Nuffnang

Sunday, May 02, 2010

JOM PI RADIX FRIED CHICKEN



Hari ni bukan nak promosi tapi saja saja nak berkongsi dengan kekawan...Aku nk angkat nama produk Orang islam....Korang pernah dengar tak RADIX FRIED CHICKEN, dia sama ajer dgn KFC leh di katakan 100% sama eh..cuma kualiti agak bebeza bagi aku eh...

Setakat ni aku cuba 3 kali deh...tempat nya agak jauh juga sebab di kluang....Tapi xsemua menu aku cuba eh..Yang pasti ayam aku doh cuba...semua bahan makanan dia dr bahan organik..korang paham tak aper tu organik..Kalau nak lebih lanjut leh g laman web dia..dia ada bagi penerangan....

Aku suka bila masuk dlm tu...bila kita nak order kan, menda yang pertama kuar dr mulut perkerja bagi salam terus bagi salam..Masa aku mula mula gi tu aku banyak tanya skit sebab aku nak tau juga kepastian...Tapi bags dia layan dgn baik sekali..mgkin dia paham kut sebab aku kali pertama....Masa ambik order mata aku melilau tgk kawsan pat krja..Ada menarik perhatian aku tentang RADIX FRIED CHICKEN.

Nak tau aper yang menarik RADIX FRIED CHICKEN ialah pekerja nya...Kebanyakan stafnya dari golongan OKU yg xlah teruk...ada kurang pendengaran sebab aku tgk dia pakai alat kat telinga...pastu ada yg lain lain...nak tau korang g sendiri eh....Bagus pengurus dia bagi peluang kerja dekat oku ni..Murah rezeki dia nnti...Bila aku masuk aku rasa kagum sebenarnya....Orang melayu leh terpikir nak mcm ni kan..

Ayam dia agak bebeza sebab ayamnya organik, rasa dia agak berlainan sangat...Yang pasti air nya mmg sebab air dia lain ...mcm pat lain dia bagi air pepsi yang bergas tu...Tapi yang ni kebanyakan dia bagi air herba mcm aku pernah mintak air pegaga..rupanya best air pegaga ni .....Rasa nak g minum air pegaga aje..Bnyk lain menu air, nnti aku cuba yg lain lak....

Pengasas RADIX FRIED CHICKEN ni ialah org kedah..Baru ada beberapa tempat cawangan ajer..Masih belum berkembang...Jadi marilah kita pakat sokongan barangan Malaysia yang berkhsiat dan lazat ni....

Kalu nak tgk laman web dia layari eh ....http://www.radixfriedchicken.com.my/index.html

Balik kampung


Ramai tul orang tanya aku...Apasal aku asyik balik kg ajer...Diorang pelik sebab aku balik kejap kejap ajer...Dalam 3 hari ajer, penat tu sebab aku seharian dlm perjalanan dah...kalau kira kira aku balik seblun sekali ni dlm taun ni...Aku biasa balik mgkin bersebab/ada kerja yg perlu disetelkan...Mcm minggu lepas aku balik ngan kereta api ajer sebab harga tiket agar murah dr bas..Harga kereta api kalau kelas C hanya Rm 27 kalau pergi balik hanya RM 54 ajer. Kalau nak bas tiket harga RM 59.50 tu baru harga pergi sahaja, kalau pergi balik tak cecah Rm 100 lebih...Tak tahan wess...nk sama harga aku balik ngan kereta kira harga minyak eh ni..Tapi nak buat mcm ne kita pilih mana yang paling senang ajer...

aku balik minggu lepas sebab nak tgk bapak saudara aku sakit, beliau sakit tua campur kena strok pastu ada darah beku dlm kepala..Jadi hospital pun xnak terima dah.Jadi sebelum dia tenat baik aku dulu..sebab minggu lepas aku dapat gaji trs ajer balik kg eh....Tapi untung juga balik minggu lepas dapat juga merasa makan durian, tu pun durian siam 6 Bijik Rm 27 hinggit murah tu...Rasa nya mmg best sangat eh....sedap sebab dah lama xmakan kut..kalau selalu makan mgkin reject dah kut....Masa nak buka duarian tu bau karbat mmg kuat, tau tak sebab aper dia letak karbat suh durian tu cepat masak eh...aku rasa durian ni dia petik kut bukan durian jatuh sendiri ni...Biasalah siam ni kreatif bab bab mcm ni....sempat eh makan pulut durian (menu ni biasanya kawasan pandai timur ajer)...pat lain mgkin xpernah buat kut..Aku xsempat nak ambik gambar sebab ghairah nak makan..xder masa nya nk bergambar...Yang paling ingat skrg ni, rasa nak makan lagi ni...isi durian masuk dlm budu pastu letak lada bagi power skit..curah dlm nasik makan dgn ikan segam....adus berairnya mulut aku nak citer pasal ni..Hari mak aku ada suh bawakan tapi aku malas sebab aku naik kereta api, Kang xpepasal bau satu trem kan....Aku tolak dgn baik ajer...simpan eh buat tempoyak nnti bulan 6 ni aku balik lagi kah kah kah kah.....

