Nuffnang

Friday, April 08, 2011

Aku Anak Kelantan

Setiap kali ada pengundian politik mesti kecoh...habis cerita baik buruk leh dgr...Dengar berita pun dah boring...Tgk siaran semua cerita pasal sawarak (Nak mengundi besar kat sana kan)..semua bagus bagus tak ada cacat celanya..

Yang membuatkan aku hangat seboleh2 kat tv buat satu slot keburukan Negeri Kelantan hina sangatkah kami org2 Kelantan ni sebab dipimpin oleh pembangkang ni..Aku ni bukanlah jenis yang pro pasal politik..Aku xkisah siapa yang memimpin dan siapa dipimpinkannya...Aku tau pasal kebaikan dan keburukannya...

Kalau  pengundian xyah lah ada  satu isu yang memburukan pihak lain.Tujukkan kehebatan anda memasing jangan ada serangan peribadi..Rasa tak payah lah nak heboh satu dunai mengatakan KELANTAN negeri yang termiskin,
nEGERI TAK membangun
Penduduk paling ramai berpenyakit (khas diabetis-sebab makan makanan manis)
kelantan paling ramai pembuangan bayi(betul ke)
Ramai samseng (tu xsemua)
Ramai yang hisap dadah(bekalan senang kut)
Dan mcm mcm lagi..

Nampak sangat daifnya negeri kelantan..yaker kelantan ramai penduduk yang miskin  ..tujuk kat tv leh lah rumah rumah buruk...Cuba tujuk yang besar2 kalah korang yang duduk umah flat ajer..Kaya ker negeri lain..
Yalah, kelantan aku xleh nak dipertingkaikan lah makanan manis, betul ker paling ramai sambil leh buat satu slot kat berita .

Aku redha ajer aper org nak cakap...AKU BERBANGGA JADI ANAK KELANTAN. AKU BERSYUKUR DILAHIRKAN DIKELANTAN..

sudah2 lah nak menghina kelantan kita kan sesama Islam xyah payahlah nak burukkan ...Diakhirat nnti kita dihimpunkan disatu tempat yang sama..Aper salahnya negeri ni tak membangun dgn menda menda maksiat..

Bagi aku kelantan xder panggung wayang pun xper, disko lagi xyah ..tapi kelantan mmg xder peluang perkerjaan yang seckupnya..Sebab tu aku terpksa merantau...

Yang pasti xyah buat fitnah atau memburukkan sesebuah negeri.Sebab sesebuah negeri tu ada kebaikan dan keburukannya...Kita semua sama...insan yang diciptakan Oleh Yang Maha Esa...

Pikir, renung2kan dan selamat beramal...
Salam Jumaat........

0 comments: