artikel copy paste dr facebook asa kelate
Salam all , Sedikit catatan mengenai Aduka Taruna , sebelum beliau tersasul menghina Almarhum Sultan Iskandar . Membaca catatan dibawah ternyata beliau memang benar benar terlampau dan terlajak . Jika Saidina Ali dan Aisyah Isteri kesayangan Rasulullah disifatkan sebagai “bangang nak mampus “ apatah lagi komen beliau mengenai Almarhum Sultan . Apapun bak kata Pepatah melayu “ Terlajak Perahu boleh berundur ….Terlajak berblogging …buruk padahnya …sama samalah kita mengambil iktibar …..Wasalam..
Bukan saya tidak kasihankan Aduka Taruna ini, saya rasa sejak artikel dia menghina Sultan Johor itu, maka bagaikan HUKUM KARMA sudah jatuh ke atasnya. Saya merasakan beliau di dalam tekanan jiwa yang hebat, lebih hebat dari terkena badai tsunami.
Yang pelik, blog beliau mempunyai ramai follower juga, dalam 200 lebih. Saya terfikir apakah follower blog beliau juga menyokong dan bersekongkol dengannya kerana mendiamkan diri sahaja malah bersama-sama menjadi penyokong blog yang suka menulis kutukan dan hinaan ke atas sesama muslim. Mentaliti apakah yang terhasil dalam masyarakat kita pada hari ini hingga tidak ada sedikitpun sensitiviti terhadap perkataan-perkataan yang sedemikian rupa.
Mari kita sama-sama nilaikan tulisan sang ADUKA TARUNA yang terlampau ini.
Namun apabila membaca beberapa lagi AYAT-AYAT INDAH" beliau yang turut menghina isteri RSAW, sahabat-sahabat RSAW dan ulamak-ulamak, maka saya merasakan memang ADIL beliau ditimpa musibah sedemikian rupa kerana melihat cara dan gaya beliau menulis dan menghina sungguh melampau batasan..Sebelum ini Aduka Taruna juga pernah menghina Ulama’-Ulama’ Mahzab dan juga Isteri Rasulullah saw, Aisyah. Dalam tulisan beliau bertajuk ”Wahabi Perlis”, beliau menulis;
“Pada gua, mazhab2 ni semua bangang nak mampos. Aku mazhab Shafie, ekau mazhab Hambali, dio mazhab Hadari. Kalau mak gua Shafie, gua kena Shafie. Kalau geografi gua Shafie, gua kena Shafie gak (Elin sorang jer Shafie Apdal). Kan ke ketetapan yang baling bongok dalam dunia. ” dan;
“Samo gak isu perang Muawwiyah-Aishah dgn Ali. Pada gua Aishah dan Muawwiyah manusia stupid dalam tajuk itu. Lu nak hukum gua kapir pun gua no hal punya. Memang 2-2 salah, tapi paling berat kat mangkuk 2 ekor tuh. Apa ingat Aishah isteri Nabi dia maksum. “
Dalam tulisan bertajuk “Sembang Mazhab” dia menulis;
“Takda maknanya, mak gua Shafie, gua kena Shafie sampai mampos. Sambung ke anak cucu. Ada bahan mentah yang suruh lu terikat dengan keturunan dan terikat dengan tafsiran 3rd party? Pada gua, ada banyak tafsiran Shafie yang mengarot, sebagaimana banyak lagi tafsiran mengarot dari mazhab lain. Kerana apa? Kerana kuasa mentafsir bahan mentah, Allah tak beri kepada hanya 4 ekor mazhab ni secara mutlak. Refresh beb… refresh sket.”
dan; “Muawiyah + Aishah plak.
Lagi 2 ekor mangkuk. 2 ekor mangkuk bukan pada ahli syurganya atau pertalian darah Nabi, tapi kepada tajuk. Isteri Nabi Nuh jatuh hukum bangang, tetap jatuh hukum bangang. Anak Nabi Nuh jatuh hukum bangsat, tetap jatuh hukum bangsat. Anak Nabi Adam jatuh hukum sohai, tetap tiada kompromi. Sohai sebab bunuh saudara sendiri.
Anak Nabi Muhammad SAW kalau mencuri, potong tangan dia.. Seandainya dia bertaubat selepas itu, atau redha Allah lebih tinggi dari perbuatannya mencuri, dia tetap Allah masukkan dalam syurga .
Aishah penyebab kematian ratus ribu nyawa dan darah muslim, dia tetap jatuh hukum bangang nak mampos. Dalam tajuk itu.
“Jumhur ulama menetapkan keduanya tidak salah. Tapi Ali menghampiri kebenaran.”
What the f**k? Berapa ramai mampos sebab kerja bodoh dikatakan tiada yang salah? Hanya kerana status elite Aishah? Hanya kerana dia kerabat diraja atau hanya kerana dia keturunan Syed? Islam itu Allah punya atau ulama punya? Niamakahai.”
Cuma satu komentar saya terhadap Aduka Taruna, dia memang BIADAP dan patut DIAJAR.
Terkini – Penulis blog ini (Aduka Taruna) telah menyerah diri di Balai Polis …