Nuffnang

Monday, February 02, 2009

Aktiviti Raya Cina

Balik kg lagi.......aku rasa baru ajer balik tapi kali ni cuti aku agak lama juga...tapi tak kisah janji tak menganggu kerja aku...aku sebenarnya malas nak menulis ni...entah lah penat ajer .....tapi aku citer serba skit masa balik hari tu kan.....
Masa balik kg hari tu ada lah serba sedikit aktiviti aku lagukan kiranya semua nya penuh ku isi masa cuti tu...
mAsa mula mula cuti program dah jalan...
kawan aku amin yang satu umah dengan aku dah kahwin .....skrg tinggal aku sorang ajer yang blum khwin kat umah sewa kat batu pahat....bukan aku sorang eh tapi ada mamat gua musang yang still duk sama ngan aku walaupun dah khwin....tapi amin bila masuk kerja dia pindah umah lain sebab bini xkerja jadi senang eh dia bawa teruskan...
Alhamdulilah aku sempat lah meyaksikan angkat nikah amin sehingga selesai...
Aku xsempat nak tgk dia masa dia sanding aku kena balik kelantan, pastu aku tgk masjis nya biasa2 ajer...aku minta kebenaran balik ajer sebab aku dari johor terus pergi umah dia, malam nya aku tumpang tidur umah kawan aku....semata mata nk g masa dia kahwin...Akhir sampai juga....

Aku bergerak balik ke kota bharu dl htr kawan aku yang tumpang ngan aku........sempat lah aku singgah umah kawan aku ni..aku letak eh gambar dia sebab ada org nak tgk anak dia..
Pas rehat kejap umah dia, aku ada janji ngan seseorang(penting juga dlm diri aku ni)...
Borak 2 xsedar dah puk 6.....dia kena balik sebab nak nak solat asar aku xper aku dah jamak dan kosar dah....dan baru lah balik kat umah aku.....

esok nya aku dah mula aktiviti menjadi drive bapak aku dah...tapi bapak aku dah cekap dah drive.....aku drive masa nak g jauh 2 ajer..g kota bharu dan hosptal aku eh drive nya....
Sempat lah sambut bestday anak saudara aku, anak abg sulong aku.....agak istimewa skit eh anak saudara aku ni....ramai yang bagi kasih sayang kat dia..bagi aku semua anak saudara aku sama ajer layanan nya....cukup eh setahun umur haqizan

Aku lagi gong seboleh2 aku bagi hadiah kolam mandi tu....aku lupa lak, kak ipar aku cerewet gila, xbagi anak dia main takut selsema pastu anak nya xleh nak kongsi2 ngan bdk bdk lain...Jadi hadiah aku xhargai eh...xperlah....anak saudara aku dah ramai ...aku bagi kat anak saudara yang lain...senang ...last 2 masa aku nak balik johor aku bagi duit ajer...ambik belilah sendiri nak beli aper kan ..kan aku beli xberkenan plk....aku bengang juga had kan anak dia nak main....aku paer lagi, aku suh anak dia main memcm 2 masa dia xder..aku masukkan dia dlm raga aku tolak ...akak ipar aku xbagi kalau dia xtgk, takut jatuh plk..payah juga kan....

Alhamdulilah, kawan aku ady akhirnya menamatkan zaman bujang ngan ngan gadis ciku,gua musang....senyap senyap last kahwin dia..tgk pendiam ajer..org cakap diam diam berisi...gitu eh skarang kekawan aku yang dulu yang kuat bercinta sorang pun blum kahwin, tapi yang masa sekolah dulu pendiam ajer semua dah kahwin....aper pun selamat pengantin baru, semoga kekal ke anak cucu....Banyak kali juga aku naik kb, pergi hospital kota bharu tgk sepupu aku sakit buah pinggang, dah krus kering dah dia..oprate blum tau lagi...aku doakan dia cepat sihat..aku pi sana sambil jupa org penting aku...
Sempat juga jupa kekawan lama main bowling...aku dah terro main bowling eh..asik aku ajer yang menang ...hahahaahha...dulu org selalu perlekeh kan aku....aku baru kenal ajer bowling ni..
Sempat pi jejalan pergi wakaf che yeh....dan sempat juga merasa gaji pertama romaino yang baru dapat gaji...hahhahaahha...tahniah dan terima kasih mino....hahahah

Balik kg mesti air paip xder...boring betul eh...xtahu apasal ..ramai org balik kut jadi tekanan sampai kat umah aku xnaik air..sempat lah aku mandi air terjun kat jeram lenang..best wowooww..balik t aku nak pi lagi..
aku bawa semua anak saudara aku pi mandi sana....
Dan akhir nya aku kembali ke batu pahat........

sempat lagi pi sungai lurus......................

