Nuffnang

Friday, February 29, 2008

Balik Mengundi

Balik ke tak mengundi?

Tu ajer soalan aku jawap hari2 kkdg penat nak menjawap...

Jawapan aku balik....Tapi aku xtahu lagi balik ke tak, bukan xnak tunaikan kewajipan tapi jauh woooo...aku sebenarnya tunggu jawapan juga ni..Biasa lah kalau perantau ni biasanya dia bagi kos balik utk mengundi...Aku nak tau juga ler dapat berapa kan..Kalau dapat RM50 adus lepas minyak pun xleh ni...Kalau dapat RM150.00 best juga..leh guna buat pergi dn balik lagi tu...

Tunggu ajer jawapan dr org kg..tu ler jawapan aku..hahahahaa jahat wess...

Aku tempat aku mmg meriah kalau hari mengundi ni(kawasan panas tu)..

Aku sebenar bulan ni jadual penuh dgn aktiviti tu aku malas sgt nak balik...Redha ajer eh...

Aku malas sangat nak tulis bab bab mngundi ni...Jadi aku postkan gambar kat batu pahat ni...

layannn.......




Ni kawasan pekan parit raja

Depan masuk tempat kerja aku...

Ni betul2 depan pintu masuk tempat kerja ...Baru dapat info bendera tu dah kena cabut..

Monday, February 25, 2008

Apa tu Orb?

Aku sekarang dah berubah alih ke... skrg ni aku dah semakin suka cerita pasal mistik plk. Bukan minat pun saja2 nak tau. Pepagi sampai ajer ofis, mula on kan pc mesti check email dan friendster pastu baru eh jejalan blog kekawan aku..Aku ni jenis suka baca blog yang baru/xpernah aku pergi... Aku baca semua jika menarik mesti nak jadi kawan eh..

Tgh usha usha blog kkwn ni. Aku terbaca eh pasal artikal mengenai Orb..Mula2 xtahu maksud dia. Mujurlah tuan punya blog bagi penerang skit.


Penerangan dari blog tetang orb ni ---misteriparanormal
"" Orbs. Bagi sebagian orang penikmat alam gaib, mendefinisikannya sebagai jin, atau setan, atau makhluk halus lain yg tertangkap kamera. Bagi sebagian lagi yg lebih konservatif bilang obs adalah suatu energi kehidupan, atau yg energi hidup. Saya sendiri berada antara percaya dan tidak (dengan perbandingan, let�s say, 1% percaya, 99% tidak, kikikik). Gimana menurut para pakar foto di sini. Ada yg sudah pernah dapet motret orbs itu? Ini saya sertakan foto orbs saya, menggunakan Nikon coolpix 4100. Bagi yg masih asing, orbs itu adalah lingkaran2 cerah seperti bula yg melayang2. "
- Juned D. Prasetyo


Bila terbaca artikel dia, aku terus cari orb dlm gambar simpanan aku. Sah mmg ada sebelum ni aku pernah tgk satu cahaya bulat kat dlm gambar. Aku xpasti betul ker tak, aku cuma nak tau ajer kan..

Kalau perhati betul2 ada mcm kabus putih berbentuk bulatkan...Dari blog ---misteriparanormal tulah Orb...Bagi aku ler...benda tu terjadi sebab patulan cahaya aje...Gambar kat tu mmg dlm hutan..Masa tu aku kursus kat Pagoh.

Gambar kat atas ni plk..belakang nya pantai kat telok kemang pd..Gambar lama ni...bulatan dia lebih jelas dr gambar di atas...

Aku nak tanya eh pendapat korang?

Friday, February 22, 2008

Misteri (Toyol)



Semalam boring sesangat xtahu nak buat aper jadi aku call family kat kampung tanya pasal pilihan raya kat sana. Biasanya kat Kelantan meriah dengan Perang posternya. Siapa yang bakal merintah kita tggu dan lihat ajer.


Tengah borak dgn ayah aku, tetiba ma aku menyampuk cakap dia hilang duit. Hari hari lak tu hilang, hilang 20/50 sen xperlah, ni hilang sampai RM 100 sehari. Toike Balak pun bankrap, ma aku suh aku tanya kekawan aku yang pandai bab bab mistik ni (nak cuba tanya Fazamania eh) kat sini ada tok bomoh tapi aku malas nak percaya bab bab ni. Ayah aku cakap, nak kata org yang ambik xlogik dek akal sebab simpan nya payah juga ler nak dicari. Ma aku cakap toyol kut, ahaks...TOYOL..dlm hati aku kata mungkin kut...hihihi percaya juga aku pasal toyol ni.


