Nuffnang

Thursday, October 19, 2006

Selamat Hari Raya

Hari raya dah hampir nak tiba, segala persiapan blum buat lagi ni...adus....Setakat ni ler, aku hanya beli kerepek ...hampir Rm 100 juga aku beli kerepek tahun ni...Aku pun tak pasti apasal lah aku leh terbeli lebih pulak...mungkin syok sangat duk tgk org lain beli, aku pun beli....tapi semalam aku ada beli sehelai baju, saja beli duk pakai baju sama ajer...semalam juga aku ambik sepupu kat senai...alhamdulilah sampai ngan selamat eh....mungkin hari ni, hari paling last utk bulan ni ..hahaaha dlm puk 3.00 pagi aku dah nak gerak balik kelantan dah....ho ho ho ho balik kampung....Kician kat bini aku(kenariah)sebab muatan kali lebih ramai ..lelebih lagi bawa kerepek..hahahha..Aku dijangka akan bertolak dlm puk 3 pagi, had muatan 4 orang termasuk aku....mungkin mengambil masa 10 jam or 11 jam nak sampai sana......
Disini aku nak ambik kesempatan nak mengucapkan Selamat Hari Raya kepada :-

  • Muatturun

  • Madi

  • sahabat

  • faisalrahim

  • herryzal

  • Honey

  • Pembantu Tok Ngulu Msjbox

  • muqreez

  • Nile ATM

  • Anga N9

  • Anis

  • sajeaje/Zam

  • Nizie

  • Sodep

  • Atul

  • Eyah

  • PENGKRITIK BLOG

  • UstazMuda

  • Nashrex

  • Strike(P.Mas)

  • CD

  • Jebat
  • Thursday, October 12, 2006

    Bagi masa untuk membacanya

    Baca le...sedih cite nie.


    so, slpas mmbaca cite ni, ingat2lah ssape yg slalu mngingati diri u
    all, mngambil brat u all trmasuk juga ayah & ibu u all.
    kawan sjati adalah yg brada disisi di kala susah mahupun snang.
    bukan snang mau cari oooooooo.


    ==============================>>>


    Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung.
    Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara.
    Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan
    adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita
    Naim ye? Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile
    kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik
    main sama-sama. Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian.
    Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.
    Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai
    sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya.
    Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu.
    Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi
    bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi
    kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya.
    Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai
    ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit.
    Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah
    tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri.
    Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut.
    "Wey! Siut!
    Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan
    malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang
    terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK!
    Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk
    bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la!
    zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?"
    Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan
    Naim dari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya.
    Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan
    kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada
    masalah je..." tegur Raiz. Naim kelihatan murung."Aku memang ada
    masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik.
    "Cadangnya gitulah!" "Ala! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak
    borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak
    jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah,
    Raiz mengikut sahaja. "Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok
    aku balik la! boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.
    "Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan
    apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu
    hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.
    "Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi
    kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga
    diorang. Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat
    betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang
    dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.
    "Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang
    nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!"
    Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang
    lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka- sangka nasib Naim sebegitu
    malang. "Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku
    tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hariraya, aku
    tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau
    sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila.
    Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku
    cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang
    apa tau? Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang
    mesti tak ambil peduli!" Suara Naim sedikit tinggi.
    Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah
    sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum.
    "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar
    berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye!
    Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong
    gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak.
    Sampai begini susah hidup Naim! "Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku
    tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat
    apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara.
    Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk
    aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau
    dari hujung rambut sampai hujung kaki.Halalkanlah makan minum aku
    selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!" Mereka berbual hingga
    larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa
    berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum.
    Terus Raiz tertidur. "Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita
    tunggu dia balik!" Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari
    tidur.Terpisat-pisat Raiz bangun. "Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat
    ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain.
    Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni
    kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya. "Eh? Kenapa pulak
    diorang marah ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi
    teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di
    tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang
    sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah
    berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah. "Eh? Semalam saya pergi rumah
    Naim, mak... ayah! Kenapa Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!"
    Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul
    Naim bin Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.
    "Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde,
    sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?" "Budak
    ni... bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari
    pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak
    ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia,
    dah tak ada.." terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah
    terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam
    menjelang raya. Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz
    temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampaikan padanya
    terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.
    "Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak
    raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung
    kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang la
    rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim
    lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah.

    "Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana !

    Plan 1

    Perancangan awal nak balik kampung ....

