Nuffnang

Thursday, April 30, 2009

Aper Citer ni

klip utk lebih jelas

Masyarakat Islam terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibubapanya berkahwin walaupun salah seorang pasangan itu menukar agama.

Keputusan yang dibuat oleh jemaah menteri dikatakan sebagai langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak berkenaan apabila ibu atau bapa mereka menukar agama

GAMBARAN MANUSIA YANG BERDOSA DI PADANG MASYAR

GAMBARAN MANUSIA YANG BERDOSA DI PADANG MASYAR............... ....

BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia

BERWAJAH KHINZIR (babi)
Suka memberi & menerima rasuah

BUTA KEDUA BELAH MATA
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman

PEKAK DAN BISU
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain.

TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI
Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya.

BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran

BERJALAN TERHOYONG - HAYANG SEPERTI CACAT
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan

BERJALAN SEPERTI MABUK
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid

RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR
Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti

TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI
Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling

WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR
Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun

PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT
Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat

BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI
Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi

TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT
Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah

BERJALAN KAKI KEATAS & KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUAN
Suka melakukan zina

MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API
Suka makan harta anak yatim

KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS
Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya

GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS & AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lain-lain.

Wallahualam

p/s : Korang pikir eh sendiri...

Kredit : Isuhangat

Tuesday, April 28, 2009

I follow



Ada ker org kahwin sebab kekawan semua kahwin? Jadi kena kahwin eh...Isk isk isk xelok tu...Mungkin ada kut..Macam ner nak jaga perasaan tu?Tapi kan jodoh pertemuan dah tentukan, cuma kita ajer kena buka jalan...
Aku tergerak bincang pasal ni sebab kawan aku tgr aku bila nak kahwin, aku cakap eh....sampai masa tu kahwin eh aku..jawapn biasa aku jawap..xnak eh jawap jawapan sama blum sampai jodoh tu biasa guna...InsyaAllah doakan aku eh..
Aku bukan kahwin sebab kekawan semua dah kahwin, bagi aku eh kalau kawan aku dah kahwin aku xkisah sangat..Lelaki xper umur 30 leh lagi masih mantap lagi..Kalau perempuan agak susah skit, jangan terasa lak kata kata aku ni..ni hanya pendapat semata mata...
Bagi korang mcm ner pasal kahwin sebab kekawan dah kahwin korang pun nak kahwin, elok ke buat mcm tu?

Monday, April 27, 2009

Jom Tgk-tgk


Layan cincin lak eh hari ni, aku mmg xleh pakai cincin pantang pakai mesti hilang...Aku tak tahu apasal perangai aku mcm tu sejak kecil sampai besar..Dah 5 cincin dh hilang, tak silap aku...Semua pemberian org, adus menyesal tapi ma aku dah tau,  tgk ajer cincin terus tanya siapa bagi...Kalau org penting bagi dia terus pegangkan jadi xder peluang aku nak merasa cincin...Tak silap aku mak aka nenek aku dah 3 kali bagi cincin dah 2 hilang...Satu lagi terselamat mak aku aku sempat tgk dia ambik....hari ma aku balik dr mekah belikan cincin zamrud hilang juga bukan aku hilangkan kawan aku lak....aku dah berhati hati pun sampai xpakai simpan ajer dlm keta, tapi hari tu kawan aku pakai sehari ajer pastu hilang lak....ma aku ada juga tanya aku cakap ada ajer..aku tau kalau cakap hilang mesti bising beb..Mujur lah kawan aku ni gantikan balik sebab mak dia pergi mekah...

Cantik tak cincin kat atas tu?. Tapi sayang xleh pakai sebab emas putih lak....baru nak beli....Kalau ada awek leh belikan sepasang....ermmmm

Friday, April 24, 2009

Tiada Tajuk

Pagi tadi siap2 nak g kerja aku buka tv....pastu terdengar satu ayat agak power eh..tapi aku xpasti eh betul tak ayat ni sama aku dgr....Gini bunyinya

Ku mohon Bunga yang cantik dan harum(bunga Ros)

tapi Allah Kurniakan Bunga Berduri(kaktus)

Ku mohon Rama rama yang cantik 

Tapi kurnia kan ulat 

Tapi dari situ ada jawapan bila kaktus tu berbunga ia akan berkembang dengan cantik sekali

Ulat bila dia membesar dia akan menjadi seekor yang sangat cantik.