Sebab sebelum ni sebelah umah aku pun pernah terjadi mcm tu. Bila jupa bomoh, nak tau aper dia cakap? dia kata mmg ada toyol tapi tak bertuan (mcm ner tu) dia cakap dia simpan duit xtahu kemana..ssh nak dikesan. Mungkin ilmu tok bomoh ni xhebat lagi kut...Ahaks.. Ayat bomoh tu berlapis sangat ler, toyol tak bertuah tu mungkin toyol betul atau pun manusia ...Lepas jupa bomoh tu senyap ler kejap. Dah xder bising pasal duit hilang ni..


Semalam pulak timbul balik pasal duit hilang ni. Aku citer eh pasal ni kat kawan seumah aku ni, dia pun dengan penuh yakin cakap mungkin toyol eh tu. Dia cakap kita kan baru lepas musim haji, dia cakap kat mekah nak beli toyol senang. Dia cakap lagi, mungkin tuan punya toyol tu baru nak test power tak toyol dia baru beli ni. Mmg betul pasal toyol di jual kat mekah murah2 ajer. Tapi aku xtahu ler betul ker tak.

Kalau bab toyol ni, aku mmg ada kisah benar yang berlaku kat kawan yang kat penang ni. Mula- mula dengar citer dia aku tak caya. Toyol jadikan anak dia sebagai kawan mainan, naik bulu romo aku bila nak tulis ni. Kawan aku ni xsedar, anak dia dah lama berkawan ngan toyol. Sebenarnya toyol tu mmg duk kat umah disewa tu. Tapi dia xtahu kan, dia duk ajer situ. Dia kata sebelum ni dia ada juga rasa lain tapi 2-2 jenis xlayan sangat ngan menda2 tu. Dia cakap sebelum ni bini dia ada nampak mata merah dlm almari ler. Bini dia jenis berani juga, bini dia selalu aje kena tinggal . Kawan aku ni kerja kilang masa kerja tak menentu kekadang pagi kekadang malam. Bini dia selalu kena tinggal kat umah. Pernah juga berlaku menda menakutkan kat bini dia, kena pukau habis juga barang kemas kena ambik. Xleh nak buat aper eh.


Kelain plk, sambung balik pasal toyol ni. Mcmner dapat tau toyol kat umah tu? Dia bermula dengan anak dia sakit(demam ajer eh xsilap aku). Lepas tu dia terpaksa eh balik kat umah mertua dia. Lepas sembuh tu, dia balik umah dia. Tak sampai seminggu lepas tu bini dia plk demam 2 minggu xsembuh..Last sekali bini dia kena tahan kat hospital, doktor cakap disyaki denggi. Masa bini dia kat hospital mujur lah, akak bini dia jaga.


Bila isteri dia sembuh, xsilap aku anak dia sakit plk. Dah nampak lain dah anak dia semacam, aku xtahu semacam mana kan. Pastu tubuh anak dia naik bintik2 dia cakap campak. Aper lagi anak pertama, kawan aku risau eh. Terpaksa eh dia bawa bomoh, biasa campak2 ni org guna ubatan tradisional ajer. Cepat sembuh kut, aku dulu sama juga tak jupa doktor pun. Kena ludah 2/3 kali dengan air sirih ngan arwah atok aku dulu, esok dah nampak terus perubahannya. Mujurlah kawan aku hntr jupa bomoh, kat situ eh dapat tau kat dia duduk tu ada toyol. Dia cakap kat aku dia tak caya, last sekali bomoh tu tujuk toyol ada kat perjuru umah dia dengan mengunakan daun sirih. Barulah dia percaya bila nampak sendiri, bomoh ajar cara nak ajar dia nak halaukan toyol tu. Dia perlu tampalkan Surah Kursi dengan 3 penjuru umah dia.


Bila dah tau pasal sebab aper anak dia selalu ajer sakit jadi dia buat keputusan isteri dan anak dia, terpaksa tinggal umah akak dia. Hanya ajer duk kat umah tu, terpaksa eh duk situ sorang2 sebab tempat kerja ngan umah dia tu dekat. Kalau duk kat umah akak ipar dia dari tempat kerja jauh. Dia mulakan operasi menghalau toyol seperti yang di ajar oleh bomoh tu. Mula dia cakap takut juga duk sorang2 tu, dia buat beranikan diri ajer. Mujurlah toyol tu tak kacau dia cuma ada ler bunyi toyol cuba cabutkan ayat kursi yang ditampalkan. Power juga toyol tu. Bila bangun pagi tgk ayat kursi tu dah hampir tercabut juga eh.