Sunday, February 01, 2009

Diri ku Makin di lupai

Bila dah makin tua ni.....terasa lak dilupakan oleh kekawan lama....sedih rasanya...hihihihhihihihi...masa dulu dulu ramailah juga yang ingat tarikh keramat aku....tapi skrg tak lagi.....(mcm ayat drama lak) cuma aku ajer simpan/ingat peribadi kekawan mcm tarikh keramat ni....tapi tak kisah yang lama tiada ada yang barukan..mgkin diorang termiss kut...tapi aku siap alarm kan bestday kekawan kat hp.....
Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada kekawan yang mengingati ku ni....yang mengucapkan ngan berbagai cara sms, email, dan call...Yang kebanyakan yang wish kat aku semua nya yang aku baru kenali..terima kasih ..tapi ada juga yang lama....
Nak aku sebutkan nama ker....xyah kut...terima kasih semuaaaa...

p/s: banyak aku nak citerkan masa aku balik kg masa hari raya cina....tq

Monday, January 19, 2009

Musim Kahwin kembali

Musim perkhawinan kembali...ramai betul org yang kahwin masa cuti raya cina...bila musim kahwin terasa juga eh seri pengantin kat aku tu .....banyak plk soalan yang sama
"apis, kau bila lagi..."aku diam aje ...soalan yang agak ssh nak di jawap....kalau org paksa juga, aku jawap lah "tunggu ajer lah kad dari aku....ada lah tu ...hihhihihihihi..jangan terkejut ...
Bila kekawan yang seperjuangan dah nak kahwin, risau pun ada lah juga....mulalah rasa bertanggujawap nak simpan duit, tapi bulan lepas banyak juga aku wak simpanan harap2 sampai target aku nak guna buat kahwin ni......Aku xnak lah kahwin guna duit mak ayah kan...aku dah kerja aku kena lah guna duit aku sendiri tapi kalau diorang nak bagi juga aku x tolak eh.....Adus pasal kelain lak kan..aku nak citer pasal pengalaman aku menemani kwan aku yang nak kahwin ni...satu pengalaman yang amat berilmu eh...kawan aku ni mintak tlg aku ajer teman kan dia beli barangan perkhawinan nya..bagus juga aku join jadi aku tau eh skit selok belok tentang barangan aku nak beli nnti kahwin kan...dan mana kedai kedai yang murah2...
Hah..ni lah kawan aku nak kahwin....tu bekas cek dia beli kat air itam, mcm nilah rupanya, harga Rm 50 tu pun dia tempah ngan org lain..kalau tgk kat kedai situ harga leh mencecah Rm 100 hinggit, kawan aku ni bernasib baik sebab masa dia tengah memilih barang tu salah seorang pekerja kedai tersebut, offer kan diri utk buat hiasan tu....tapi dia bagi warning lah jangan bagi tau kat tuan kedai tu...

Boleh tahan juga lah buatannya......
ANTARA BARANGAN NYA...malas nak citer..
Bunga telur harga 50 batang harga RM 100

Ni raga hiasan, dia nak letak buah kut


Tapi aku tgk sekarang kekawan aku masa sekolah dulu yang pendiam, warak gitu semua dah nak kahwin..tapi yang bdk yang dulu masa sekolah leh dikatakan playboy semua xkahwin kahwin...perasa tak...yang ni aku tgk kekawan aku lah...tapi kawan yg ni dah umur 31 tahun dah...dia pernah cakap kat aku sebelum umur 30 tahun dia nak kahwin....tapi sebabkan bakal isteri nya baru ajer habis belajar kena lewatkan taun ni..perancangannya tahun lepas lagi...
yang puan belum kerja dan belum balas lagi pengorbanan mak ayah nya terus di sapu kawan aku...hahahhahh ..nasib eh ....

Aku pun lupa nak citer gambar2 di atas terletak dia air hitam batu pahat johor...kalau korang sini mesti mabuk nak buat pilihan sebab banyak sangat pilihannya...leh dikatakan sin adalah dunia barangan perkahwinan...MAWi pun beli kat situ juga......



