Nuffnang

Thursday, May 24, 2007

Pertengahan Tahun 2007

Tahun 2007 dah pertengahan dah...Macam dah berlaku ni...
Aku nak balik kampung sekerap mungkin Isma dah beli kereta dan nak dapat baby
Aku memohon nak pindah kerja





Cinta aku terputus jua (Yg ni paling perit)




Masalah pindah umah kembali lagi(masalah ni bila ler nak setel ni)




Dapat telefon baru




Belajar penggunaan Video Kamera serta Edit Videonya sekali..


Zoul datang Batu pahat makan nasi beraini





Friday, May 11, 2007

Loghat Kelateness Vs Jawa

DOWNLOAD
Lagu Asal - Pencinta Wanita
Penyanyi Sheqa
VS
Lagu asal -Peter Pan
Penyanyi Didi Kempot
p/s : Sebab aku dah duk kawasan masyarakat jawa ni kena belajorlah skit2..hahahhha....best lagu tu...

Thursday, May 10, 2007

Selamat Hari Ibu

Ibu?
bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu?
Ibu?
kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan
Ibu? kau ampunilah dosakuAndainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah, Tuhan?
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

Download lagu di atas

http://www.savefile.com/files/501128


Tuesday, May 08, 2007

Part 1

Bulan yang memenatkan bagi aku walaupun cuti panjang untuk perkerja pada 26/04 dan 1 & 2/04/07 untuk percutian Agung dan Cuti pekerja. Cuti aku sempat juga jalan ke PD saja jejalan umah akak aku...xder cerita kat sana aku hanya pergi kejap ajer..
Tapi banyak benda pelik aku alami contoh nya aku pi salah umah org ni yang mana depan pintunya ada tergantung sesuatu yang ganjil..Bila tgk benda tu aku rasa xsedap plk..Nak tanya umah xbest lak kan..Aku terkejut juga bukan setakat depan umah tapi pintu bilik tidur pun ada jadi aku sempat eh ambik gambar yang terdapat kat atas tu...Mungkin keluarga tersebut nak mintak jauh daripada bala petaka kut..Aku malas nak campur tangan hal org ni..biar ler..kalau korang caya tak?????

Terbaru kawan aku yang lama membujang akhirnya kahwin pada hari tu.. Alhamdulilah tamat juga akhiri zaman pada umur 34 tahun..


Macam biasa kat johor ni kalau keturunan jawa ni wajid dia ada persembahan kuda kepang dgn ada persembahan lain dengan ada manusia bertopeng, entah aku pun tak tau menda nama dengan satu lembaga yang berkepala harimau dan berbulu burung merak..Mmg mengerikan tapi org kat menjadikan satu hiburan dan juga adat sebab setiap kali ada majlis perkhawinan wajid ada menda gitu..

Best juga tahu berbagai adat manusia ni ...kekadang menda mcm tak wajid..sah sah kos nak kahwin tinggi nak wak benda tu..Paling penting kat sana wajid ada band penyanyi biasa nya diaorang menyanyi sampai malam..Kalau buat pat aku mcm tu, habis hancur..

Pada 1 Mei aku diarahkan pi perhimpuan hari perkerja lah plk kat stadium Putra...Penatnya pi sana sehari tidur atas bas dah ler aku tertinggal bas sebab lewat pi sana....Ahak

Antara persembahan yang ada kat situ..mmg kat sana mmg penuh sebab semua dtg berkumpul kat situ..

Aper maksud gambar ni, sebenarnya aku nak cerita tentang air kat pat aku...korang bayangkan hitamnya air tu...mujur ler aku sempat tgk kalau tak dah aku jurus kat atas kepala ngan air tu..begitulah nasib kami disini air kat sini mmg kotor...dulu aku pernah gatal dan bengkak kat muka sebab air kotor tu..terseksa tul ler tu baru luaran kalau air mcm tu diminum pussssss..nampaknya pendek eh umur..


Gambar ni xder aper maksud kut....