Sekarang ni kawan aku dah pindah umah dah. Alhamdulilah anak dia dah semakin ceria tak seperti dulu masa tinggal kat umah tu.


Panjang juga aku citer ni....waktu ofis dah habis dah ni ..aku nak bersiap balik dulu yaa...

Thursday, February 21, 2008

Hidup Seorang Perantau

Hidup aku sekarang ni jalan terus berjalan...sampai bila nak berhenti??...tu xtahu...
Selagi aku bujang selagi tu aku terus merantau...kenal tempat org...pengalaman aku akan ku kongsi buat anak anak aku.....(ceh ceh bila tu nak kahwin xtahu lagi tunggu dan lihat ajer eh)...

Sebenarnya aku tgh merancang memastikan masa/cuti utk balik kampung utk balik mengundi...
Balik batu pahat plk, mak ayah aku nak datang sini plk..Nak tgk umah aku kat sini...Adus umah tak kemas lagi, pastu kena naik pd plk, g bangi umah2 akak akak aku tu...Penuh jadual bulan 3 ni..Pening nya...
Susah hidup merantau ni.... Bila ingat aku ni seorang perantau pasti aku ingat lagu Black Dog Bone.. Tajuknya Joget Bujang Di Rantau
Joget Bujang Di Rantau
Rindu si pungguk pada sang bulan
Tidur tak lena makan tak lalu
Ketika dirimu di rantauan
Jagalah tingkah laku
Tupai melompat didahan tinggi
Air yang jernih nampaklah bayang
Haruslah kau pandai ambil hati
Dirimu kan disayang
Oranglah bujang kalau di rantau
Jangan suka menyombong bangga diri
Kalau memburu si anak rusa
Janganlah sampai ke hujung tanjung
Buatlah baik taburkan jasa
Namamu kan disanjung
  • Balik Mengundi
  • Bawa Family aku g Temerloh
  • Gi bangi dan PD
  • Aku periksa PTK

Monday, February 18, 2008

Bangi-Port Dickson-Msjbox Camping

Banyak menda berlaku bila masuk bulan 2 ni....Sampai xsempat nak ceritakan kat dlm ni...Dengan sifat malas aku ni bertambah tambah...Sekarang ni aku tgh rajinkan buat kerja tertangguh kat ofis, tu jadi malas nak update blog ahaks...tapi sempat lah tgk blog kekawan yang lain....Raya cina hari tu aku sempat balik sebenarnya kejap ajer eh....balik semata2 nak tgk anak saudara baru..Haziq oo haziq...bertuah dapat bapak saudara mcm aku ni....puji diri sendiri lak...

inilah anak saudara aku....baru mandi ek

Tu hadiah aku bagi tempat tidur...bestkan haziq ..ahaks....
Pas balik dari kelate mak aku kirim barang kat akak aku yang tinggal kat bangi dan pd...Adus bagusnya sapo dapat adik mcm aku ni...sanggup dari batu pahat pi sana semata mata hantarkan barang yang xpenting sesangat..aku jenis layan ajer...pada masa sama hari tu ada msjbox camping ..apa lagi aku sempat ler jupa kekawan yang xpernah jupa....adus segan tul ngan msjbox yang dah lama xaktif, xbayar yuran nak join...mmg segan nak balik tu bagi lagi cederamata kat aku.....Bukan aku ajer yang kawan aku yang menyibuk (mino) pun dapat..ahaks....terima kasih...bila pi sana ..adus sempat juga sesi perkenalan diri...aku ingat nak jupa kejap ajer nak bayar yuran msjbox ajer trus blah sebab nak balik trs batu pahat..tapi terpaksa juga termasuk sesi tu......masa perkenalkan diri tu sempat kenal tuan punya blog selama ni aku tgk dari internet ajer....dlm group tu ada juga org kelantan ..ingat aku sorang ajer...ahaks...semua yang join yang kerja mantap2....terasa kecil ajer bila duk dgn diorang...bila dah lama duk situ rasa mcm best ajer....terasa eh juga xjadi nak balik..xleh kena balik juga esoknya...ada kerja kena uruskan...banyak jemputan kena pi....sabar eh....masa drive nak balik otak aku pikir ajer pasal camping tu...mcm2 aku pikir sampai sesat jalan....adussss...mujur lah sempat patah balik cari jalan yang betul.....tu lah xbagi tumpuan masa memandu....akhir puk 3 pagi baru sampai....