Kat sini korang leh dapat bermacam pilihan pergi satu tempat semua ada.......yang berkaitan perkahwinan lah..tapi pakaian utk perkhawinan xderlah.....tu ajer lah..penat tulis panjang2 ni....

Tuesday, January 13, 2009

Kasih sayang mengikut bulan lahir........

Kasih sayang mengikut bulan lahir........

Januari
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja
------------------------------------------------------------ ------
Febuari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
----------------------------------------------------
Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
-----------------------------------------------------
April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
----------------------------------------------------------
Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.
----------------------------------------------
Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.
--------------------------------------------
Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
-------------------------------------------------
Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.
--------------------------------------------------
September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.
------------------------------------------------------
Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.
----------------------------------------------
November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
---------------------------------------------------
Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.

Wednesday, January 07, 2009

Let's boycott Israeli and Israeli-related US Companies!

Marilah kita sama boikot barang ini..tolonglah aku merayu pada semua....


McDonald
Coke Cola
Danone
Starbucks
Maggie
Nestle
L'Oreal
Rexona
Kit Kat
Sprite
Sunkist
Intel
IBM
Gap
Johnson & Johnson
Kleenex
Kotex
Maybelline
NOKIA

Sanggup anda semua tgk kematian ni....renungkan lah wahai sahabat





Mari lah kita sama2 berdoa keamanan dan hentikan peperangan ...

ermm....ermmm

Ingat lagi tak pasal seseorang tu ajak aku kahwin.....hari raya cina ni kemungkinan dia nak ikut aku balik kg kat kelantan tapi dia tak terus pi umah aku..dia nak pi umah kawan dia kat jeli dulu ....sambil tu g umah aku terus eh ....aku nak tujuk kat family aku eh.....
Mak Ayah aku ok kut, kut lah....ermmmm....nak g pikir jap..aper akan jadi t.....hahahhhaaha...

Monday, January 05, 2009

Negro ooo negro

Sekarang ni makin ramai lak yang tau pasal blog aku ni....aku risau juga ni....kang tak pepasal jadi isu lak...yang aku risau satu ofis ajer yang tahu kewujudan blog ni.....aku lak tulis pasal hal realiti hidup aku....t bila diorang dah tahu xbest eh nak kutuk2 kalau aku xpuashati......
Mcm ner nak setelkan kes ni..nak suh aku securitykan lagi blog ni...aku xyah bukan nya ramai pun yang baca, dah mcm org popular sngtlah plk...hahhhhaha......aku nak pikir yaaa, mcm nak setel masalh ni...
sekarang ni aku tgh jaga makmal pastu kesemua pelajar dr luar dan negro....dah macam duk arfika lak ni....tapi ada kawan aku dulu belajar sini, dah jadi pensyarah kolej releks ajer ajar bdk2 negro tu...ahhahaha....

Friday, January 02, 2009

Patutkan aku menerima?

Semalam tepat puk 12.30 mlm sedang melayang memikirkan berbagai menda dipikirkan.Ia dtg dgn sendiri, tetapi aku pun xtahu aper yang dipikirkan..hihihhih..gitu eh aku sebelum nak tidur...Hampir mata aku nak lelap, ada mesej masuk dengan bunyi suara ikram(sepupu aku)"abe apis abe apis ada mesej ooooo"...hari tu aku balik kg pastu biasa lah aku record suara diorang ni...suka sangat main hp aku....
Dah mengarut kat tempat lain lak....aku buka ajer mesej tu, seseorang yang hantar(siapa seseorang tu)biar lah aku yang tahu....bila terbaca tu mata mengantuk jadi segar...mesej nya berbunyi mcm ni " awak, kita kawen" ringkas tapi padat....
masa tu lah dtg pulak memacam aku pikirkan, tapi aku kena positif...mgkin seseorang tu dlm tertekan eh skit....aku masih dapat setelkan ..aku suh tenangkan pikiran...dan jangan terburu...sebab sekrang aku msih perlu mengenali hati budi dahulu....
Malu lak cerita menda ni kat sini....kan t org cakap aku mengahkan diri lak..bukan yaa..ni realiti hidup aku....aku nak sambung pikir eh lagi.....bila nak pikir dtg plk bayangan ayah aku kat mata, teringat plk kata kata mak aku......aku blah dulu pi cari makan aper yang patut...