    14/10/06 - Masa nak cari kuih muih skit nak bawa balik kg...aku waktu kerja malas nak pi cari..masa cuti eh...kat sini mcm biasa eh kerepek eh nampak gayanya aku beli satu guni pastu bagi bagi kat saudara mara... (Terpaksa batalkan sebab kawan aku mintak tolong htrkan dia ke senai..nak balik kampung nya sarawak..manusia paling awal cuti raya)

    15/10/06 - Kawan aku ajak pi JB gi angsana ..entah diorang nak shopping...aku macam biasa eh tukang teman ajer..tapi rasa mcm nak beli jga ..tapi td aku dapat panggilan org suh ot tapi aku tolak..malas aku nak ot ni...pepandai dia eh cari org lain... (aku tak jd pergi gi ..sebab aku tak beli lagi kerepek..jd aku tarik diri eh )

    16/10/06 - kerja seperti biasa eh...rasa xder aktiviti kut.. (malas rasanya)

    17/10/06 - sama kut kerja mcm biasa.....

    18/10/06 - Pada hari tu, worih aku ni nak balik kg sekali ngan aku ..dia belajo kat Unimas jd dia trs trn senai...Eju sampai senai dlm puk 12 malam..gi ambik dia mungkin dlm puk 10.. sebab parit raja ngan senai jauh juga...aku dah lama tak jupa dia sejak aku kerja kat sini..terus tak jupa..

    19/10/06 - Aku masih kerja,aku mungkin ambik pelepasan 3 jam kut...nak bawa jejalan eju tu kat batu pahat ni...tapi aku tak pasti batu pahat ni nak bawa pi mana..tgk eh mcm mana...kira lepas 3 jam tu kira aku cuti beraya terus....

    20/10/06 - Aku tak pasti lagi jd ker tak..aku mungkin tolak awal mgkin dlm puk 1 pagi atau pun pagi esok puk 8..Yang jd masalah yg tumpang 3 org...semuanya nak masa2 lain2...sekarang ni aku tengah pertimbangkan mcm mana...Mungkin jawapan 18/10/06 kut...

    Tuesday, October 10, 2006

    Kad Raya




    Penatnya....terasa sangat puasa bulan ni amat cepat...tapi aku penat ajer...biasanya tak macam ni...lepas buka puasa tunggu Isyak mesti terbabas tertidur...pastu sedar2 kawan aku gerakkan gi masjid...mujur kawan ada kalau tak ....tak pi terawih eh ni...Tapi semalam gi terawih teringat yang shai cakap dia nak hantar kad raya...gi tgk2 kut2 ada ....pastu jupa...terkejut juga akukan...shai hantar betul2 tgk setem wilayah persekutuan tapi chop parit raja....xsabar nak buka ni...buka buka hah..
    Rupa2 Sajidah huhuhuhu...Makcik yang selalu pi pejabat aku ..hahahhahha...jangan marah makcik jidah...

    Ucapan :-

    "Terima kasih buat Makcik Sajidah kerana sudi menghantar kad raya kat saya....Saya pun nak ucapkan Selamat hari raya juga dan happy sokmo....Dan minta maaf Zahir kut kut ada terasa hati ngan saya ni....biasalah menda kita buat kekadang tak nampak...huhuuhu...tahun depan hantar kad raya bunyi boleh...huhuuhuhu.....Nnti balik raya ni bawa ler kuih paling best kat Perak tu Yaaaa....Jangan lupa....Masa raya jangan makan banyak2 kang balik sini...saya tak kenalkan...huhuhhuhhu...masa ni leh kutuk nnti raya kita mintak Maaf yaaa...Okies Sajidah....peace"

    Thursday, October 05, 2006

    Virus Shai

    Ni entah virus aper yg shai htr kat aku ni...sorry eh shai lewat..aku tak sedar pun dia hantar virus berantai ni...aku cuba buat okies....

    1) 1 Ramadhan 1427 Hijrah anda berbuka puasa dengan siapa dan dimana?

    Aku mcm biasa eh bersama kekawan ..sebab aku perantau huhuhuhu..sedihnyaaaaa

    2) Apa persiapan anda menjelang hari raya?

    Persiapan aku xder wak aper pun....cuma sekarang nak beli kerepek satu guni wak balik kg..baju raya tu tgk eh mcm mana, tak tahu nak beli ker tak.

    3) Sepanjang sebulan berpuasa, agak2 kemana lokasi berbuka yang akan menjadi pilihan anda?

    Umah sewa aku dan umah sewa kawan aku...satu pantai timur.....sampai ler sebulan

    4) Pendapat anda,berbuka puasa di Hotel?

    Berbuka kat hotel, okies juga...tapi bagi aku xkemampuan eh nak makan hotel ni....kalau org nak belanja pun aku pikir 2/3 juga...

