Nuffnang

Friday, May 29, 2009

Ku kejar Duniawi

Hari ni xder tazkirah dari aku sebab skrg tempat kerja aku tgh sibuk dgn profesor Watada dari Jepun.. Aku ada salah satu ajk menguruskan pasal teknikal, kerja nya uruskan barangan masa dia buat sebarang ceramah..kena uruskan menda ni menda tu.....hehehehe...aku ni pemalas skit, bila dah kena uruskan lemah nya nk buat menda menda gitu...

Gara gara watada jadi xder Bacaan Yasin...xder ceramah dari En. Miswan..Dan sekrang ni aku tengah sibuk uruskan cuti nak balik kg..Alhamdulilah semua borang sudah di isi..Bos baru aku pun dah lulus pun, bagus bos aku ni...dlm diam 2 aku nak balik tu, diorang dapat tau lak...biasanya aku diam diam ajer balik..kalau bising ramai pulak nak mengirim barang...bukan xnak beli tapi kalau sorang xkisah, ramai sampai kenariah aku tu xmampu nak masukkan barangan kiriman org...adus..kician kenariah aku..Sabar lah sayang..heheheeh...

Minggu depan aku kerja lagi..hari selasa baru aku blah dr parit King ni...bercuti eh aku...Yahooooo...

Tuesday, May 26, 2009

Tragedi Jari ku

Pepagi td nak dtg kerja, mcm biasa lah panaskan kereta bila time ajer nak tutup pintu kereta xpernah xpernah terjadi jari aku terkepit kat pintu keta...masa terkepit tu xsakit lagi, bila nak cabut tu rasa mcm nk putus lak...fussss sakit xterkata eh......

Sekarang sakitnya xhilang hilang lagi..adusss...SAKIT..

Friday, May 22, 2009

Tazkirah - Bila maut tiba


Assalamulaikum....selamat hari jumaat hari last kerja....Lepas baca Yasin tazkirah hari ni Tuan haji zainuri bukan en.miswan...

Tuan haji z(nama ringkasan) tak bagi tajuk cuma dia cuba jawap soalan pelajar yang htr email kat dia. Soalannya mcm ni....Kalau org islam meninggal nnti, perkara pertama dia akan lalui ialah mejawap soalan malaikat kubur tapi org kafir terlepas mcm tu ajer...mcm ner tu?....Aku agak kurang paham juga penerangan dia tapi ada lah ilmu yang berguna...sebelum dia menjawap soalan tu dia ada bagi penerangan pasal  iman dan takwa...sempat dia kenakan aku bab pasal xkahwin ni...nak wak mcm ner aku ni belum kahwin kan..

Jawapan dr beliau aku krg jelas sangat, aku cuba rekod guna hp tapi kurang jelas lak.....nampak gayanya aku kena lebih pergi dgr ceramah agama nampak gayanya...hari ni aku nak kongsi satu cerita yang dh lama aku baca...pahami aper maksudnya...

Bila maut tiba

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.

Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.

Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku dipegang kuat."Mengucap sayang,, mengucap........ Asyhaduallailahaillallah......... "ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar diwad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah.....Tapi mataku.......semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini.

"Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan,abang. Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja. Dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah. Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.Â

"Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu??? Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!!

Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratulmaut...... !!!Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan. "Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.

Nenekku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......".Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya. " Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan Islam, matilah dalam agama yahudi.....".

Ayah.......kau datang ayah.......". "Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".

"Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

"Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah......".Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".

Cahaya putih datang.datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!". Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.

"Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Akutersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu, innalillahi wainnailaihi rajiuun......

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini?

Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".
"Assalamualaikum......".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".katilku.Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".
"Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........".
Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.Ya! aku teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.

Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus kulakukan!!!!!

Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.

Air apa ini????? "Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!". Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu.

"Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........". Kemudian aku diletakkan di suatu sudut.

Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?Bukankah aku boleh sembahyang
sendiri?

Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat.

Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu. Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak".Â

"Al-Fatihah!"Kedengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?".

Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku.
"Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!".

Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu.

"Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......
Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali".

Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar, alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".Sayup sayup aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.

Pandanganku makin lama,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.

"Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong !!!!

"SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."


Thursday, May 21, 2009

Kenangan di Kuittho

Pepagi lagi, aku dah layan youtube....Saja kan boring..Pastu aku jupa lah kumpulan penyanyi nama kumpulan Nrocinu tajuk lagu pun "kenangan di Kuittho" mungkin ni bekas pelajar dr uthm..First dgr best juga eh....aku cuba cari lirik lagu dlm internet xjupa lak...aku cari nak tau aper liriknya...sebab sedap mendengar rentaknya..aku cuba eh dgr aper liriknya...soundnya kurang jelas eh..

terkenang daku kembali

sewaktu ku di IPT

ku tahu 2000 Masihi

KUiTTHO nama diberi

UTHM nama terkini 

mengamit seribu satu memori

Setahun dua semester

Mengambil kursus jurutera

Membakar cabaran yang menempa

Berjiwang di lorong sena

disitu rumah disewa mendapat ketenangan di jiwa

Melangkah ke dunia baru

diperingkat yang lebih maju

"Korus"

Di Batu Pahat 

bersama rakyat segera

diterangkan pensyarah didewan kuliah

menempa ilmu tanpa rasa jemu

oooooooooooooooooo

2x korus

Melangkau masa ditempok usaha

mengejar apa yang di cita

Akhirnya Berjaya

p/s : mungkin ada silap kut liriknya sebab tak berapa nak dengar....layannnn

Wednesday, May 20, 2009

Salah ke Aku Berbuat Baik


Walaupun hati masih dlm keadaan hampa, impian tak tercapai.Aku redha apa yang telah berlaku mgkin ada hikmat disebalik kejadian tu. Aku bersyukur dengan ape Allah telah kurniakan kepada aku..  