Wednesday, December 31, 2008

Untuk semua

Aku dah uploadkan gambar masa aku pi jejalan kat tanjung piai apa apa hal boleh layari di laman web...

Semua di sini-----klip sini

Tuesday, December 30, 2008

Cuti Cuti Malaysia


Akhirnya aku berkerja kembali setelah lama bercuti...hihihihi...mesti nak tahu aktiviti aku masa cuti hari tu kan..adalah skit2 aku pi jejalan untuk memenuhi masa bercuti tu, xlah tidur ajer kat umah...asik tidur xbest juga..ada juga kekawan ajak suh naik kl tapi aku kurang nak pi sana....jadi aku jejalan sekitar johor ni..mana tau sebelum aku dapat pindah (kalau dapat pindahlah)kena lah kenal johor sepenuhnya...orang cakap xkenal maka xcinta....Ngan berteman kan kekwn yang group bujang tren tan tan....pada cuti krismas yang cuti sebelum ni aku pi Gunung berlumut tapi aku xupload pun lagi gambarnya...mgkin aku akan bukan satu laman web yang dpt menyimpan semua gambar...Kalau korang nak tgk senanglah, bukan suh tgk muka aku tgk kawasanlah mana tau korang berminat nak dtg jejalan sini leh eh singgah kan...promosi lah tu...


Pada hari jumaat tu aku kerja mcm biasalah, pi kerja pun mcm xpi kerja tapi aku agak sibuk skit sebb pelajar baru dah nak masuk ni..jadi aku kena bersiap sedia eh aper yang patut...masa rehat sempat pi bandar kejap pergi bayar saman bawa keta laju masa kat segamat...hari tu ajer bw laju sebab utk sepupu aku nak naik flight pagi tu..tu yang terkejar skit tu.....Melayang Rm 300.00 xleh buat rayuan masa aku kena saman masa tu ops sikap...hahahhahhha padan muka aku.....Malas nak pikir eh pasal saman tu, bila pikir rasa mcm bengang ajer kat polis...hahahhhah..xleh nak salahkan dia kerja dia kan kan kan....tapi dia pandai wow dia cari pot yang turun bukit..bila terun bukit meter lain lah....ckup eh......pas Petang waktu kerja tu kekawan aku ajak pi jejalan naik motor pi jalan kekampung parit raja yang xpernah aku lalu...jauh nun ke belakang....tu betul jawa pekat eh..nak cakap melayu xpandai kut..hihiihihhi...mcm nak patah belakang aku naik motor wowowowwo...keta xleh bw jalan kecil eh....terpaksa eh...tapi best juga jejalan ke dlm kg ni.....
pada hari berikutnya sabtu dlm perancangan mmg xder menda pun nak buat..aper lagi aku duk umah melayan tv ajer...puk 5 kawan aku dtg ajak pi jejalan katanya nak pi jejalan kat kg..aku xsanggup dh nak naik motor aku cakap nak naik keta aku ajer..mujur dia setuju, ingatkan nak g dekat dekat ajer....lain di rancang lain jadi nya..nak tau aku pi mana ...aku pi sungai lurus...bila dia cakap sungai lurus aku terbayang eh, lepak2 kat tepi sungai....bila sampai bukan rupanya pantai eh..tapi mcm biasa lah pantai kat sini xleh nak mandi ..boleh tgk2 ajer....tapi show tempatnya...ngan angin pantai sempoi2 bahasa dan sampai makan kerang goreng dan satay mmg best...ramai orang....kalau kawan aku dtg sini leh aku bawa g sana...xleh jauh sangat..


Hari ahad nya pepagi kekwan aku mesej ajak pi jejalan kat tanjung piai, satu tempat kat penhujung selatan tanah besar asia kawasan kukup....perjalanan agak jauh juga ...aku drive pun penat juga...sampai kat sana ingat kan masuk free tekaan silap parking kena bayar 3.00 pastu nak masuk dlm tu 5.00...luu pikir eh sendiri.....bila dah masuk kedlm tu baru aku rasa memadai lah ngan harga tu sebab tempat sungguh menarik sangat....kalau suh bagi bintang aku bagi 4.5 eh..hihihiihihi....tempatnya kawasan paya pakau seblahnya pantai..hujung asia katanya..xleh nk citer lelebih dah , kelas dah nak mula jadi aku nak bersiap sedia skrng ...chow dulu....