Dalam perjalanan ke sini, kereta api mati daa..2 kali tu tengah tengah utan lak....Aku terbayangkan harimau masuk dlm kereta api, hahahaha....sebab org citer kawasan kereta api mati tu kawsan banyak binatang buas pastu tempat yg sama pernah harimau dgn gajah kena langgar..(ni bukan aku nak tambah tambah citer tau, ni org ktmb yg citer kat aku).....tapi xder aper aper pun yg berlaku cuma aku sampai lewat ajer...jadi aku masuk ofis lambat eh.....ptgnya ters kena jaga exam...penat wowowowowow.........

Friday, April 23, 2010

Zaman dah berubah

Zaman dah berubah..Tu ayat dlm iklan selalu aku dgr...Tapi yg sedihnya aku masih lagi tak berubah berubah ni....Mcm ner tu...

Berubah mcm ner tu?

Sebenarnya aku teringin sangat berubah dr segi kemajuan teknologi sebenarnya..Aku nak sangat guna hp yg hebat hebat mcm Iphone tu....Tapi xmampunya nak beli, bila rasa teringin beli..terus aku ingat menda lain banyak lagi yg penting2 ni.....Mlepas lah juga...Walaupun dlm terpksa, takper skrg ni aku tgh usaha mengumpul dana sebanyak mungkin suatu hari nnti aku akan beli jua.Tunggu lah wahai iphone ku.....

Yang satu hal, ada lagi nak beli ni...wawawawa aku selalu berangan nak beli kamera digital dsr tu...Fuss, bila tgk laman web kekawan yg ambik gambar semua lawa lawa..Jadi teringinnya nak ambik gambar lawa lawa utk tatapan sendiri..Pastu bila dah mahir rasa mcm nak buat bisnes lak..Ambik gambar org nikah...Besar betul impian aku...seblum ni aku pernah apply kursus fotografi dah lulus pun..Cuma yg bengong tetiba lak pihak pengurus kursus batalkan kursus tu dia bagi alasan peserta tak ramai...Panas seh aku rasa nak g tumbuk ajer muka pengurus tu, tapi xleh sebab dia duk jauh kenal pun tak...Dia xtahu ssh payah aku nak dapat kelulusan dr pat kerja aku ni..bertebal muka nk metak tandatangan bos...senang senang ajer dia cancel, sekrg aku dah blacklist dos syarikat tu...Org melayu bila dah maju sikit dah mula beralagak...Tapi xperlah aku belajar slow slow sendiri kat dlm internet..belajar sahaja xder guna juga jadi aku teringin sangat nak beli kamera tu....kalau ada org bagi hadiah bestnya....takper tu dlm perancangan dlm mengumpul data juga
(skrg aku guna kamera pat kerja aku utk belajar tapi skrag bos aku lak gunakan)


Kalau aku nak beli barang ni, jangan korang ketawa lak..aku xder lah nak beli sangat cuma teringin ajer nak menggunakannya...nak tau aper aku nak beli laptop Apple. Tapi aku sedar aku xmampu jadi aku hanya mimpikan ajer..dapat apple ni xtahu lah leh guna kan tak...tapi yg pasti kalau dapat guna apple best utk edit gambar seh...tu tujuan aku sebenarnya...


Doakan lah moga aku dapat membeli smua barang aku inginkan...Semoga Allah SWT murahkan rezeki aku..Aminnn

Thursday, April 22, 2010

Aku kembali ke dunia blog

Salam wa salam kekawan blog....lama sudah aku tinggal dunia blog ni, bukan merayu tapi kemalasan aku tahap level 10 kut..
Ni mungkin sebab terlampau layan facebook terlebih ni...ni bukan nak promosi facebook ke aper ni..Saja nak bagitau ajer..
Tapi semangat aku dah kembali kepada blog sebab ada menda telah berlaku dlm blog aku ni...mcm xcaya lak kan kan...
Semenjak aku lama xbercerita dlm blog ni, bermacam mcm telah berlaku kat aku ni...Xkan nak cerita semua kan..Jadi aku cerita lah plan plan....
Tapi pernah lah org tgr aku pasal blog ni..........dia cakap mcm kecoh aje nak cerita kat org lain pasal diri sendiri kat umum buat aper?...Aku malas sangat nak nak jawap sangat, kan jawap nnti ada yang menangis xberlagukan....
Untuk permulaan ni aku bagi salam perkenalan dulu eh..iNsyaAllah blog ni akan aktif balik setiap hari.....

Tuesday, March 02, 2010

Aduka Taruna


artikel copy paste dr facebook asa kelate


Salam all , Sedikit catatan mengenai Aduka Taruna , sebelum beliau tersasul menghina Almarhum Sultan Iskandar . Membaca catatan dibawah ternyata beliau memang benar benar terlampau dan terlajak . Jika Saidina Ali dan Aisyah Isteri kesayangan Rasulullah disifatkan sebagai “bangang nak mampus “ apatah lagi komen beliau mengenai Almarhum Sultan . Apapun bak kata Pepatah melayu “ Terlajak Perahu boleh berundur ….Terlajak berblogging …buruk padahnya …sama samalah kita mengambil iktibar …..Wasalam..





Bukan saya tidak kasihankan Aduka Taruna ini, saya rasa sejak artikel dia menghina Sultan Johor itu, maka bagaikan HUKUM KARMA sudah jatuh ke atasnya. Saya merasakan beliau di dalam tekanan jiwa yang hebat, lebih hebat dari terkena badai tsunami.