Gambar xjelas ..alah guna kamera hp ajer...tu xcerah langsung..letak ajer eh..nak wak kenangan kan..ahaks..situ juga salah tu cederahati yang aku dapat...dapat juga walaupun xdatang secara x rasmi....terima kasih semua...

Terima kasih kekawan yang join msjbox camping...

Thursday, January 31, 2008

Aku dah semakin Tua

(poyo lah hari ni nak letak gambar sendiri...abaikan sekadar hiasan..hahhahaa)

Sedar tak sedar umur aku dah meningkat...ahaks...

tapi aku bersyukur kehadrat Allah SWT kerana di panjangkan umur..
Dikesempatan ni aku nak mengucapkan jutaan terima kasih kat kekwan yang wish aku..

Walaupun dah tua ada juga yang ingat kat aku ni..terima kasih kepada


Uji

salina

zoul

daus

fadli

kekawan satu ofis

shakey

sema

wan sajidah

akak munirah

khatijah

zara

mijal

amin

azwan

dan yang lain....


p/s: semalam tgh meeting tetiba ajer diorang nyanyi lagi bestday, adus segannya...terima kasih kekawan..

Monday, January 28, 2008

Bangi-Port Dickson-Melaka

2 hari cuti pertama gaji aku dah melaburkan kat stesen minyak dah duit aku...
nasib eh ..xlama x g jejalan jadi aku ambik kesempatan pi jejalan umah akak aku yang kahwin yang tinggal kat bangi sekarang ni...perjalanan fuss jauhnya dari batu pahat ke bangi...terpaksa pergi mak ayah aku kat kelantan dah bising suh pi tgk keadaan diorang sekrg ni....layannnn ajer eh...dia bukan betul2 bangi eh dia kat tengah2 antara bangi ngan nilai...
bertolak pagi sabtu...sampai tengahari baru sampai..
aku kat sana xpi jejalan ajer cuma g nilai 3 sebab umah dia dekat sesangat....
Pagi keesokan nya aku dah gerak balik dah....sebab aku ada 2 lagi tempat persinggahan nak pi ni....sebelum balik aku kena pi pd plk tgk akak aku kat sana plk...sorang lagi akak aku kat sana....mujur ler ada jalan short cut dari nilai ke bangi tu xyah lalu tol selamat duit aku..ahaks..


Abang ipar aku siap lukis peta lagi kat aku..takut sesat....nak wak mcm ner tak pernah lalukan dia lalu pekan salak-kena lalu felda LBJ-dan jalan sepang....jalan dia mmg terro eh.....
mmg kejap ajer dlm 45 minit ajer....sampai pd hajat nak pi pantai, xleh sebab lepas ni nak singgah ke melaka lak nak gi umah sepupu kejap....jalan ajer hari tu...dah ler drive sorang2.....choyak2....
puk 12 aku dah gerak pi melaka dah kejap ajer singgah umah akak aku tu...aku jalan jalan kampung juga sebab dia lagi dekat dari ikut jalan tol ni...dah lah jauh kena bayar tol lagi....aku lalu jalan pasir panjang- masjid tanah...mmg lagi best lalu jalan tu leh tgk umah betul2 asli melaka....
sampai melaka bukan jupa kat umah dia, terus pi tesco gi jejalan sana puk 1.00 sampai puk 4.30 baru leh bertolak balik ke batu pahat...



lelebih lagi masa kat melaka jupa ngan kawan aku kejap yang kijo sebagai mici kat kat melaka tu jd lama kat melaka tu..sambil cari barang baby...oooo lupa....

AKU BARU DAPAT ANAK SAUDARA BARU..NI ANAK SAUDARA AKU YANG KE-5 EH..

NAMANYA MOHAMMAD HAZIQAN BIN HASNAN...

Gambarnya xder lagi raya cina ni aku balik kg semata2 nak tgk anak saudara baru ni...ni anak abang aku yang sulang...kahwin dah 3 tahun baru dapat ni..Alhamdulilah.....