Friday, December 26, 2008

Citer Cuti2

Cuti kerja cuti kerja tu ajer aku alami 2/3 hari ni...nak balik kampung jauh lak tu..kalau dekat dah lama aku cabut dari parit raja ni....Kalau dikira2 panjang juga cuti ni hari krismas jatuh hari khamis kalau aku ambik hari jumaat cuti dapat 4 hari pastu hari isnin ni cuti lagi, cuti awal muharam....
Tapi xbalik sebab aku simpan utk balik raya cina ni, hanya ada sebulan lagi sabar ajer...Pada raya cina tu aku ada kerja sikit, pada 25 haribulan tu kawan aku nak kahwin kat terengganu sambil nak balik kampung singgah kenduri umah dia dulu...
Sambil tu juga kenariah kesayangan aku tu nak masuk spa lak..alah mcm spa q tu..mungkin dia terikut2 citu tu, tu mcm xsabar 2 ajer nak pi spa tu...Melayang juga RM500 ni...Harapnya org yang bagi servis kat dia bagus eh..bukan xnak bagi servis kat sini..tapi bapak aku nak juga kenariah aku tu htr kat spa kawan dia..nak tolong spa kawan dia tu...Sebenarnya aku dah janji ngan bapak aku nak g spa pada cuti krimas ni....tapi waktu yang xsesuai nak balik kg untuk masa ni.....aku dah ubah kepada raya cina...sabar lah kenariah....
Tapi masa cuti krismas tu aku sempat juga pi air terjun kat Gunung berlumut...tapi xbest sangat mcm air terjun kat kelantan....gambarnya xsempat nak upload mgkin aku upload kat friendster...

Wednesday, December 17, 2008

raya

Dah seminggu aku duk kat kampung bercuti seronok plk cuti lama kat kg..banyak menda aku buat kt kg.....tapi satu ajer masalah aku ni...bila ajer balik kg ader ajer sakit sakit ....bila duk johor xder plk sakit seteruk tu...kira alhamdulilah lah kan ada juga org jagakan....
Badan dah naik juga ni, lemak di mana mana, nak buat mcm mana ner kat kg aku asyik mkan ajer...tak makan membazir, xsuka betul aku membazir....Takperlah bila sini jangan harap mkn sesedap kat kg....pasni turun eh tu...
Raya haji tahun ni, agak bermakna juga eh sebab aku korban 1 bahagian lembu juga...Rezeki aku dapat lembu murah Rm 170.00 satu sebahagian....Ni kali kedua aku berkorban tapi kali ni lagi bermakna sebab aku guna duit sendiri sebelum ni bapak aku bayarkan sebelum kerja...tapi aku lupa eh berapa kai entah bapak aku buat kan utk aku...hihihihihi...
Fusss menarik juga tahun ni, tempat korban aku kali ni dekat umah bekas gf aku......bila lalu ajer kawasan umah dia, rindunya terubat juga.....dia suh juga pi umah dia, tapi skrg aku dah nkad aku xnak pi dah....kita dah xde aper2..jadikan kenangan manis dulu dulu....Bila lalu umah dia tgk keta baru dia......sampai juga hajat dia....tahniah...aku tau dia xkan baca punya blog aku ni, sebab dia xberapa pandai sangat it ni...
Ok lah tangan aku masih lagi sakit...aku kurang yakin doktor yang merawat aku tu..seboleh2 dia merawat aku hanya sekadar tgk fail yg dulu2 ajer...xsentuh pun atau xpigang pun tangan aku yang mengbengkak ni.....aku ni jenis mati kutu bila jupa doktor, bila doktor cakap macam tu...trs aku senyap.....mcm kena pukau plk...senyap ajer....NI YANG AKU XNAK PI KLINIK ATAU HOSPITAL KALAU SAKIT NI....aku xpuashati ngan doktor tu....

Wednesday, December 03, 2008

Rindu sesangat

Rindu aku kat seseorang tu, mmg xdapat aku sembunyi kan lagi....Dah mcm sesak nafas ku rasa kan nya ni....Pedihnya rindu ni, tapi bila dipikir2 balik..aku xleh menrindunya...ehhhh mesti ada penghalangnya...

P/s : terjiwang lak plk....

Monday, December 01, 2008

Assalamulaikum...

