Nuffnang

Friday, February 24, 2006

CINTA DAN BULAN

Januari
1. Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan
2. Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya di khianati
3. Sukar setia pada yang satu.
4. Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya -Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
5. Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
6. Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.
7. Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
8. Pasangan ideal untuk individu yang lahir dalam bulan Januari selalunya dilahirkan dalam bulan 3,6,8,11.
9. Kebanyakan bangsa Cina yang ramai lahir dalam bulan ini.

Febuari
1. Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah untuk mengkhianati pasangan.
2. Amat hormat kepada pasangan.
3. Amat suka memikat pasangan.
4. Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
5. Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
6. Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu) - Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
7. Kurang beremosi terhadap pasangannya.
8. Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
9. Pasangan ideal: Lahir bulan 5,9,10,12
Mac
1. Mudah menawan hati pasangannya.
2. Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
3. Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati
4. Sangat baik dalam menjaga perhubungan
5. Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
6. Persaan cemburu yang minima.
7. Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
8. Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
9. Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
10. Suka menuduh melulu tanpa usul periksa.
11. Berprasangka terhadap pasangan.12. Pasangam Ideal: Lahir dalam bulan 1,5,10,12.13. Kebanyakkan orang Eropah lahir dalam bulan ini.
April
1. Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan.
2. Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
3. Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
4. Sentiasa ingin diberi perhatian.
5. Amat cemburu dalam perhubungan.
6. Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
7. Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
8. Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
9. Romantik dan terlalu romantik
10. Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
11. Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
13. Kebanyakan orang yang lahir dalam bulan ini boleh dianggap 'hamba cinta'seperti Laila, Juliet, Siti Zulaikha
14. Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 4,7,11,2
15. Kebanyakan bangsa India yang lahir dalam bulan ini.(Patutle Org Hindustan giler babi jiwang).
Mei
1. Amat mudah jatuh cinta.
2. Baik dan jujur dalam perhubungan.
3. Pandai menarik hati pasangan.
4. Perasaan cinta yang mendalam.
5. Mudah untuk di pujuk.6. Kurang suka untuk sentiasa bersama.
7. Mudah menerima cinta seseorang.
8. Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
9. Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
10. Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) -
11. Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
12. Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan. - Ambil berat dalam menjaga hubungan.
13. Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 6,9,10,11
Jun
1. Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
2. Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
3. Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
4. Cerewet dalam hubungan.
5. Selalu beremosi.
6. Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
6. Cepat rasa bosan dalam percintaan.
7. Kurang yakin dalam perhubungan.
8. Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
9. Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
10. Dahagakan pujian dari pasangan.
11. Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,3,5,8
.Julai
1. Amat suka didampingi pasangan.
2. Sukar dimengerti oleh pasangan.
3. Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
4. Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
5. Amat menghargai kesetiaan pasangan.
6. Mengambil berat dan mengasihi pasangan
7. Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai,
-8. Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
9. Suka merajuk dan dipujuk.10. Setia terhadap pasangan.
11. Suka mendengar dan tidak suka membantah.
12. Cemburu terhadap pasangan.
13. Suka menilai dan menjaga perhubungan.
14. Pasangan Ideal : Lahir bulan 4,6,7
Ogos
1. Tidak serius dalam perhubungan
2. Mengambil mudah dalam perhubungan
3. Kesetiaan di ragui.
4. Pandai memujuk pasangan
5. Suka memimpin pasangan.
6. Romantik, Pengasih dan Penyayang.
7. Kelam kabut dalam perhubungan.
8. Sering bertukar pasangan
9. Sukar mencari pilihan yang tepat
10. Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima.
11. Mudah meluahkan kat cinta pada sesiapa yang berkenan.
12. Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,6,10,12
13. Kebanyakan bangsa Bani Israel dizaman Arab Jahiliyah yang lahir dalam bulan ini.
September
1. Bersopan dalam hubungan
2. Bertolak ansur terhadap pasangan
3. Suka mengkritik pasangan
4. Sangat prihatin terhadap pasangan
5. Sangat sensitif dan emosi
6. Pandai memahami pasangan
7. Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan
8. Amat memilih pasangan
9. Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
10. Mudah simpati dengan perasaam dan masalah pasangan.
11. Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 3,6,8,11
Oktober
1. Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
2. Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
3. Sopan terhadap pasangan.
4. Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
5. Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya. - Sukar menerima pandangan pasangan.
6. Emosi yang mudah terusik.
7. Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
8. Cemburu dan terlalu cemburu.
9. Romantik
10. Memahami pasangan.
11. Pasangan Ideal: Individu ini ramai pasangan yang sesuai dengannya 1,2,4,5,8,9,10,12.
12. Kebanyakan bangsa melayu yang lahir dalam bulan ini.
November
1. Banyak helah dalam menghadapi pasangan.
2. Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
3. Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
4. Degil dan engkar dengan pasangan.
5. Tidak suka dikongkong oleh pasangan.
6. Mudah ambil berat terhadap pasangan.
7. Tidak menghargai perhubungan.
8. Sambil lewa dalam perhubungan.
9. Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung.
10. Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
11. Kurang menhargai pasangan dan hal-hal percintaan.
12. Kurang bersama dengan pasangan.
13. Pasangan Ideal: 4,7
Disember
1. Pemurah terhadap perhubungan
2. Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
3. Tergesa-gesa dalam perhubungan
4. Suka didampingi oleh pasangan.
5. Benci dikongkong.- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu. (Utk Lelaki)
6. Suka mempengaruhi pasangan
7. Curang dalam percintaan.
8. Kurang berkerjasama dengan pasangan.
9. Selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru
10. Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan.
12. Pasangan Ideal: Lahir bulan 3,9,11,12.