Makmal oo Makmal

Ahaks, teruk tul aku ni...nak update satu citer dlm blog mmg ssh....nampak mcm sunyi ajer...bukan sunyi tapi sibuk skit...tambah2 ngan keadaan sekarang ni...keadaan yang malas hahahaha...cerita tu banyak tapi langsung nak sempat nak citer bila dah lepas 2/3 minggu dah malas nk citer.....tapi artikel kali ni citer perjalanan hidup aku juga tapi ke arah perjalanan perkerjaan aku eh.....
Ni lah Makmal dijaga aku..dulu aku pernah citer..aku dlm proses pelupusan barang nak beli komputer baru.....penat nak uruskan semua tu...Ni masa kosong ni...
Tu kat tepi tu, komputer acer yang baru dah sampai....masa tu meja blum sampai lagi ni..sebulan juga nak settelkan semua tu...lamanya tu...
Sekarang dah siap...lega rasanya bila dah siap....sempat plk tgk makmal aku ni....aduss leh lalu tak pelajar ni..kemas tak?ahaks....layan
Meja komputer ni boleh tahan canggih juga eh....tgk dari rupa mmg cantik...tapi bila pikir masa depan banyak kemungkinan akan berlaku...pasti berlaku....aku terima ajer...spec meja dan pembelian komputer di uruskan oleh org atas kan...aku hanya menjaga ajer...bila tgk gini mesti tertanya mana monitor??...ahaks...

magik.....
Tang.......dia kena tarik keyboard baru kuar monitor...canggih tak....ni design baru ni.....design baru juga jangan menyusahkan aku suh...aku dgr kawan aku 2 buah meja dah rosak...sebab ditarik tutup ajer...plajar kat sini ganas eh...

Friday, December 28, 2007

Malam Akad Nikah

( klip pada gambar utk besarkan)'
Ni malam akad nikah akak aku...malam dapat org baru...suasana biasa2 saja....dlm masjid kat kampung...kat belakang masjid air banjir semakin naik..pastu masjid kampung semakin banyak bocornya....hujan malam tu tak henti...siapa suh kahwin musim hujan..kan dah alami saat saat tu...
Walaupun majlis berjalan lancar ngan sekali angkat nikah...nak letak gambar pun xder sebab aku jd jurukamera sorang lagi kawan aku jadi juru video.....
Bersambung lagi......


Thursday, December 27, 2007

Rewang / Sampai Kijo

(klip pada gambar utk besarkan)
Alhamdulilah...semuanya berjalan lancar walaupun masa tu hujan tanpa henti..walaupun hati resah ajer....tapi lancar...Sebelum kenduri tu mmg family aku ada buat solat sunat kira minta minta kenduri berjalan lancar...mmg masa hari sampai kijo tu mmg hujan tanpa henti...Sampai kijo sama eh ngan rewang....
Aku banyak menda nak cerita tapi sebab banyak kerja dan aku baru ajer masuk kerja ...semalam puk 5 petang sampai kat batu pahat, aku turun dari kelantan puk 7 pagi...seseorang ajer...mujur ler kenariah xbuat aper2....
p/s: rasa mcm nak tidur ajer kat ofis hari ni...ahaks...
Bersambung.......

Monday, December 03, 2007

Terima Kasih Semua/ Selamat UlangTahun

Alhamdulilah, selesai juga lupuskan semua meja meja kat makmal aku sebelum balik kg....Ribuan terima kasih kat kekawan ofis aku kerana banyak menolong mengalih meja dan kerusi....Sempat juga eh aku buat Announcement kat web rasmi mtk tolong :-

Title:
Gotong Royong
Body:
Makmal Penyelidikan Pelajar & Staf akan mengadakan aktiviti seperti yang disebutkan di atas. Butiran aktiviti adalah seperti berikut :-


Tarikh : 30 November 2007
Masa : 9:00 am hingga selesai
Aktiviti : Mengalih meja dan kerusi komputer dari Makmal ke FTMM 1

Diharap kepada sahabat-sahabat yang mempunyai kelapangan dan kederat sudi-sudilah menghulurkan bantuan bagi meringankan lagi kerja-kerja tersebut, kesudian para sahabat saya dahului dengan ucapan terima kasih.


Tangan yang memberi adalah baik dari yang menerima.
Mujur lah ramai yang tolong..sebab kena angkut 66 buah meja dan 66 kerusi..kalau aku buat berdua ngan kwan aku tak patah pinggang aku ni..tu aku sibuk sesangat 1 minggu ni....Dalam kepenatan tu ada juga yang baik hati sponsor makan makan...leh makan kfc dan meehun lagi....terima kasih ketua makmal aku, semoga di murahkan rezeki....dan tak lupa juga mama muhaini sebab masak mihun, en.asri juga en faizan belanja minum air plus bertenaga eh aku...