    5) Adakah anda suke menghantar kad raya (by pos) kepada rakan2, sahabat handai dan kekawan anda?

    Masa zaman dulu2 suka juga.....tapi skrg kad raya pun taknak tgk..tapi aku suka kalau org htr kat aku..

    6) Oleh itu kirimkan lah Kad raya anda kepada dialamat berikut :-

    Hafiz Nordin
    Kg Parit Baring,
    86400 Parit Raja
    Johor

    p/s: Tu alamat betul tau...aku tunggu surat dari shai sebab dia nak bagi duit raya...tak bagi tgk ler nnti...

    Tuesday, October 03, 2006

    Kesabaran Dibulan Puasa


    Sejak puasa ni, banyak dugaan aku hadapi ni....kekadangan kesabaran aku tempuhi semua ni, leh membuat aku jd huru hara hidup aku ni...Entah ler, aku bagai kan sudah putus asa...banyak masalah aku kat ofis..kat luar pun banyak ....
    kekadang sesuatu menda tu mcm dirancang untuk menguji kesabaran aku ni...
    Perasaan marah, bengang, benci, meluat dan semua eh.....kenapa ler masa ni...kekadang aku penat sangat ler dengan semua ni....
    Aku tak suka menda org lambatkan sesuatu menda....padahal ia boleh dilakukan cepat..
    Aku mengaku, aku xleh nak tunggu org sampai aku rasa boring..aku cepat naik marah...
    aku lagi hangat jika org suka mempersalahkan aku padahal aku tak salah..
    Aku rimas jika org desak aku....
    Aku naik menyampah jika org suh ikut pelunjuk dia ajer...
    Aku boleh jaga hati org tapi juga leh paham perasaan org...sebelum nak jg hati org, hati kita kena jaga juga.
    Atas dunia lagi org yang anti ngan negeri..entah aper2 punya org ler...yg jd mangsa aku...apasal lak weh....aku pun ada hak di atas bumi ALLAH ni...
    Semua tu perlu ada kesabaran yang tinggi ....aku cuba tidak membenci org mcm tu...tapi rambut ajer sama tapi hati lain....selagi aku leh sabar aku sabar ...kalau tak aku mohon pada Allah SWT ampunkan dosa aku jika aku buat silap tanpa aku sedari.....

    Sunday, October 01, 2006

    PuASA

    Assalamulaikum...


    Terlebih dulu aku nak ucapkan Selamat berpuasa eh kepada Kekawan semua ....puasa jangan tak puasa....aku kat sini mcm biasa hidup seorang bujang ni...Bangun sahur puk 4.00pagi rajin lagi setakat ni...Biasanya aku sahur makan nasi dah aku bungkus awal malam td...pastu ngan air...Pernah sekali tu aku bangun sahur makan buger ajer....tapi pagi tadi sebab cuti aku rajin skit masak nasi goreng...tu baru bab sahur...
    Bila buka plk,memacam nak makan, tapi aku tetap amalkan kesederhanaan..huuhuhuhu padahal baget nak simpan beli baju raya.....aku cuma beli nasi,lauk dan sayur ajer...tapi aper pun aku tetap nak makan bersama budu..biasa ler aku ni orang kelantan tak leh tak makan nasi ngan budu ni...kalu orang kelantan cakap ..(sedap wess)..mujur ler hari tu aku balik kampung aku ada beli 5 botol tapi aku bagi kat orang lain 4 botol jd aku hanya ada sebotol ajer..cukup ler aku ngan kawan aku kat sini untuk sebulan ni....2 org ajer aku ngan kawan ajer yang lain tak makan ....diaorang tak biasa kut....
    Aku ni kalau buka puasa tak buka umah aku sebab kawan seumah aku tak makan kat umah jd aku makan kat umah kawan satu pantai timur ler...mujur dioarang ada ..kalau tak jawapnya makan seorang eh.....
    Pas makan... pi surau sembahyang terawih setakat ini hanya sekali aku tinggal sebab masalah yang tak dapat di elakkan...biasanya aku buat 8 ajer...lepas 8 aku blah ....sini cepat puk 9 dah siap utk aku ler....kalau pi surau teringat kat kg, best sembahyang kat kg leh bermersa2 ngan org kg ni...tapi aku sempat sembahyang terawih kat kg nnti...tak sabarnya nak balik kg nak jupa atuk aku ni....teringat kat dia ajer bulan2 puasa ni...biasanya kalau puasa aku selalu teman dia buka puasa..biasa ler cucu misali.....kali ni balik nnti nak jupa dia eh dulu...