Yang pelik, blog beliau mempunyai ramai follower juga, dalam 200 lebih. Saya terfikir apakah follower blog beliau juga menyokong dan bersekongkol dengannya kerana mendiamkan diri sahaja malah bersama-sama menjadi penyokong blog yang suka menulis kutukan dan hinaan ke atas sesama muslim. Mentaliti apakah yang terhasil dalam masyarakat kita pada hari ini hingga tidak ada sedikitpun sensitiviti terhadap perkataan-perkataan yang sedemikian rupa.

Mari kita sama-sama nilaikan tulisan sang ADUKA TARUNA yang terlampau ini.


Namun apabila membaca beberapa lagi AYAT-AYAT INDAH" beliau yang turut menghina isteri RSAW, sahabat-sahabat RSAW dan ulamak-ulamak, maka saya merasakan memang ADIL beliau ditimpa musibah sedemikian rupa kerana melihat cara dan gaya beliau menulis dan menghina sungguh melampau batasan..Sebelum ini Aduka Taruna juga pernah menghina Ulama’-Ulama’ Mahzab dan juga Isteri Rasulullah saw, Aisyah. Dalam tulisan beliau bertajuk ”Wahabi Perlis”, beliau menulis;

“Pada gua, mazhab2 ni semua bangang nak mampos. Aku mazhab Shafie, ekau mazhab Hambali, dio mazhab Hadari. Kalau mak gua Shafie, gua kena Shafie. Kalau geografi gua Shafie, gua kena Shafie gak (Elin sorang jer Shafie Apdal). Kan ke ketetapan yang baling bongok dalam dunia. ” dan;

“Samo gak isu perang Muawwiyah-Aishah dgn Ali. Pada gua Aishah dan Muawwiyah manusia stupid dalam tajuk itu. Lu nak hukum gua kapir pun gua no hal punya. Memang 2-2 salah, tapi paling berat kat mangkuk 2 ekor tuh. Apa ingat Aishah isteri Nabi dia maksum. “

Dalam tulisan bertajuk “Sembang Mazhab” dia menulis;

“Takda maknanya, mak gua Shafie, gua kena Shafie sampai mampos. Sambung ke anak cucu. Ada bahan mentah yang suruh lu terikat dengan keturunan dan terikat dengan tafsiran 3rd party? Pada gua, ada banyak tafsiran Shafie yang mengarot, sebagaimana banyak lagi tafsiran mengarot dari mazhab lain. Kerana apa? Kerana kuasa mentafsir bahan mentah, Allah tak beri kepada hanya 4 ekor mazhab ni secara mutlak. Refresh beb… refresh sket.”

dan; “Muawiyah + Aishah plak.

Lagi 2 ekor mangkuk. 2 ekor mangkuk bukan pada ahli syurganya atau pertalian darah Nabi, tapi kepada tajuk. Isteri Nabi Nuh jatuh hukum bangang, tetap jatuh hukum bangang. Anak Nabi Nuh jatuh hukum bangsat, tetap jatuh hukum bangsat. Anak Nabi Adam jatuh hukum sohai, tetap tiada kompromi. Sohai sebab bunuh saudara sendiri.

Anak Nabi Muhammad SAW kalau mencuri, potong tangan dia.. Seandainya dia bertaubat selepas itu, atau redha Allah lebih tinggi dari perbuatannya mencuri, dia tetap Allah masukkan dalam syurga .

Aishah penyebab kematian ratus ribu nyawa dan darah muslim, dia tetap jatuh hukum bangang nak mampos. Dalam tajuk itu.

“Jumhur ulama menetapkan keduanya tidak salah. Tapi Ali menghampiri kebenaran.”

What the f**k? Berapa ramai mampos sebab kerja bodoh dikatakan tiada yang salah? Hanya kerana status elite Aishah? Hanya kerana dia kerabat diraja atau hanya kerana dia keturunan Syed? Islam itu Allah punya atau ulama punya? Niamakahai.”

Cuma satu komentar saya terhadap Aduka Taruna, dia memang BIADAP dan patut DIAJAR.

Terkini – Penulis blog ini (Aduka Taruna) telah menyerah diri di Balai Polis …

Salam wa salam

Semalam dah masuk blog ni, hari aku masuk lagi..Semalam aku semangat gila nak menulis kira nak update blog eh..Dah best best tgh mengarang tu aku rasa dah sampai 800 patah perkataan dh kut..Cerita pasal xpuas hati pasal penderaan syafiah tu....

Tetiba...

Laptop aku hang n terus blue screen.....harddisk rosak lak...dah lah aku xsave...rasa nak baling kat dinding ajer laptop tu....xleh baling sebab ada satu tu ajer laptop aku ada..hahahaha...Tapi aku redha ajer...Mungkin laptop aku tu xpuashati jg kut yg pasal penderaan tu....