Wednesday, February 22, 2006

For My Life

kepada kekawan yang tiada dlm aku minta maaf bebanyak sebab aku banyak simpanan gambar...jd ni ajer gambar simpanan aku ada setakat ni...lain kali aku ..letak gambar korang ok..

UNTUK PENGETAHUAN KORANG

UNTUK KORANG YANG TAK BIASA GUNA BLOGSPOT...

BAGI KORANG YG NAK BAGI CADANGAN/KOMEN PADA ARTIKAL YANG AKU TULIS ,KORANG HANYA PERLU...

TGK PADA BAWAH ARTIKAL YANG TERTULIS
"POSTED BY DAV_PERANTAU AT 8.09AM 0 COMMENTS"

APER KORANG KENA BUAT
KLIP PADA 0 COMMENTS TERSEBUT.

KEMUDIAN TUNGGU UNTUK PAPARAN KOMEN..
DISITU ANDA PERLU KOMEN APER YANG ANDA TAK PUASHATI,ATAU PUN NAK BAGI CADANGAN .......


SETELAH SELESAI MENULIS..
TGK "CHOOSE AN IDENTITY"
KORANG BOLEH MEMILIH YANG MANA ANDA SUKA..

PALING LAST WORK VERIFICATION
ANDA IKUT AJER TULISAN KAT ATAS TU...

DAN KLIP LOGIN AND PUBLISH..
SELESAI...

JIKA HENDAK MEMBACA KOMEN ORG LAIN PUN BOLEH..
KLIP PADA KOMEN KAT SITU JUGA...



UNTUK CARA BERHUBUNG TERUS NGAN ADMIN
ANDA BOLEH CHATTING PADA RUANG YANG TELAH DISEDIAKAN..
ANDA HANYA KENA TULIS NAME AJE..
EMAIL TAK PERLU..
LAST MEEEAGE PERLULAHKAN
DAN KLIP GO....
TU AJER

Tuesday, February 21, 2006

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal
seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.
Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati
suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan
keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di
luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk
rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban
salam daripada isterinya.
Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama
dengan salam itu.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT
mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada
dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang
yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut dan barang
siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah
SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,
rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang
yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg
benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan
padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka
semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan dia adalah seperti
orang yang berperang bersama Nabi Allah
sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi
ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT
berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.
bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun
satu ayat..."

Wassalam,

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk
Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk
Akhirat Mu"

-------------------------------------------------
>> Subhanallah...

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia
terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta
diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih
laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak
melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap
selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap
perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan
berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa
billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak
diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun
jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad
Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak
terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,
mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat
mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-
mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!