Berbulan dan berjaman tak sentuh blog aku...Bukan sibuk pun buat2 sibuk ajer...Sejak lama kekawan blog kebanyakkan berhenti aku mula malas nak mengupdate blog tapi aku sentiasa masuk melawati blog kkewan aku yang lain...
Xtahu nak citer aper dah sekarang, sekarang musim cuti pelajar jadi agak releks eh skit....aku cuba bersihkan blog aku dah bersawan ni..hahhahahaa....
Aper aku nak cerita ni agak peribadi skit eh...Aku jarang cerita pasal peribadi dlm blog..
Pepagi td, aku terdengar suara mak aku panggil aku tanya dah solat subuh ker blum..biasanya kalau kat kg biasanya mak aku gerakan aku bangun padahal aku dh bangun...Kalau boleh pas solat subuh dia xbagi langsung aku tidur...Tapi tetap juga tidur...hahaa
Banyak betul kenangan manis dan berharga bersama family aku....Mak ayah banyak berkorban utk membesarkan...Persoalan sekarang setakat ni aku rasa blum dapat membalas jasa utk family aku...
Sekarang aku mengalami masalah menentukan teman hidup aku, mak ayah aku sangat berharga aku dapat jodoh yang berasal tempat tinggal aku...Kekadang aku terfikir juga kalau jodoh aku ngan org luar mcm ner lah perasaan diorang..sekarang mmg aku ada mempunyai pilihan hati kat luar tapi hol ajer...aku cuba juga cari org yang family aku mahukan...Tu ajer cara aku membalas jasa diorang...
Aku tak tak salah kan diorang juga, diorang berpikiran panjang diorang risau..jika aku terus ngan jodoh yang jauh kemungkinan umah aku tinggal hanya tinggal diorang ajer....Bukan nya aku tak balik terus tapi kalau boleh raya aku kena ada sebab family aku dari keluarga yang kecil dan kemungkinan 2 org akak akak agak ssh nak balik....Hanya harapkan aku ajer sekrang ni....
Kekadang aku terpikir juga, mcmner lah aku leh terkena kat aku masalah ni....usaha ayah aku yang membuatkan aku segan utk meneruskan hubungan aku dengan seseorang tu.....
Malas nak pikir pasal ni..........terhenti dulu nak sarap jap..

Wednesday, September 03, 2008

Bawa diri ke Mersing

Kat Johor ni kitorang dapat cuti selama 4 hari semperna hari kemerdekaan dan berpuasa jadi sebab dah xtau nak ape2.Dengan aku membuat perancangan perjalanan ke Mersing.


Keadaan pantai nya masih terjaga..


Ahli rombongan
p/s: aku malas nak bercerita jadi aku main letak gambar ajer eh dulu....
Aku ingat mengucapkan selamat berpuasa kepada semua....maaf kesilapan aku yap...

Thursday, August 28, 2008

Jalan, Balik dan Kerja

Lama betul aku xupdate blog aku, aku malas sesangat nak update, hari ni pun aku nak letak gambar ajer...Malas nak citer lelebih..
Lawatan ke Putrajaya
Masa perjumpaan dengan pihak kaunseling di putrajaya sambil menghadiri mesyuarat kuanseling seluruh malaysia...Kitorang hanya sekadar pemerhati ajer...alah mcm lawatan sambil belajar eh ni....
Aku Balik kampung

Masa cuti sekolah aku sempat juga balik kg, bestnya dapat balik...Tapi aku lagi gembira sebab kawan baik aku dapat kerja kat usm kelantan bestnya dia dapat duduk negeri sendiri..Aku juga masih lagi jadi perantau..

Penyambut tetamu masa konvo
Sampai ajer dari kelantan keesokannya aku dah kerja dah...Ni kali pertam ditugaskan sebagai penyambut tetamu masa konvo....Boleh tahan lah mencabar juga...

Thursday, July 03, 2008

Tak der kerja cari Kerja

Bagi aku Tahun ini agar mencabar bagi aku mcm menda yang aku lalui dengan penuh onak duri kerana kesilapan diri aku sendiri. Ini kan Ujian dariNya, tapi aku tabah aper yang berlaku dan Redha aper yang aku alami sekarang.


Masalah dari pepindahan umah sampai lah menda2 yang remeh, semua aku buat mmg xmenjadi ...Mungkin aku buat banyak dosa tanpa disedari kut...