ceh..mcm nak tulis balik aper aku tulis semalam, tak tahu eh dapat sehebat semalam ke tak ni..semalam power sebab mood tgh melonjak lonjak nak bercerita...Hari dah mcm malas sesangt dah...
Walaupun aku dah lama xambik tau pasal blog ni, sekali sekala kena ambik tau lah...aku tau xder org baca pun...xper xper...aku baca sendiri nnti....(SS)SYOK SENDIRI LAH TU.....
aku tinggal lama ni sebab duk main facebook ajer..sampi buat bisnes sekali tu...tapi baru ajer nak start dah ada org potong jalan lak..nak bezakan harga dgn harga sebenar lak...kalau nak wak bisnes nk kira semua sekali..tapi sebab aku sebagai peniaga ni kena pandai menjawapnya...Tapi aku ni gong juga xpandai sangat nak berniaga, aku kician kat org seh..aku ambik ckit ajer suh lepas minyak keta ajer...tu pun masih diorg cakap mahal.....xpe xpe...bagi org yg nak ajer...
aku sebenarnya jual barangan rantau panjang sebenarnya hihihihii..macam produk VISIONS tu...kat rantau panjang boleh tahan dah harganya...
Tak jadi lak nak bercerita pasal adik syafiah tu...aku geram sebenrnya dgn abe mat aka kekasih mak dia sampai buting dah....blum kahwin tu smpat main...xtahu dosa pahala ke..isk isk...dapat mak sepak sepak anaknya..GILONYAAA.......
OKlah..nak berpindah masuk facebook lak....hahaahahahah

Saturday, January 30, 2010

Untuk pertamanya aku ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi sebab aku masih lagi bernyawa di atas muka bumi... Alhamdulilah, kerana aku masih di sini...Masih panjang umur lagi walaupun umur aku dah meningkat ke satu tingkat yang mana kearah tua..Hehehehe...Mcm xcaya lak rupanya umur aku nak dekat ngan 30 tahun dah...Cepatnya masa berlalu tapi aku masih tetap maintain mcm 20 an lagi....Hahahahhahhaha.....
Jadi aku nak ucapkan terima kasih kat kekawan yg wish kat aku...moga doa korang kat aku diterima dan di makbulkan Allah SWT....
Jadi taun aku kena tunai kan juga tanggujawap aku sebagai (- - - - - )..InsyaAllah akan sampai masa nya nnti...
Dah tau nak cakap aper dah.....mgkin sebab terharu kut...hehehhehehe...tapi sedah eh...semua program aku rancangkan utk menyambut ulangtahun ni semua cancel..Sebenarnya aku nak g cameran h.land or genting tapi sebab semua kekawan sibuk, aku cancel kan...Jadi aku gantikan program ni g pahang minggu depan dan juga balik kg minggu selepas tu.....Xsabarnya nak balik kg ni ..Jadi sampai sini ajer yaaa..

Monday, January 04, 2010

Azam 2010



Dah 4 hari tahun baru kita tempuhi tp aku baru nak tulis pasal azam baru..tapi xperlah sebenarnya aku dah set sejak maal hijrah lagi azam baru..Azam tahun ni aku rasa masih mcm tahun lepas sebab aku xdapat selesaikan lagi..Malu sebenarnya nak cakap azam aku ni....sebenarnya azam aku taun ni ialah nak KAHWIN.hehehe...IsyaAllah ..tercapai kut taun ni...
Azam kedua lak aku nak pertingkatan lagi amalan ibadat aku....Kalau boleh taun ni xnak miss solat berjemaah...tapi dlm 4 hari ni, dah banyak kali dah termiss nya...mcm xtercapai dr awal lagi ni...mcm bagus ajer aku ni..aku tgh mencuba utk membaiki diri ni...ada beberapa hari lagi umur aku akan meningkat...Makin tua nampak gayanya..huk huk....pasni panggil ajer aku pakcik apis bujang terlajak eh....
Pastu adalah azam azam lain nak pertingkatan kan lagi prestasi diri..mcm biasa biasa ajer lah...mcm azam org lain juga semestinya semua nak yg terbaik...

Hari ni sambil sambil aku dah cerita pasal azam baru ni...aku mcm nak buat satu azam baru mgkin lambat lagi kut...Aku rasa seronok sangat bila tgk sorang kawan aku ni..Alhamdulilah dlm msa muda dia dah menunaikan Haji tahun lepas 2009..Aku rs bangga sangat ngan dia ni....tapi sebelum menunaikan haji aku nak tunai kan umrah dulu kut, sekarang nekad simpan duit utk g umrah ajer...BERJANJI...heheheheh...
iuss..kelain lak..aku ni citer pasal kawan aku ni, dia ni pelajar unimas pernah pratikal tempat aku...hari tu aku terlayan dia punya blog...mmg best dia citer masa dia menunaikan haji...berani betul siap ambik gambar lak tu.....kalau org nak tgk boleh layari blog dia.... Farra
Farra