Thursday, February 16, 2006

Ragam kekawan aku ....maaf yaaa

alah,kan aku dah cakap aku kan tak perlu di motivasi,sekarang aku nak motivasi korang ajer...dengar sini bebaik okiesss....


sejak sya menggunakan ubat gigi cap kapak tgk gigi sya putihkan....sesiapa nak beli ubat gigi cap kapak call saya di talian 09-999 sambungan 077....sekian terima kasih..hehehehehhe
cepat cepat dah tinggal satu lagi botol air yang ada ni..siapa cepat dia dapat....murah murah...Rm 1.00 ajer ni.....sayalah jual air botol paling popular setakat ni.....cepat cepat atau anda boleh hubungi saya ditalian 0777 sambangan 01

apasal korang tak caya kat aku...betul aku kerja tukang besi dulu....dan sekarang aku dah mesin dah nak potong besi....kalau korang tak caya datang eh umah aku....banyak besi waaa cakap luu....

Jadikan ingatan untuk mereka yang perantau

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung.
Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara.
Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye? Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama. Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu.Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah.Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya.Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit.Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut.
"Wey! Siut!
Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan
malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang
terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK!
Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk
bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la!
zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?"
Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan
Naim dari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya.
Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan
kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada
masalah je..." tegur Raiz. Naim kelihatan murung."Aku memang ada
masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik.
"Cadangnya gitulah!" "Ala! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak
borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak
jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah,
Raiz mengikut sahaja. "Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok
aku balik la! boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.
"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan
apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu
hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.
"Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu,
macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang. Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat
betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni,tempang
dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.
"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang
nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!"
Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang
lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka- sangka nasib Naim sebegitu
malang. "Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku
tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hariraya,aku
tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau
sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila.
Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku
cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat.
Diorang apa tau? Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun
diorang mesti tak ambil peduli!" Suara Naim sedikit tinggi.
Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah
sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma
tersenyum."Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak
dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye!
Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong
gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak.
Sampai begini susah hidup Naim! "Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh
aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar.
"Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya
angkara.Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la
jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan
kau dari hujung rambut sampai hujung kaki.Halalkanlah makan minum aku
selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!" Mereka berbual hingga
larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa
berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil
tersenyum.
Terus Raiz tertidur. "Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya!
Puas kita tunggu dia balik!" Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari
tidur.Terpisat-pisat Raiz bangun. "Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat
bunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain.
Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi
raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya. "Eh? Kenapa pulak
diorang marah ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelasberisi
teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan!
Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang
sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah
berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah. "Eh? Semalam saya pergirumah
Naim, mak... ayah! Kenapa Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!"
Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan.
Abdul Naim bin Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz
terpelangah. "Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde,
sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"
"Budak ni... bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal
hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak
ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia,
dah tak ada.." terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah
terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam
menjelang raya. Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang
Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampaikan padanya
terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.
"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak
raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai
hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni
datang la rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah
Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah.
"Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di
sana!

WAN MALINJA FOOD INDUSTRIES SDN. BHD.

Hari ni bukan aku nak berniaga tapi aku nak promosikan barangan org melayu, sesiapa nak bagi melayu maju....belilah barang ore melayu....
contoh barangan nya..........

semua ni barangan yang dikeluarkan oleh Syaraikat tersebut
sate juga dia sediakan

ni aku tak pasti ...mcm daging kebab xsilap aku...siap nak buka kedai kebab takyah nak susah2 lagi beli daging kat tempat tu dan rotinya...jual kat tepi jalan ...laku beb....daging tu dah cukup lengkap untuk dijadikan kebab xyah nak bubuh garam dia dah letak semuanya............
ni kebab dah siap cuma kita makan ajer,kalau nak panas pun boleh.....ni salah satu kebabnya dia ada beberapa rasa contoh daging,ayam dan memacam lagi...



dan sesiapa berminat untuk merasa kebab tu boleh eh email kat aku atau pergi terus kat kilang tu...ni alamat serta nom telnya.....