Thank hafiz, nama sama ngan aku dlm satu ofis..layan kfc tanpa sos..ahaks..



Terima kasih kat en. bai, abg din, en. asri dan en. khairul susah2 ajer ek...layan makan yaaa..
Org kuat tempat aku en. faizan dan juga haji yang xpernah pi mekah..hahahaa..gelarannya haji tapi tunjuk lucah lak tu...terima kasih...

Menda yang lebih penting selepas makan wajid diorang layan rokok.....thank en.alie dan en.zamri org multimedia..
Hah ni ajer yang tinggal....main serbu ajer..mujur ler cukup2...siap ada lebih lagi...
Dan tak lupa juga kat pra kat ofis aku...walaupun dia ni dolongan elit kat ofis aku...tapi hari tu dia turun juga...terima kasih yaa en. lan....

Dah siap dah....tapi makmal masih huru hara lagi..ahaks..

p/s:- Disini aku ingin mengucapkan selamat ulangtahun ke 24 kepada Kawan aku(ismaruzi ismail) semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.....Aku doakan semoga tahun ni dapat kerja kerajaan...ahaks.....

Thursday, November 29, 2007

Peringatan

Design kawan/aku buat kad ni

Kalau dikira aku ada masa 17 hari lagi bakal tiba perkahwinan akak aku.....Banyak menda xdibuat lagi....Susah juga nak uruskan pasal majlis kahwin ni..aku ni kira bernasib baik sebab aku berjuahan jd semua keperluan kat umah diuruskan org lain...cuma aku part yang kecil2 ajer.....Jadi untuk peringatan kepada diri sebelum aku balik kampung pada 14/12 ..aku kena buat..








  1. Apply Cuti bermula 14/12 hingga 30/12


  2. Cari kamera dan juga video camera


  3. Hadiah utk akak aku(periuk nasi elektrik)


  4. Kerepek utk jamu tukang masak/hari raya haji


  5. Beli barangan org kirim


  6. Setelkan sasaran kerja tahunan


  7. Setelkan meja kat makmal(bila nak setel ni)


  8. Beli baju sehelai kut..


  9. Servis Kereta


Jadi dijemput kepada kekawan semua yang sudi datang umah aku nnti pada 17/12/2007