Rumusan dari ayat di atas aper yang Allah telah kurniakan akan mengeluarkan hasil yang amat bermakna jadi kita harus sabar.Aper ujian yang Allah bagi kat kita mesti sabar mugkin ada makna atau hikmah disebelah kejadian..

p/s: Kalau salah bagi tau yaa

Thursday, April 23, 2009

Jodoh

Sahabat,

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya. Ia 

bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya 

jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya 

singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 

tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk 

membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu 

dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar. 



Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk 

lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan 

biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman 

kemudian nanti. 



Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu 

sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita 


benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama 

masalah. 



Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati 

kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah 

memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil 

pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) 

terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi 

jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar 

berlipat ganda. 



Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal 

mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, 

alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti 

itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang 

motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di 

tgh2 bandar raya. 



Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. 

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, 

pasti ada baik buruknya. 



Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, 

sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di 

samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai 


org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. 



Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam 

berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan 

hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut 

banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa 

seterusnya jambatan ke neraka? 



Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya 

mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada 

yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? 



Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. 

Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, 

belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah 

anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab 

kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah 

melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut 

tatkala cuba mendaki naik. 



Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. 



Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya 

gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan 

syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan 

insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. 



Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana 

perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba 

masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka 

lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. " 





Seorang teman pernah berpesan.. 



"Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. 

Dia datangkan petir dan kilat.. 

kita menangis dan tertanya-tanya, 

kemana hilangnya sinar.. 

Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." " 



`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas 

kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. 

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang 

lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...` 

Monday, April 20, 2009

Facebook


Double lek gambarnya

Aku pun xtahu sebenarnya pasal facebook ni...tapi aku asyik tgk iklan ajer...jadi aku pun layan eh juga...setakat ni bagi aku facebook ni krg menyeronakkan sebab xramai kawan...Setakat ni hanya friendster ajer yang selalu aku buka..Kalau org ada facebook mari kita layan sesama...

Friday, April 17, 2009

Wednesday, April 15, 2009

Perjumpaan yang singkat

Aper makna gambar tu? xder makna nya...saja nak menunjuk menujuk..hahhahahahahaha...xder lah wess...aku nak letak penuh nnti gosip lak ...aku letak separuh..hahhahhaha..cuma aku nak ucapkan terima kasih kat seseorang kerana belanja makan hari tu.....pastu bw jejalan tgk bandar bercahaya....

Akhirnya kau Kahwin juga

pokok bercahaya sempena Hari keputeraan Sultan Kelantan..

Dah 4 hari aku kembali tapi aku xsempat nak mengupate blog bukan xnak update cuma aku demam jadi xmood nak menulis..Alhamdulilah hari ni aku sihat skit..Aku pelik betul eh, kalau aku balik kg mesti aku sakit....Aku dah xserasi ngan udara kat kg ker....Dari sakit sakit badan, sakit tekak, pening, loya semua ada pakej senang citer..

Tapi hari ni aku xnak lah citer hari hari aku duk sana kan...Tapi aku nak  citer mengejutkan aku juga eh......Sorang kawan aku dulu (pernah aku sayangi dia dulu, sekarang? entah xleh nak cakap eh)..Rupa nya dah kahwin adusss..kahwin senyap senyap ....aper yang tahu lah, kedua belah family xsuka perkahwinan mereka...Jadi diorang kahwin mcm ner aku xpasti yang pasti xder masjlis/kenduri kendara....

Family xsuka diorang bukan sebab aper yang laki dah kahwin rupanya....aduss kician lak aku kawan aku tu....tapi aku xpasti dia tau ke tak dia tu bermadu..yang aku dengar juga yang laki tu ustaz...tak tau lah ustaz konon ke aper....