Banyak menda aktiviti/perkara yang memenatkan zahir dan batin aku semenjak ni...Bayangkan dalam masa 2/3 bulan banyak btul aktiviti dan perkara yang membuatkan aku penat...

Pikirkan Pasal orang tersayang

Agak2 adakan cinta aku akan kembali bersatu atau berakhir disini sahaja...Adus sangat ni yang amat menyeksakan keadaan aku sekarang..Dugaan yang menyeksakan terpaksa aku cari ketenangan untuk pindah umah lain..Bagi bila masalah bertambah ngan masalah aku sekarang baik aku berpindah ajer...Tu sepatutnya tak berlaku tapi bila berfikiran pendek ni padahnya...Aku xleh nak sesuai kan di tempat yang baru...Aku dah mula xselesa bila duk dikawasan baru, banyak betul keburukan dari kebaikan...Alhamdulilah setakat aku dah mula selesa ngan umah baru ni....tapi ada menda yang membuatkan aku rindu kat umah lama......tu lah nama nya tak de kerja nak cari kerja..elok2 ajer duk sana pindah....tapi aku ada alasan sendiri..ramai kawan aku memahami masalah aku..tq for my friend...bagi masa utk aku tenangkan hati ni...

Dalam kalut2 ni ada ajer kursus

Kursusnya htr kat utan/kat resort dan memacam dah aku pergi tapi perangai sama ajer...tapi bagus juga leh juga aku bercutikan.....Sebenar banyak menda blum aku capai, ada menda yang membuatkan aku tertunggu untuk mengetahui sesuatu keputusan...Sampai aku penat memikirkan, setiap masa, dan nafas aku hanya memikir pasal tu ajer...Bila agarnya keputusan akan tercapai....




Dalam sebulan leh balik sampai 2 kali

Gambar ni hanya gambar saudara aku yang nakal ckit...Ni gambar masa balik kg

Sambut ulangtahun sepupu aku....Dalam hidup xpernah sambut ulang tahun aku.....



Family aku datang Melaka
Dalam sebulan aku ulang alik batu pahat johor dan melaka tu ajer kerja aku....Semata mata utk sepupu aku sorang ni...

Perkhawinan Mekcik dan syafik


Ni ajer gambar aku dengan dia...sepupu ni


Minggu lepas Naik PD
Bagi memenuhi hajat mak aku, terpaksa lah aku naik PD sorang bagi melawat akak aku kat sana yang tiada berita...Akak pun satu , hp nya xpernah boleh...Tu yang aku terpaksa naik tu...Dengan hati yang redha aku gerak ajer pi sana walaupun minyak dah naik dengan melampau.....Agaak berat juga nak pi sana, habis juga lah kewangan aku dengan gaji yang ciput ni...Tapi memikirkan akak aku ni...
Aku pun dah rindu sangat kat anak buah aku ni....berbulan x tgk diorang....
Bila sampai sana terkejut aku...aku baru ajer dapat anak saudara baru dah, dah hampir sebulan..
Nak tau alasan akak aku aper, masa kat hospital hp dia kena curi jadi semua data nom tel aku dan family semua xder..dia pun satu xder backup langsung....Teruk2....
Dengan kepenatan baru sampai drive sorang 4 jam...terus dukung anak saudara aku ni yang bernama Wan Ahmad Aliff ..Kician plk aku tgk akak aku plk...Yalah 2-2 suami isteri askar...umah dah mcm kapal pecah beb....dia dlm pantang 2 hero dan 1 heroin semua lasak dan ganas....Bila nak balik tu rasa rindu lak kat anak saudara aku tu...dia orang tak puas lagi nakbermanja ngan aku....
Ternak Ikan keli
Tuan punya ternakan ikan keli kat parit paya...
Saja ajer hari tu jalan 2 nak tgk cara pengunaan perliharaan ikan keli dalam kanvas ni...Sepupu aku ada juga ajak aku join ternakan ikan keli ni kat kelantan..kat belakang umah aku yang luas tu...Rasa semangat nak perlihara tu ada, minat tu adalah 90%...bila dgr pengalaman dia dan tujuk ajar dia...minat tu dah berkurang sampai 20% peratus...
Banyak betul risiko nak jaga menda ni....
Untuk penapisan air dalm kanvas..Bijak juga dia punya penapisan ni..

p/s: aku sebenarnya xder mood nak menulis..tu aku banyak letak gambar....