Friday, November 16, 2007

Teman

Teman...
Sesungguhnya masa begitu cepat berlalu meninggalkan kita..hari-hari yg berlalu dilalui dengan pelbagai cerita suka dan duka...tangis dan tawa..begitu juga dgn kita semua...kekadang kita menangis..kekadang kita bergelak ketawa...kekadang kita bermuram durja..semua itu adalah lumrah hidup di dunia..
Teman...
Dlm hidup ini semua orng akan merasai apa itu kekecewaaann & kebahagiaann...penderitaan kehilangan orng yg tersayang...mahligai yg diimpikan tidak kesampaian...lantaran dari itu kekecewaan datang mengundang...
Teman....
Anggaplah setiap apa yg berlaku pasti ade hikmahnya...hikmah yg tersembunyi yg kita tidak ketahui ceritanya...walaupun pahit untuk ditelan..tapi itulah kehidupan...dan itulah kenyataan..yg pasti yg pahit itulah biasanya penawar kedukaan...pengubat kekecewaan akhirnya...
Teman...
Mengapa perlu kita berubah sikap hanya semata2 kekecewaan yg melanda dlm hidup kitaa??? hanya semata2 kita kehilangan orng yg tersayang??? yg telah kita impikan masa depan bersamanya...tidak pernahkah engkau rindu akan dirimu yg sebelumnya??? yg penuh dgn sikap yg murni...penuh dengan kesetiaan..penuh dengan tanggungjawab..taat pada ajaran sebagaimana yg dianuti dan dipegang selama ini....kenapa perlu musnahkan semua itu hanya kerana seseorang????
Teman...
Itulah namanya dugaan & ujian..sebagai insan biasa kita tidak lekang dari diuji dgn ujian dan dugaan hidup..makin kita ingin berubah makin kita akan diuji dengan pelbagai dugaan..tapi percayalah wahai teman..Allah tidak pernah menganiayai hambanya..pasti ada kebaikannyaa...pasti ade hikmahnyaaa..pasti ada kelebihannya...
Teman...
Setiap kekecewaan yg bertandang pasti ade hikmahnyaa..kita tidak tahu apa yg terbaik tuk diri kita dan masa depan kita...mungkin apa yg kita rasa baik tuk kita sebenarnya buruk tuk kita..dan apa yg kita rasa buruk tuk kita sebenarnya baik tuk kitaa....hanya Allah yg mengetahui...kekadang kita bertanya pada diri sendiri..kenapa jadi macam ni???kalaulah aku tak buat macam ni..tentu takkan jadi begini....inilah yg seringkali bermain difikiran kita bila berlaku sesuatu yg tak diingini dlm hidup kita...tapi teman..ingatlah..semua yg berlaku hanya akan berlaku dgn keizinannyaa...itulah yg dinamakan qada & qadar..redhalah dgn segala ketentuan yg telah direncanakan untuk kitaa....
Teman....
Tiada sesiapa dlm dunia ini mengharapkan kekecewaan & kegagalan dlm hidup mereka...tiada sesiapa yg menginginkan penderitaan & kesengsaraan..tetapi teman..itulah yg seringkali terjadi pada kita...hidup tidak selalunya indah..tidak seindah pelangi..sesungguhnya begitu sukar untuk mencari kebahagiaan..melarik impian...yg belum pasti keputusannyaa...
Teman...
Ayuh bangkitlah dari kekecewaan..kuatkanlah semangat..tabahkanlah hatimu...tetapkan lah iman..hanya itu yg mampu menolong kita tuk menjadi seorang insani yg gemilang..jgn disebabkan kisah silam kita berubah sikap..berubah bukan kepada kebaikan..tapi kepada keburukan..anggaplah apa yg terjadi sbgai satu pengajaran..pengajaran tuk masa depan..itulah ujian...Allah hanya akan menguji orng2 yg disayanginya sahaja..jadi bersyukurlah kerana kita adalah insan yg tergolong di kalangan tersebut..tetapi teman..harus diingat..janganlah kita kalah dgn ujian yg mendatang..rebah ditepian sebelum sempadan...bangkitlah demi masa depan dengan penuh harapan...
Teman....
Renunglah sejenak..apakah yg diinginkan olehmu dlm hidupmu ini??? hidup ini hanya sementara..tah esok atau lusa kita telah tiada..setiap apa yg kita lakukan akan ada perhitungannyaaa...mampukah kita tuk menerimanyaa...carilah bekalan tuk menghadapinya...carilah teman yg mampu membawa membawa kebaikan padamu..sanggup susah senang dgnmu..sanggup menegurmu..teman..carilah dirimu yg sebenrnyaa...dirimu yg telah hilang dimamah kekecewaan...
Teman....
Lupakanlah sejarah silam....apa yg berlaku semalam telah menjadi sejarah pada hari ini...setiap perkara yg telah berlalu takkan kembali lagi..lupakanlah semalam tuk kebahagian masa depan...jgnlah dipendamkan kekecewaan kerana ia akan menutup kebahagiaann..biarkanlah ia pergi demi masa depan..redhakan lah dengan apa yg berlaku...
Teman...
Ingatlah..kebahagiaan..ketenangan..kedamaian..tidak akan dapat dicapai ditepian pantai..dikelab2 malam ataupun ditaman2 permainan..kedamaian & ketenangan hanya akan dapat dicapai bila kita bersamaNYA..bermunajat kepadaNYA..mengingatiNYA..menjauhi apa yg dilarangNYA...sesungguhnya hanya dengan itu engau akan temui ketenanagn dlm erti kata yg sebenarnyaa...ketenangan yg hakiki..yg tidak engkau kecapi sebelum ini...
Teman....
Ingatlah..setiap makhluk di atas muka bumi ini telah dijadikan berpasang-pasangan..usahlah kau risau kerana kehilangan orng yg tersayang pada hari ini..kerana Allah itu maha Mengetahui..akan ade pengganti yg lebih baik darinya yg akan menemani mu esoknya nanti..sesunguuhnya itulah yg terbaik buat dirimu...yg pastinya dia akan mampu menerimamu seadaanya..menyayangimu dan mampu membuat mu tersenyum dikala engkau kedukaan...
Teman...
Jujurlah dengan dirimu sendiri..perasaanmu sendiri..dimana letak hatimu..usahlah dibahagi-bahgikan ia kepada yg tak sepatutnya..belajarlah tuk setiaaa...supaya kelak engkau tidak akan kecewa...kecewa dgn sikapmu sendiri..
Teman...
Kemaafan kupohonkan andai bicara ini mengguris perasaan..mengundang kesedihan..mengocak kedamaian..cuma pada saat ini..terdetik dihati ini untuk melarik coretan sekadar renungan buat seorang teman...

Kerja+Main+Serabut+Risau=Ting Tong

Dah lama tak update blog aku ni....Biasalah Akhir Tahun ni...kekadang tak tercapai akal mu(elyana punya tajuk lagu daaa)

Akhir tahun mesti pelajar final..jadi aku juga yang sibuk yang di lantik sebagai pengawas..aku dah xnak dah jaga periksa pelajar...penat nak round satu dewan tu...kalau kecil xper..dah lah xder elaun.....cuma dpat air dan roti ajer jaga 3 jam..
3 jam tu pengawas tidak dibenarkan duduk ..kena round ajer..nasib eh dapat ketua pengawas yang lurus sendul......pengawas yang lain dah naik menyampah dah...

aku bukan nak protes tapi dlm dewan tu kan ada cctv dan yang jaga dalm 10 org...xperlu lah semua kena jalan kan.....tapi aku ni malas nak layan..aku duduk juga siap leh ambik gambar lagi....sabar eh ..Dalam minggu sibuk/serabut ngan Audit ISO aku sempat lagi layan bowling...aku mmg malas nak pikir sangat lelebih lagi cuti mggu ni...pastu aku mmg btul boring sbb kawan seumah aku xder....awek dia datng nk jupa...bestnya ada awek ..bila lah nak merasa berdating ni...ahaks...

Ni HAH...anak mat salleh berkulit gelap....hati tgh hangat kalah ..aku jug tak kalah dan tak menang..

Aku lagi mmg betul xpandai nak main ...aku kenal pemainan bowling umur 22 tahun..senang citer sejak kerja kat johor ni eh....kat kelantan ssh nak main2 menda mcm ni...

Tgh !!! layan ajer perangai bebudak ni.....

Hari tu aku ada buat pelupusan pc makmal aku ni...Jadi ni eh komputer baru yang diganti.....Bila aku tgk pc ni aku dah xder mood dah....ACER...Awas CEpat Rosak...

Tapi satu ajer yang canggih skit...sekarang ni semua monitor flat skrin..ringan skit nak angkat..

Setakat ni pc ni tak pasang lagi.....Ada satu barang lagi xsampai.....meja...sekarang aku letak mcm tu ..tunggu masa org pasang ajer....kita tgk nnti berapa yang ok ni....aku malas nak lyan dah pasal pelupusan ni..
Bnyak lagi nak pikir ni:
Audit blum setel lagi, fail aku dah serabut....(azam taun depan aku nak buat susun fail baik2 punya)
Kena buat bajet utk 2008 ni....aper lah nak beli taun ni....
Paling penting STK(Penilaian Prestasi tahun 2007)utk proses pergerakan gaji tahunan 2008....
tak sempat nak buat lagi...tgh mengira masa bagi audit...mintak2 tak kena....
Tarikh perkahwinan akak aku dah nak dekat dah....xsabar nak balik kg ni.....










Monday, November 05, 2007

Bulan penuh dgn program

Dalam 2/3 minggu ni mmg aku terlampau sibuk...kekadang otak aku ni leh jadi tepu..banyak sangat program aku lakukan...Tuhan yang tahu banyak menda aku pikirkan skrag ni..aku rasa dugaan bulan paling mencabar bagi aku....nak tau aper aktiviti aku sampai xsempat nak update blog ni....
2/3 hari aku terpaksa kemas makmal aku tu sebab nak lupuskan semua pc pc lama ...dah lama pc tu semua dah slow gilo...mujur ler dpat kelulusan dari atas pelupusan..

Dari asal kedudukan makmal aku sebelum aku leraikan semuanya...

Gambar ni masih blum dileraikan lagi...

Dengan pertolongan kekawan aku ..dapat aku leraikan dan asingkan semua nya dalam masa sehari....
Selamat tinggal Komputer Dell jasa mu amat bernilai kerana melahirkan anak bangsa yang berjaya..
Ambik kau...
Dalam bulan lepas rezeki aku murah juga eh dalam musim syawal ni...ramai yang belanja makan selain open house yang tak berhenti2...

Terima Kasih kerana belanja KFC...nnti belanja lagi k...
Bulan lepas juga sepupu/kawan aku dtg batu pahat ....dia belajar kat unimas jd dia naik kat senai...
Masa dia dtg sini, sempat ler bawa main bowling/jejalan sebelum dia berlepas g sarawak tu...
Dia dah nak pi daaa ni....

Sempat juga ambik gambar tu....