Tapi nak wak mcm ner diorang suka sama sukakan...lantaklah kedua dua dah besar panjang..yang laki dah umur 30 lebih dah...aku pernah kena serang kat laki tu sebab mesej ngan kawan aku..tapi skrang aku langsung tak contact dengan kawan aku tu, bukan sebab laki tu xbagi sebab bagi aku sudah tiba masa nya aku lepaskan/membebaskan dia....Aku harus sedar diri aku ni..

Ok chow eh......Selamat pengantin baru kat kawan aku....

Tuesday, April 07, 2009

Jom Melancong


Tajuk mcm poyo ajer, hahaaha saja ajer nak bagi gempakajer..... xdernya melancongnya aku bercuti nak balik kg ajer lah...Jadi dlm minggu ni aku xder..Malam ni aku bertolak pukul 8.30 naik keretaapi dari kluang ke tanah merah..Dah lama x naik kereta api, mcm xsabar plk...

Ok lah aku balik dulu yaaaa....

Doakan aku selamat pulang dan selamat kembali dari melancong ni...hahahahahahh

Friday, April 03, 2009

Goji Guarana

Beberapa hari lepas kaki aku  sakit sangat jadi aku nak berkongsi lah sedikit. Aku cuba minum air goji  guarana minuman ni sangat bagus utk kita semua.... Bagi aku menda ni xbahaya sebab dia dari pati soya..kalau korang minum sekali kita dapat rasa pagi keesokknny,   kelainan kepada kita..aku xnak citer lah korang cuba eh..aku bukan nak promosi tapi berkongsi ajer....kalau nak lebih banyak lagi info layari laman web ni>>>>

klip kat bwah>>>>

Goji Guarana

1. Goji memanjangkan usia, menghalang diri anda daripada tua sebelum 
  masa menerusi tindakan anti-oksida yang tinggi.
   
2. Goji meningkatkan tenaga dan kekuatan anda, terutama melawan 
  penyakit. 
   
3. Goji menjadikan anda rasa dan kelihatan muda. Goji merangsang 
  rembesan HGH (Hormon Pertumbuhan Manusia), 'hormon remaja'
   
4. Goji mengekalkan tekanan darah yang sihat.
   
5. Goji mengurangkan risiko kanser.
   
6. Goji mengurangkan kolestrol.
   
7. Goji menormalkan gula dalam darah pada peringkat awal diabestes.
   
8. Goji meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual.
   
9. Goji membantu mengurangkan berat badan.
   
10. Goji melegakan sakit kepala dan pening.
   
11. Goji melegakan isomnia dan tidur lebih nyenyak.
   
12. Goji mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan anda.
   
13. Goji menguatkan jantung anda.
   
14. Goji menghalang peroksidan lipid (yang menyebabkan sakit jantung).
   
15. Goji meningkatkan halangan penyakit.
   
16. Goji meningkatkan respon imunisasi (T-Cell, IL-2, IgA, IgG).
   
17. Goji sebagai rawatan sakit kanser.
   
18. Goji menempatkan semula dan membaik pulih DNA
  (menghalang mutasi yang menyebabkan kanser).
   
19. Goji menghalang tumbesaran tumor.
   
20. Goji mengurangkan kesan toksid kemoterapi dan radiasi.
   
21. Goji membina darah yang kuat, meningkatkan produksi sel-sel darah 
  merah, sel-sel darah putih dan platelet, dan rawatan 
  penyakit tulang sum-sum).
   
