupanya...Org yang maksudkan dlm gambar diatas bukan yang laki berkulit hitam tu..Yang perempuan tu, gambar tu masa dia pi london...bestnya...dia pi sana pun sebab nak g superviser nak sambung belajar dan Cari universiti sambil melancong eh....Dia duk sebelah umah aku ajer....Blog dia kebanyakkan menggunakan english mmg pattlah dia guna english dia pensyarah english..hahaahh..aku pasni aku nak dlm bahasa org puteh juga eh..hahhahaha..aku rasa huru hara, guna bahasa melayu pun dah berbelit2 guna english lagi eh....

Gambar Tok Guru ni tak der lah mengena ngan sepupu aku kat atas cuma info ajer...Rupanya Tok guru Nik Aziz pun ada membina blog pasni dapat lawan Chedet eh
Thursday, March 26, 2009
Tuesday, February 03, 2009
Tuesday, January 13, 2009
Kasih sayang mengikut bulan lahir........
Januari
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja
------------------------------------------------------------ ------
Febuari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
----------------------------------------------------
Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
-----------------------------------------------------
April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
----------------------------------------------------------
Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.
----------------------------------------------
Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.
--------------------------------------------
Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
-------------------------------------------------
Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.
--------------------------------------------------
September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.
------------------------------------------------------
Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.
----------------------------------------------
November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
---------------------------------------------------
Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.
Wednesday, January 07, 2009
Let's boycott Israeli and Israeli-related US Companies!
McDonald
Coke Cola
Danone
Starbucks
Maggie
Nestle
L'Oreal
Rexona
Kit Kat
Sprite
Sunkist
Intel
IBM
Gap
Johnson & Johnson
Kleenex
Kotex
Maybelline
NOKIA




Mari lah kita sama2 berdoa keamanan dan hentikan peperangan ...

Wednesday, December 31, 2008
Untuk semua
Semua di sini-----klip sini