Thursday, December 31, 2009

Malang tak Berbau


Kerbau oooo kuba mengapa ngan kau ni...Pelik kan kali kedua aku citer pasal binatang ni...ni bukan nk suh buka laman web ke aper..cuma nak citer peristiwa ngeri aku alami masa balik kg...ngeri beb...apasl lak kena ngan kerbau ni....hahahaha..sebenarnya aku langgar kerbau masa balik kg hari tu...biasa kalau balik kg wajid jupa kekawan minum kat kedai...pergi pun lewat dlm puk 9.30..dlm berbual tu xsedar dah terlanjak sampai puk 2.30...aku g kedai ngan kawan aku, tapi sepupu aku suh bawa balik keta nya sebab dia nak tidur kat kedainya katanya...aku dgn tak menolak balik ajer...bawa slow ajer yalah keta tu cerminnya xnampak jelas sangat..imbun pepagi kan....mmg mlm tu jlan clear mmg xde aper aper eh....tertiba ajer muncul binatang berwarna itam, aku xleh buat aper dah..mmg betul depan aku....aku sempat brek skit...tapi kuba tu tetap dtg langgar aku siap melompat..aku leh tgk dia terbang jatuh disisi sebelah pintu sebelah aku nasib baik xterjun betul depan cermin depan aku kalau x makan nasi free 7 hari nampak gayanya..kerbau tu boelh tahan juga besarnya....bila aku langgar tu, aku rasa langgar pelahan ajer..tu aku tak berdebar sangat....ingat kan kereta xder aper2..sebb langgarnya slow sangat..enjin kereta hidup elok elok...pas langgar aku berhenti eh nak tgk...bila kuar naktolak pintu..mcm berat ajer...bila tgk bonet kereta terkejut beruk juga eh....remuk kuat tu....aku dah xleh nak pikir dah, sebab kereta tu kereta sepupu aku....sepupu bolah tahan juga garang nya...wawaawa mcm nak terangkan ni....aku call bapak aku cakap aku langgar kerbau, bapak aku xterkejut mana pun..tapi yg mula2 dia tanya aku mcm ner..dia xpentingkan kereta tu..tapi mula2 aku cakap kereta remuk teruk ..dia cakap nak buat mcm ner dah nak jadikan..dia suh bawa balik tapi xleh bawa balik gop sebab tangki air pecah dah..aku tgk air kuar...terpaksa aku tinggal ajer kat kedai lebuhraya tu....sampai mak aku dah bising dah...macam biasa eh perempuankan..ayah aku releks ajer..aku pun releks juga nak buat mcm ner kan bukan aku segaja nak langgar kerbau tu....pas ajer balik aku xleh nak tidur juga..sebab aku online facebook ngan kekawan..ramai lak kekawan online malam tu...aper lagi diorang tanya eh..sedar dah subuh..xsabar dah ni nak g umah mak saudara aku ni nak terangkan pasal kejadian tu...mmg penat eh xtidur..
tapi alhamdulilah diorang leh terima eh..diorg cakap xperlh menda nak jadikan janji aku selamat ajer..fussss lega gop...aku dh pikir dah nak kaurkan duit dr asb aku nak repair keta tu....pastu aku g ngan ayah aku bawa mekanik sekali nak suh dia tgk anggaran kaalu repair...bila mekanik tgk dia agak terkejut juga banyak menda nak ganti..banyak eh pulus kena kuarkan..dia saran kat aku suh claim insuran keta ni....kalau x beribu juga nak kena bayarkan ni...ermmm terpikir juga pagi td aku berbincang ngan tuan punya keta xnak claim insuran agak rumit sebab mengambil masa yg lama dan adalah sebab lain.....pastu mekanik tu suh bapak aku claim insuran mekanik tuleh tolong ejaskan cepatkan..masa tu aku dah xnak cliam dah sebab tuannya xnak aku dah putus asa dah..bila ayah aku dah terangkan skit...ayah aku nak tolong cakap eh ngan sepupu aku tu...akhirnya alhamdulilah eh dia terima juga eh...kalau x mmg aku mmg nak kaur duit asb aku simpan utk kahwin..ehehehhhehe....
sebab masa kejadian tu hari jumaat kat kelantan cuti, terpksa rehat kan dulu keta tu..esoknya baru aku ngan ayah aku g setel ngan bw mekanik nak uruskan kat isuran takaful ...mintak berjalan lancar eh....ayah aku mintak juga rm 100 nak bagi kat mekanik tu suh uruskan ngan cepat...bukan rasuah..tapi mekanik ni boleh lah cepatkan....
aku masih pening lagi haruskan aku bagi duit utk tuan punya kereta, sebab aku bila claim insuran pasni insuran dia akan naik..nnti eh aku kena bincang balik eh....xnak eh nnti di hari muka lain plk jadinyakan.....
pening wowowow nak setel menda menda kita xrancang nak jadi ni...Alhamdulih aku masih ada family n kekawan yg banyak bagi semangat kat aku....
ni lah keadaan kereta aku bawa tu..terukkan..hahahaaahahaha
......................
................................

p/s : tapi yang pasti kerbau tu xmampus pun..aku rasa kerbau tu ketawa ajer...sebab dia xrasa aper2 pun....sebab aku baru tahu tempat tu selalu terjadi kemalangan mcm tu..malm sebelum dah ada kereta proton langgar kerbau juga.. teruk lagi dr aku..mgkin langgar dgn laju kut.....tapi kerbau ttp tetap maintain ajer ...kalau boleh aku nk saman tuan punya kerbau tu ..nak perlihara tapi tak pandai nak jaga...wak kician kat org ajer..