WAN MALINJA FOOD INDUSTRIES SDN. BHD.
KSB2-6, Kompleks Perindustrian IKS Parit Raja,
86400, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
07-4532798 / 4542798
07-4542620 & wankebab@tm.net.my

Wednesday, February 15, 2006

xxxxx DANGER xxxxx

Sekarang yang tiada masalah jd ada masalah...

masalahnya berlapik lapik lah tu...
datang satu masa...
weh..seronakkan...
aper korang rasa ek....

pedih siot..........
dan bila org mengunkit masa lalu...
pedihnya kalau dia salahkan kita....
mcm nak pi bunuh ajer dia...
tapi hati ni jadi lembut bila dia cakap nak baiki hubungan aku ngan dia....
mcm mana ni ...
nak terima ker tak...
dah memacam dia ckp kat aku..
tapi memcm dah aku cakap kat dia ..
tapi dia tak paham ajer
sebab ayat aku guna berlapik...
mcm aku tak terima gitu...
tapi bila tgk dia tak putus asa ....
aku rasa mcm dia mcm ikhlas ajer....
tapi tak baik putuskan hubungan silaturohim sesama islam ni....
pening nya aku ..
dah semalam aku duk bincangan ngan dia...
susah siol nak setel....
tapi semalam aku cuba setelkan ...
dgn mendiamkan diri aku....
last sekali aku tidur......
jd masalah untuk semalam dah setel..
untuk hari aku tak tahu ang-kes mcm mana .....
aku tunggu dan lihat ajer................

Tuesday, February 14, 2006

bila cinta ditolak....

bila cinta ditolak....

rasa hidup xmenentu ajer
xleh nak terima hakikat
macam dia tipu kita ajer
rasa nak pi tnya sekali lagi
(apasal ek dia tak nak kat kita)
aku wak silap ker...
mmg payah nak percaya ler....
rasa nak balas dendam ajer..
cari awek yang kita tak suka, pi tunjuk kat dia bahawanya kita xder dia boleh hidup....
(tapi dalam hati suruh dia cemburu ajer, mintak2 dia kembali kat kita...tak paham paham ker)
tolong ler terima aku...payah kalau dia dah lekat kat hati....payah nak buang, kalau buang ngan hati2 mungkin hilang kut.....
resah resah dibuatnya...cuma lupakan dia..xyah call dia tapi hati suruh call ajer....
hantar sms skali pun tak kisah janji dia dapat....
mcm mana nak lupa dia ni ek....
ngan keluarga dia dah rapat ngan dia adik dia aper lagi ..
selalu ajer suruh aku jangan putus asa...
aduh....takkan nak tunggu ore yang taknak kat kita kan...
nak cari yang lain...
rasa malasnya......

(*)

Monday, February 13, 2006

Berita terkini tentang kekawan aku...
paling hangat lah yaaaa.....


Azma..
baru melangsungkan perkawinan ngan saudaranya juga
tarikh aku lupa tapi bulan january
perkhawinan secara sederhana
aku dapat sumber dari Fatimah

Ismaruzi
baru ajer bertunang
tarikh pertunangan aku tak pasti
cuma yang pasti dia cakap akan kahwin tahun ni
kalau ada duit ....tu pasal ...
dia dah kerja kat penang daripada shah alam....
kerjanya gaji besar..
kerja cuti banyak
3 hari kerja,3 hari cuti....
aku dapat sumber dari dia sendiri...
cara komunikasi -->sms

fatimah
baru ajer habis belajar
sekarang duk umah
sumber dari dia
komunikasi -->sms

faizatul akmal
baru aje berhenti kerja kat bangi
kerana ada masalah ngan bos
sekarang aku tak tahu
sumber dari roziana razak
komunikasi call tel

abdullah(bedu)
sekarang dah jadi polis
kena jaga keamanan kat seberang brunei
sumber dari dia
komunikasi jupa dan sms
dekat umah aku beb

jeri
aku mmg aku xtahu
nom tel dia aku xtahu
sapo ada tolong bagi aku
nak mintak hutang ngan dia ni..hahahaah
sumber aku ler

mek ja
duk pahang ko
tak ingat eh
dia ni mmg suka senyap diri
jd aku wak senyap ajer eh

syukri
duk ngaji kat unisel
banyak tahun lagi
dah guna hp
sapo sapo nak nom dia mtk ngan aku dass..