22. Goji meningkat limfosit.
   
23. Goji mengaktifkan anzim anti-radang.
   
24. Goji menyokong fungsi hati yang sihat.
   
25. Goji merawat simptom-simptom menapause.
   
26. Goji menghalang loya di peringkat awal mengandung.
   
27. Goji meningkatkan kesuburan.
   
28. Goji menguatkan otot dan tulang anda.
   
29. Goji menyokong fungsi buah pinggang.
   
30. Goji meningkatkan memori dan memulih ingatan.
   
31. Goji membantu batuk kering yang kronik.
   
32. Goji menghilangkan tekanan dan gelisah.
   
33. Goji meningkatkan keceriaan dan semangat anda.
   
34. Goji membantu sistem penghadaman.

Layan Otak2

Selamat hari Jumaat dan hari last kerja...cepat sungguh masa berlalu...aku rasa cepat sgt pejam celik dah hari jumaat dah...tapi aku sebenar seronok ni minggu dpan aku dah nak balik kg dah....aku balik kg sebenarnya sbb cukup 40 hari atok aku meninggalkan aku. Jadi ada tahlil(org kelate oyat mlm 40), jadi pada minggu depan ada cuti sultan Johor aku teruskan sambung cutinya agak lama juga 5 hari juga eh...
Aku balik ni banyak juga tujuan nya bukan sekadar balik utk mensia-siakan cuti..Pertama utk mlm 40, keduanya becuti sama keluarga tersayang, ketiga aku hendak berjupa dgn seseorang yang kini bermakna selepas keluarga aku, keempat aku ada menda nak bincangkan dengan keluarga aku...dlm 5 hari tu sempat lah aku mengisi masa cuti..
Jadi balik ni aku hanya balik kereta api ajer, aku mgkin xbalik ngan kereta kut...Dah lamaa tak balik ngan kereta api jadi selasa minggu depan aku naik kereta api...Mungkin hari sabtu ni aku nak pi beli tiket....
Tapi semalam sepupu mcm tau tau ajer aku nak balik, mesej suh belikan otak otak johor...tak silap aku kat kelantan pun ada kut otak otak ni...Entah layan ajer...nampak gaya nya kena beli eh bini dia mengidam nak makan makanan johor ni..sebab sebelum ni bini dia pernah kerja kat johor jadi org mengandung ni entah aper2 dia mengidam kekadang tak terima akal.... (aku cuba eh cari tapi aku tgh pikir mcm ner lah nak bw balik naik kereta api nnti..)
Aku duk sini pun jarang makan menda2 gitu, mahal sangat satu batang leh cecah 60sen tapi makan juga eh kalau rasa nak makan tu...

p/s: tunggu lah sepu aku belikan otak2 mu tu..

Thursday, April 02, 2009

Kekawan kahwin

2 tiga bulan aku rasa mcm agak terputus hubungan eh dengan kekawan ...Aku tak tahu apasal, diorang terasa ngan aku ker....Aku kekadang buat salah tanpa sedar kan...Takpa lah mungkin dia xnak xganggu aku kut...hahhaha...tapi ada kawan aku tetiba mesej aku xpernah dan lama aku xjupa mesej tanya kabar aku...Sebenarnya dia nak bagi tau aku dia nak berangkat ker lubnan.Paklong aka azli ni askar kat seremban dekat dgn kem akak aku...Harap dia selamat pergi dan selamat pulang...Hari nisebenarnya aku nak pos satu lagu kahwin, dah siap tulis bila aku publish post xnk kaurlak plk movie tu..Ingat kan nak tujukan kat kekwan nak kahwin...Adus bengang aku...

Takper lah hari ni kita layan gambar ajer yaa....gambar kahwin kekawan aku yaa....



tu ajer lah gambar kekawan ..ada lagi tapi xjupa eh....

Wednesday, April 01, 2009

Berkahwin lak

Kalau nak membina Rumah tangga Aper yang perlu dibuat ialah:-

perlukan ada kayu, paku dan sebagainya....

Tidak lah tu nak membina umah, ni nak membina keluarga suami isteri dengan maksud lain nak kahwin eh....

Merisik

- Kena lah pi merisik dulu bukan mengintip yaa...pi suh family kita tanya family sebelah satu lagi dia dah berbunya ke blum...kang pi dia dah berpunya kan...tgk juga lah keturunan dia...tgk perangainya mcm ner?Kita nak berkahwin xyah pi ikut sekali biar family kita ajer yng pi..biar org tua ajer yang uruskan semua tu...jangan nak pi mengatal lak kecuali terpaksa tujuk jalan kan..hahha..kena pi juga eh tu....