Haiwan perliharaan


Aku bukan nak menyokong atau menyaran utk korang melihat blog yang aku lampirankan sini...Aku leh dikatakan suka melawat blog ni...suka tgk gambar tuan punya blog bermain main ngan anjing dan adalah beberapa fakta fakta yang menyatakan kan xharam pegang anjing..Yang tu aku xkisah tu atas fahaman diorang eh...Tapi xsilap aku diorang ni adik beradik, sorang duk di kelantan sorang lg duk di Janda baik kat pahang..Yang perempuan(mykittun) yg pakai purdah duk di kelantan dan lelaki(mki) kat Janda baik.Yang kat janda baik tu mmg pencinta haiwan pun, mmg dia ada zoo mini kat umah dia xsilap aku ada bermcm mcm jenis binatang dia pelihara..
Tapi aku nasihatkan dahulu, korang jangan pi serang plk ngan kata tohmahan yg buruk sebab dia ada satu surat loyer jika sesiapa yang memburukkan atau mengeluarkan kata2 kesat, diorg boleh saman.Dan xboleh menggunakan gambar didlm blog diorang..ADA FAHAM...AWAS YAAAA...Kalau tak kat court eh korang...hehehehe..biarlah diorang nak buat ape janji dia gembira...minat memasingkan..
Tapi kalau aku dapat pelihara serigala best juga..ada hati tu....kalau x ngan aku aku dia gigit(kekoh)..hahahhahahaha..tapi kitun dan mki aku kagum dgn diorg releks ajer berani lak tu..kalau aku jupa anjng aku dah terbayang dah kena gigit ko anjing tu...tapi kittun n mki bebetul pencinta binatang bukan setakat anjing ajer..kalau korang nak tau lebih lanjut leh eh tgk blog diorg tu....
Seronok layan anjing tanpa was was.....

Leh tgk2 http://www.mykittun.com @ mykittun
http://www.mymki.com/ @ mki

Wednesday, December 30, 2009

Penutup 2009 part 2

Pepagi ni tanpa aku sedar aku dah lama xbuka friendster dan sebenarnya dah lama beliau tu htr mesej kat aku tapi aku buat tak tahu sebab kat friendster biasanya kebanyakkan iklan yg ngarut2. Tapi hari ni aku tergerak hati nak buka, perchh... mesej dr beliau, bila aku baca rasa nak nangis pun ada...aku tetap rasa bersalah dlm diri ni...walaupun aku xberhubng ngan beliau aku masih mengetahui perkembangan dr pada kawan aku...aku mohon maaf bebanyak sekali lagi kat beliau..aku harap dia tabah kehidupan dia sekarang..kita dah xleh putar masa kita sekarang, beliau dah milik org lain...adakah salah aku menyebabkan beliau terseksa, aku tak pasti..tapi dr kawan aku citer mmg dr aku.....aduss..tamparan makin hebat utk aku sekarang tabahkan hati aku ....cukup citer pasal beliau
Semalam mmg aku xder mood juga sebab aku dapat satu berita salah sorang kawan aku dapat tukar balik negeri dia, skrg tinggal aku sorang kat sini...apasal org lain senang ajer dapat pindah..apasal aku ssh sangat..rasa hiba lak, bila impian aku di capai org lain...aku pun nak merasa juga perasaan gembira tu ...
pejabat aku sekarang agar huru hara sekarang, dgn berbagai berubah pentadbiran..kepala aku semakin pening dgn perubahan ni..mgkin mengambil masa yg lama utk mengubah semua tu...aku rasa pat kerja aku ni makin panas maksudnya xder dah nak ngular, kena naikkan diri sndiri, kena berlakon, kena belajar bodek bos...wajid ke aku nak buat semua tu...kalau xbuat semua tu, nnti nama naik sebab xbuat kerja sebab aku asik duk dlm bilik ajer...dia xtahu kerja aku mmg dlm bilik..tapi kali ni dia nak aku selalu jupa dia walaupun aku xder kerja...kira tujuk muka ajer dlm sehari 3 kali...kena pandai bodek...sebelum ni pun nama aku dah naik sebab asik duk dlm makmal ajer..(mmg kerja dlm makmal nak buat mcm ner)..tabah tabah...
sebenarnya banyak menda berlaku dlm 2009 ni...tapi xsempat nak habiskan semua sekali..
Jadi aku berharap 2010 tahun yang terbaik utk aku....semoga semua impian aku tercapai..aminnn


p/s: kepada kekawan selamat menyambut tahun baru.....

Tuesday, December 29, 2009

Penutup 2009 part 1

Aku xnak lepaskan peluang menulis blog di saat akhir tahun 2009 ni....Aper yang terjadi kepada aku satu saat keadaan yg indah dan ada juga pahitnya.. Bermcm mcm halangan rintangan aku tempuhi pada tahun 2009.. Alhamdulilah umur aku panjang utk menempuhi 2010 yg bakal tiba.
Biasa bila tiba taun baru mesti seseorang tu mempunyai azam tersendiri, mcm aku yg taun 2009 belum selesai lagi..terpaksa aku teruskan azam lama..Adalah azam aku yg kecil2 yg dapat dilaksanakan xsepenuhnya juga..
Tapi taun 2009 adalah taun yg amat membawa banyak masalah sebab aku terlampau mengejar azam sampai aku xsedar aku banyak melukakan hati org...banyak dosa aku aku lakukan sanggupkah aku tanggung smua tu..Ya Allah ampun dosa aku, aku menyesal dgn perbuatan aku ni...taun 2010 ni aku berazam xkan menyakiti hati org sebelum labuhnya tirai 2009 aku nak setelkan semua yg berlaku..Aku mohon kepada seseorg yg aku pernah melukakan hatinya sampai beliau menderita sampai hari ni, kalau aku aku tau semua ni berlaku aku cuba menghalang tapi aku xmampu...mgkin aku ada sebab/alasan utk aku menerima semua tu..Aku doakan dia tabah ngan masalah dia hadapi skrg...aku rasa masalah dia hadapi skrg sangat berat tapi dia dah teruskan ssh nak kembali dah...Tabahkan hati k...saya doa selalu...
Tapi aku kena teruskan hidup aku ni....ssh betul hidup tempat org ni, lagi lagi sorang diri kat sini..kalau dihitung,dkira sepatutnya dah sesuai sangat aku bersatu..tapi keadaan tak mengizinkan ada ajer yang xkene...ssh sangat nak pikirkan pasal nak bersatu ni...Kalau pikir pasal ni xsudah ni..
satu lagi masanya skrg pasal sampai bila aku nak merantau ni, dah bermcm2 cara aku usaha nak mintak tukar xdapat2 mcm ne nak bersatu kalau msh duk berjauhan ni ...nak kena tunggu berpindah senang ckit nak bersatu...

rasa mcm malas lak nak menulis ni.....aku buat part 1 dan part 2 eh...hahaahahaa

Monday, December 28, 2009

Aku Keliru

mcm ner tu?

Friday, December 11, 2009

Harus Kah aku Kembali

Assalamulaikum, kekawan blog..huk huk..lama sungguh rasa dop masuk dlm blog ni....Rindu tu ada juga...Loni aku cuma banyak baca  yang org ajer yang diri sendiri rasa dop berdaya nak menulis..Bukan aper sibuk berkebun loni..heehehehehehee...xder juga...mcm menda telah berlaku dlm hidup aku sekarang....sampai aku ssh nak berkongsi dlm blog ni...

Aku xpasti nak teruskan ke tak dlm dunia berblog ni....mgkin aku kembali atau tak....ermmm...ssh nak cakap eh.....Walaupun aku kurang berblog aku setiasa membaca blog kekawan.....InsyaAllah mgkin akan kembali......Aper pun aku skrg aktif kat facebook, kalau nak add leh juga...umah setiasa terbuka utk kekawan..heheheehe...

Tu ajer yaaa...rindu lak nak menulis jadi tulis cikit2 ajer eh....


Friday, August 28, 2009

Puasa ke 6


Asslamualaikum.....salam ramadhan yang ke 6.cepatnya masa berlalu...Aku semakin hari semakin malas nak update blog ni....Aku pun xtahu, mungkin dah dijangkati penyakit facebook..aku asyik online kat sana ajer....lelebih kat ofis aku ni mengalakkan penggunaan facebook siap nak buat kursus facebook lagi..Tu bos aku yang cakap tapi utk org atasan ajer...mcm kitorang yang bawahan ni belajar sendiri ajer....

Macam ner puasa ok tak?...aku mcm biasa tetap mcm dulu menu utama pilihan kat pasar ramadhan..terasa nak makan aper.beli ajer....huuhuhuhuhu.....sedihnya nya 5 tahun asik mcm ner ajer...bila nak ada perubahan ni...Sahur tetap sama panaskan laut yang beli ptgnya....sahur tetap nasi bila buka aku xselesa skrg nak makan nasi..aku makan kuih,mee tu dah kenyang jadi aku xbeli banyak sangat eh.....Kekawan aku dah start ajak berbuka kat hotel dah, lemah aku kalau kekawan ajak g berbuka kat hotel.....bukan xnak tapi diorang nak g hotel yang besar jadi bayaran satu kepala mahal leh mencecah Rm 80/40 satu kepala. Korang mesti cakap mcm kawan aku cakap aku ni kedekut nak kaur duit sekali pun berkira bukan selalu...Alah kalau betul nak makan, makan kat kedai biasa dah ok eh sebenar.....seorang xsampai RM 20 eh....ikan 3 rasa lebih beli beberapa ekor tu.....betul rasa xsama mcm hotel.....Yalah yalah aku turuti eh, malas nak berbahas eh.....Kalau satu kepala RM 60 hinggit rasa nya leh wak makan seminggu puasa aku kat sini....xnak aku g buka puasa dgn kekawan aku eh.....hahahaaahhahha....

Seminggu dua ni aku tgh pening pikir kan umah tangga org ni....dia asik mintak tolong aku....aku dah xtau nak buat aper dah...nak berpisah ke tak? Tu ajer soalannya....Aku belum berumahtangga dah pening pikir pasal ni...Peningnya..Minta tolong sesiapa ada kawan berkerja pusat agama atau guaman tolong bagi   tau aku..aku ada soalan nak ditnyakan....

p/s: berdosa kah aku menolong org nak berpisah(bercerai)?

Saturday, August 22, 2009

Ahlan Wahsahlan Ya Ramadhan

Assalamulaikum.....Selamat berpuasa kepada semua, agak lambat skit aku mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan...Dan pertama kali aku post pada pepagi hari, sebenarnya aku tengah layan broadband Celcom yang topup tu...Tu pun kawan aku Bagi pinjam kat aku..Aku mmg nak try cuba test menda ni.....Sejak aku guna menda ok eh, xder onarnya...

Terlajak ke topic lain lak..aku sebenarnya nk citer pasal puasa...Ni kali yang berapa entah aku berpuasa di tempat org, aku teringin sangat nak berpuasa penuh kat kg..mcm dulu2...hehehehe...Mcm xdapat ajer....Jadi kena terima semua tu dgn smua tu.....