azli (pak long )
askar kat pd

kak long kecil
duk kijo di perak
dengar kabarnya
xtahu kijo gaponya

abe(samsuri)
kat kb
kijo kat wisma
tu ajer

pc
duk putrajaya loni
yang pasti dah ada gewe doss
loni duk jdi mat bunga doss

Friday, February 10, 2006

Kawan

KISAH YANG MUNGKIN NYATA

"KISAH YANG MUNGKIN NYATA


"Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, akuterus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya akusangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.Sementaraanak2 &isteri sedang berkumpul diruang tengah.Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dinginsepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorangyang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannyatiba2 sudah berdiri di depan mata.Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelumsempat bertanya..... siapa dia... tiba2 aku merasa dada ku sesak...sukar untuk bernafas....namun aku berusaha untuk tetap menghirupudara seperti biasa.Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yangberjalan pelan2 dari dadaku...... terusberjalan.....kekerongkongku....sakittttttttt........sakit......rasanya.Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,....Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku.....Dalam keadaan yangmasih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar daritubuhku...kkhh......... khhhh..... kerongkonganku berbunyi. Sakitrasanya, amat teramat sakit..... Seolah tak mampu aku menahan bendatadi...Badanku gementar... peluh keringat me luncur deras....matakuterbelalak..... air mataku seolah tak berhenti.Tangan & kakikukejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihatbenda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi... berlalu begitusaja.... hilang dari pandangan.Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat,segar, cerah... tidak seperti biasanya. Aku heran... isteri & anak2ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan kearahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku adatepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnyamembiru. Siapa dia???????...Mengapa anak2 & isteriku memeluknyasambil menangis...mereka menjerit... histeria .... terlebih isterikuseolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapadia.............???????? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnyadibalikkan. Dia........ dia....... dia mirip dengan aku.... ada apaini Tuhan...????????Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu..... Aku cuba pulauntuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalauitu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulaiberteriak.....tapimereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku...Dan mereka terus-menerus menangis.... aku sedar.. aku sedar bahawalelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati... akutelah mati.Akutelah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis....berteriak......Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untukmembahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untukmembimbing mereka. Tapi waktuku telah habis....... masaku telahterlewat........ aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk disofa setelah penat seharian bekerja.Sungguh, bila aku tahu aku akanmati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untukkeluarga dll.Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belumsholat. Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masihbias membaca E-mail ini sungguh aku amat sangat bahagia. Karena akuMASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuatkebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada padakeadaan yang lebih bersedia.Sebarkan e-mail dakwah ini ke 5 orang terdekat Anda, dan mintalahmereka untuk melakukan hal yang sama. Cukup lima saja! Ini bukansurat ancaman berantai. Yang jelas jika Anda tidak meneruskan e-mailini, maka Anda telah menyia2 kan kesempatan untuk saling menasihatidalam kebenaran dan beramal shalih. Jika anda lakukan dengan ikhlasinsya Allah Anda akan menuai kebaikan.Mari berlumba dalam kebaikan."Sesungguhnya Allah Tidak Dapat Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu,Melainkan Mereka Sendiri Yang Mengubah Diri Mereka"?..

Tuesday, February 07, 2006

A Famousa------->Melaka

ape ukiran ada makna yang aku mmg xtahu
pandangan atas dari A famousa
kapal diatas darat...xsempat nak pi sana..cuma ambik gambar dari atas A famousa
ni org cakap kubur ore prtugis,
lanun kut
ditepi pagar atas A famousa
Dalam bangunan yang terdapat banyak kubur ngan nisan sebesar keta kancil..huhuhuh
salah satu kubur yang dapat aku posing..aku pun xberapa paham dia tulis tu..tu jd malas nak baca kat situ....semua dia dah tulis sejarahnya..aku ajer yang malas nak baca..
mamat ni pun tgh posing kat salah satu kubur dekat ngan telaga yang ore buang duit..dia cakap dapat tunaikan hajat ..isk leh caya semua tu..tapi kebanyakan cina yang buat hajat kat situ..ore melayu tgk ajer....kalu aku kumpul semua duit tu..kaya pak cik..haahhah
ni lah yang melambangkan kemasukan penjajah kat tanah melayu dan juga nampak nilai sejarah yang sangat tinggi bagi aku lah....jangan tgk ore pakai baju oren plk...tgk bangunan tu...tp speak mata dia nak bijak ajer kan..boleh aku pinjam nnti...msti aku nampak macho..hahahahaha
tepi ..tepi meriam nak meletup ni sebab tak tahan bau ketiak ore yang tgk posing ngan dia tu...meriam ni dah lama ni...kawan yang pi sekali ngan aku dia cakap kalau jual batang meriam kayo pak cik..sebab besi mahal sekarang ni....psl ore tak pi curi ek..aku rasa meriam tu kalau di guna hidup lagi tu..kebaboooo