Bertunang

- Bertunang bermaksud mengikat atau ayat lain tanda (dia dah berpunya, jngan nak kacau)....Bertunang kalau ikut agama xperlu sebenar dan tgk atas sesetenggah org eh nak buat ker tak kan...atas kemampuan lah, masa tunang pun memerlukan modal juga eh...Zaman sekarang bertunang pun dah ada pelamin....Zaman dah berubah dah...mcm 2 dah manusia menambah adat utk bertunang....kekadang bertunang mengalahkan nak kahwin...aku xleh nak komen lelebih duit diorangkan, ikut suka dioarang nak majlis mcm ner pun 4 hari 3 mlam ker..hiihihihhihihi....Zaman dulu lelaki tidak dibenarkan dtg umah laki, just htr ibu ayah ajer yang pi kan...tapi sekarang laki turut serta sebab ada sesi sarungkan cincin dan bergambar..dah mcm wajib plk kan.....Hah menda yang penting masa bertunang ialah masa tu 2 family duduk berbincang bila tarikh nak adakan majlis perkahwinan, opsss lupa lah yang agak penting ni.....tawar menawar harga hantaran(hahahhaha ms tu mcm jual beli manusia)xder lah...dia ikut harga semasa dah sekarang ni....dan juga tgk kelayakan akademik nya juga....(mcm nk tmdga kerja lakkan) tgk akademik dia mcm master/ijazah tinggilah harganya...hati hati nak nikah kena simpan duit bebanyak.....skrg ni mcm kat kelantan kwsan kg harga paling rendah 6k tau paling tinggi 10k aku dngar sekarang....(nampak gayanya aku kena ikat perut eh nak simpan duit kan)...tapi kat luar mcm johor ni....hantaran mmg tinggi paling rendah pun 8k tak silap aku eh..tapi kwn aku 10k .....kekadang aku asik mikir ajer mcm ner nak cr sebnyk tu..tu baru htran menda2 lain paling sedap pun nk kena ada 20k.....

Sesi mencari barangan Kahwin

- Yang ni pepandai korang lah nak cr barangan nikah nak nk letak atas par....aku bagi contah lah beg perempuan, kain sepasang, jam, alat solek, buah buahan(yg ni beli masa nak nikah lah), kek, kasut yang lain aku lupa eh....atas kita plk nak letak aper pun..kat situ beribu juga nak beli tu...mesti kita nak beli barangan terbaikkan...yang terbaik mesti yang mahalkan..hahahaha...pastu nak beli bunga telur, gift utk tetamu.... yang ni aku cadangkan korang beli kat air itam kat parit raja atau pun kat rantau panjang situ mmg banyak barang khas utk kahwin xyah pening kepala janji ada duit lah...Pas setel tu kena lah tempah kad kawin nak ajak kekawan ni...tempah jurugambar dan kalau ada duit lebih tempah pelamin...xnak xper janji hiasan kat dlm bilik cantik lah.....tu org suh simpan duit bebanyak..hhahahah....jangan lupa isi borang nak kahwin, test HIV penting tu....satu lagi dah pi kursus kahwin blum....kang xpi plk ....xleh kahwin woi....oklah tu dah cukup kut aku rasa..tapi berhati hati yaa...syok guna duit simpanan sampai lupa nak simpan utk guna pas kahwin kan.......nahas woi...xkan nak pinjam ngan mak bapak kut...hihihihih

Akad nikah

- Alah kemalasan aku dah dtg dah....malasnya nak bercerita lagi ...xkan nak sambung kut..hahahaaahaha...skit lagi yaa....masa akad nikah yang mendebarkan bagi lelaki eh....fuss kalau hiris tangan dgn pisau darah xkuar kut...gementar punya pasal...hahhahhhahah(aku cerita ni mcm aku dah kahwin lah plk ni..ni dr pengalaman kekawan aku ni).....ada org cakaplah masa kita salam dgn tok kadi tu...perasaaan mcm melayang2 ajer..mgkin banyak diorang pikirkan kut..aper diorang pikir korang tanya diaorang lah....

Bersanding

-Mcm biasalah saat gembira ni....korang dah berdua xlagi keseorangan...masa tu anda diperhatikan...Hari tu anda sangat istimewa, diorang dtg semata 2 utk tgk korang ajer...maybe akan dapat hadiahkan...kekawan yang dah lama xjupa dtg ucap tahniah kepada anda...ok lah cukup eh tu...malas dh aku nak menaip....ok bai bai...

p/s: Tahniah kepada kekawan aku dah kawan dan bakal kahwin.....Semoga kekal ke akhir hayat....