Jadi aku ingin memohon maaf kepada semua kekawan kalau ada silap salah pelakuan,penulisan atau segalanya....

Semoga di berkati dan dimurakkan rezeki...

Thursday, August 20, 2009

Aku Bukan Anti-Kerajaan Bukan Juga Pro-Pembangkang

Sebenarnya aku tak suka menulis mengenai hal hal politik kat blog aku ni...Tapi hari ni hati nak juga menulis pasal ni..aku akui mmg kurang arif pasal politik tapi bila hari hari asik dgr menda yg sama....Menda xtahu betul kan tak....Aku sebenarnya nak bincangkan sikit ajer pasal Tuan Guru Nik Aziz yg menyatakan (org Umno xdapat masuk Syurga) tu ajer topicnya. Tapi klau kita tgk kat tv, surat khbar tu dia canai betul betul, tahu betul ke tak Tuan Guru Cakap mcm tu, wartawan tu betul ker tak....Belum tanya dia terus hentam dia.....Kician lak aku tgk.....

Tuan Guru Nik Aziz mengaku ada mengaku mengatakan bergitu tapi semua yang tertulis dlm surat khabat tak sama dia katakan...Niat dia kata lain tapi di sampai kan...Bila aku baca berita dlm  surat kabar mcm main main plk....Mcm bdk bdk eh...Mcm kita tersalah cakapkan maksud kita lain tapi bila kekawan yang lain dgr tapi pikirkan lain..... aper lagi sindir menyindir....xtanya dulu aper maksud dia katakan....Terus menghentam....

p/s: Adakan ni mainan politik sebab pilihan raya akan berlaku....tapi aku xsuka eh sebab melibatkan hal agama kita..

Monday, August 17, 2009

Untuk Tatapan Aje

Eju & isterinya

Aku xtahu nk citer aper....jadi aku leh citerkan pasal kawan aku berkhawin gantung...pada 8/8/2009 dia sudah angkat nikah tapi belum buat majlis...Tu baru di namakan cintakan...tup tup kahwin..majlis nya kemungkinan akan berlangsung raya puasa ni....Aku ucapkan Selamat Pengantin Baru Semoga Kekal ke anak cucu..


Zoul & Tunangnya

Semalam puk 11.30 gitu aku dapat mesej dari kawan satu umah ngan aku dulu..Sudah lama aku tak tanya kabar dia sebab dia dah dapat pindah kerja tempat asalnya....semalam dia bagitau bahawa dia sudah bertunang pada hari jumaat minggu lepas...Wah....Akhirnya dia sudah membuat tapak utk untuk kearah berumahtangga.....(aku bila weh)...Jadi aku nak ucapkan dia kekal hingga ke jinjang pelamin...

http://mazidulakmal.blogspot.com/

p/s: Sekarang aku tgh layan blog Mazidul Akmal...alah pengacara Edisi 360 tu....Habis habisan dia buat kerja...mcm mcm kes, mcm cerita....Layan AJEEREE

Thursday, August 13, 2009

Bila Masalah Ni Akan SeTEL?

Sekarang penularan Penyakit H1N1 semakin membimbangkan Masyarakat Dunia...Xtahu sampai bila penyakit ni akan berhenti..Jadi kita harus sedar bahawa ada sebab Allah jadikan sesuatu. Jadi sama sama kita beramal...Sebenarnya aku teringin sangat nak g solat hajat kat stadium Kota Bharu pada Awal puasa selepas Sahur. Tadi aku tgk Tv Tuan Guru Nik Aziz buat pengumuman pasal solat hajat tu akan dilakukan...Kalau dapat balik ni gerenti aku g ni...

Ok eh, sebenarnya aku nak cakap pasal penularan penyakit F1B1(Facebook)hahahaahaha...Sekarang penggunaan facebook semakin ramai, mcm topic dibincangkan, ramai kawan kita temui distu...sampaikan masalah kita dapat diselesaikan disitu...

Kekadang ada juga masalah xdapat diselesaikan, mcm contoh kawan aku ni..aku xtahu aper masalahnya sampai dia boleh tulis mcm tu sekali...Macam hidupnya tidak bermakna lagi, aku pun xpaham...Ada masalah baru ingat mati...aku rasa xelok eh nak setel masalah tu gitu ajekan....Kita ada agama berserah kepada Allah SWT, mengadu kepada nya minta ketenangan jiwa.......Kalau korang leh tolong kawan aku komen atau add facebook dia.....

p/s: add facebook aku sekali k....

Wednesday, August 12, 2009

Surat Dari Jauh


Pepagi tadi turun ofis nak tgk surat tetiba ajer dapat surat agak jauh ni Uk....Huk HUk aku dah tau dah dari siapa ni...Terharu gila bila dapat hadiah dari Akak ku  jauh nu disana....Akak aku ni lain mak lain bapak eh...Tapi dia mcm aku akak dah...Naik segan juga aku dgn dia, dia baik sangat...ssh nak cr org mcm dia...kalau leh jadi adik ipar kan bagus...baru leh jadi akak betul...hahahahahahha..mengarut dah aku ni....Akak terima kasih hadiah ni....cepat cepat lah balik...xsabar nak panggil akak doktor ni...hehehehe...

Korang nak tau tak aper dlm sambul surat, barang nya special...Jom kita tgk

@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@@
Gambar kurang jelas eh






p/s: Terima kasih akak