gambar ni pun sama juga gambar hadapan A famousa,kalau korang tgk betul2 batu bata yang kat bangunan tu mmg kukuh ler...kwn aku cakap depan A famousa dulu laut dan aku xleh bayangan bagai mana dia letak tanah dan sekarang depan tu siap ada sekolah bangunan dan memacam lagi,...sekarang ajer dah berubah..aku tak berapa tahu sangat sejarah ni..

Monday, February 06, 2006

Makam Hang Tuah

sejarah hang tuah

dari pandangan hadapan

makam tua-hang tuah---->panjang tu kuburnya
tak melayu hilang didunia..


Sunday, February 05, 2006

Saturday, February 04, 2006

KaWaN tEtAp KaWaN

Untuk korang yg mengaku kawan aku...kata mak, KAWAN tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang.......kata abah, KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit.....kata atuk, KAWAN tu seperti airterus mengalir.....kata nenek, KAWAN tu bak bulandipuja dan disanjung tp nun jauh di sana....kate sedare, kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!!kata abang, KAWAN tu sperti lembumengikut saje ape dikata........kata kakak, KAWAN tu tak ubah macam durianbau je busuk tp sedap dimakan....kata adik, KAWAN tu macam biskutsekejap ade sekejap takde.......kata aku, kawan tu tak kisahlah camner..walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGAROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTILEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAMBISKUT!!!dia tetap kawan...tau tak sebab ape???sekali aku dah kawan ngan diaselamanye dia ttp kawan aku..

Friday, February 03, 2006

Posing2






smart nya abe ni....sapo lah..kosong lagi mamat ni..dia tgh mencari gewe..dia dlm kesepian..kician kat dia..

huhuhu..mr esa..mcm pelakon drama ajer

Macam Model Asia tapi tgk kali kedua mcm tut

An Evening in PD








Pada 28 januari 2006 aku ngan kekawan aku telah bertolak ke PD kira2 nak bercuti ler....aku pi seramai 4 orang ngan gen2 lagi....wawawa mmg best ler..payah nak citer tgk gambar tahu doss..sini aku ada letak beberapa gambar yang diambik masa pi sana...dan kami balik hari isnin tenghari dan terus pi melaka....saat tu amat indah ler bagi aku..sebb sudah lama tak mandi pantai ni......

saksikan

posing posing tepi pantai


Thursday, February 02, 2006

Assalamulaikum..........

Akum,ni kali kedua aku membina blog khas untuk kekawan kerana sebelum ni aku telah membuat blog secara peribadi tapi aku terpaksa tutup sementara waktu kerana keadaan tidak mengizinkan jd aku harap kekawan dapat berkongsi maklumat sesama kita....Jadi aku ni jenis malas nak tulis aku hanya akan letakkan gambar sahaja.....selamat datang ke blog aku yang aku namakan 23..

MaLam bEsTdAy aKu yAnG 23


kenangan 4 hero berposing malam bestday aku..thank u....

kipas kipas jangan tak kipas...wow ore baru nak masak..dah siapkan sos tu..
tu aku terus makan tu xtahan..xsenonoh betul...

nak bunuh ore ke..guna piasu tu..sabar bang..bawak mengucap....

wah..bagus anak sapo lah yang rajin tu...hahaaha buzy ngan tugas memasing..

ni dah mula ker blum bbq ni....ker dah habis


aku ingin mengucapkan RIBUAN terima kasih kepada kekawan kerana sudi menyambut hari lahir aku yang ke 23 ...huhuh...semakin tua ni ......saat2 ni takkan aku lupakan buat selamanya......aku doakan hubungan persahabatan kekal buat selamanya...trimas kasih..............
asih lehih ha lehih....