Cakap pasal  kita berbuat baik ajer mesti manusia akan mengambil kesempatan dengan kebaikan kita..Jadi kita harus berhati hati dgn manusia yang kita berbuat baik..Mcm aku ni selalu berpikir baik dgn kkewan dan xpernah syak langsung dgn kekawan..Bila dah terkena baru aku sedar, sanggup kawan mengambil kesempatan dgn kebaikan kita lakukan...Jangan buat mcm ni xelok, kita kawan bukan sehari 2 tapi selamanya...

Bagi aku sekali diorang buat mcm ni kat aku selamanya aku ingat sampai bila bila....

p/s : “Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima”.

Tuesday, May 19, 2009

Perasaan bercampur aduk

Friday, May 15, 2009

Salam jumaat


Salam Jumaat kepada semua...Alhamdulilah aku masih bernyawa lagi, cewah ayat skema tu..Xder lah pepagi jumaat kena lah insafkan skit..Pepagi dtg ofis aku terus pergi tazkirah dan baca yasin utk fakulti aku tapi xramai yang dtg, mungkin org xdpt info kut..Bagus org johor ni dah jadi amalan setiap jabatan kerajaan adakan bacaan yasin...(ni bukan nak bodek tau ni,betul betul punya puji ni) lepas baca yasin dgr tazkirah lak...hari ni tajuk ceramahnya malam pertama...panas btul tajuknya..hahahhaha...jangan cepat pikir bukan bukan yaaa....en.miswan blum habis cakap lg...Malam pertama di alam kubur...(ambik kau) tak ngeri kau dgr....kalau korang tgk en,miswan ni muka dia seiras dgn penceramah Dr. fadilah kamsah daa suara pun sama..Nasihat dan ceramah pun hampir sama ajer dgn Dr. fadilah kamsah daaa...Tapi tgh dgr tu leh plk aku terlelap, ting tong betul aku ni....penat wess semalam aku tidur lewat...semalam kan malam jumaat....hahahaha....(aku tau aper korang tgh pikir aper pasal aku, berdosa pikir pelik2 tau)

Bagi korang nak dgr ceramah en.miswan korang masuk blog en.miswan di http://pakwan-menujukejayaan.blogspot.com...

Ada Satu sajak aku suka dari Blog En.miswan ni...korang paham eh sendiri...

ENGKAU SIBUK DENGAN DUNIA

Engkau sibuk dengan dunia
Dunia tidak sibuk dengan engkau
Mengapa engkau tidak sibuk dengan Tuhan yang punya dunia
Dia adalah sibuk menguruskan hal engkau
Engkau kejar dunia, dunia belum tentu kepunyaan engkau
Sedangkan Tuhan telah engkau tinggalkan
Kalaupun engkau memiliki dunia
Apa ertinya engkau tidak memiliki Tuhan yang punya dunia
Tapi jika engkau memiliki Tuhan
Dunia kepunyaan Tuhan akan menjadi milik engkau
Engkau tersilap hal, engkau tersalah fikiran
Dunia yang akan ditinggalkan ini pun belum tentu di dalam milik engkau
Padahal Tuhan engkau telah tinggalkan
Macam mana engkau berfikir, bagaimana engkau membuat keputusan
Bersibuklah dengan Tuhan yang sibuk dengan urusan engkau
Janganlah sibuk-sibuk dengan dunia yang tidak sibuk pun terhadap engkau
Engkau bersibuk-sibuk dengan Tuhan
Tuhan tidak akan mengecewakan engkau
Engkau sibuk dengan dunia belum tentu milik engkau
Kalaupun engkau boleh miliki dunia
Namun satu ketika ia dunia tetap akan mengecewakan engkau


Sekarang blog aku dah ramai org ofis aku tau pasal kewujudan pasal blog aku ni...mcm xbest plk bila diorang tau pasni kalau nak menulis kena berhati hati...sekarang ni aku dlm pemerhatian untuk meneruskan atau tidak dlm blogger ni...kalau lah yang tau pasal blog yg suka kutuk2...  habis aku...hari hari kena kutuk aku...tapi alhamdulilah yang dapat tau pun yang rapat ngan aku ajer....Yang baru tau aku ucapkan selamat dtg eh terutama ardi...(hati hati ardi janganterlepas kat bos aku plk..kan bos nilai aku dari blog aku ajer, kalau skt aku dapat bawah 80 aku cari kau nnti..hahahhhaahah)....

Ok ....blah dulu....aku nak g bersih masjid jap....     : )

Thursday, May 14, 2009

Selamat Pengantin Baru

video

Aku nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada kawan aku yang dah kahwin dan juga bakal kahwin....Aku doakan semoga korang berbahagia dan kekal ke akhir hayat hendaknya...

Wan Sajidah & Hakim Samsuri
9/10 Mei 2009

Liana & Fadli
30 Mei/5 Jun 2009

Rusnita & Fakhrul Anwar
06/11 Jun 2009

Zara & Wan Mohd Marzuki
6/7 Jun 2009

Tuesday, May 12, 2009

Are You Going To Finish Strong

video

"Never give up..keep trying...until success.." seperti aku saksikan dlm video ni, aku akan satu matlamat ..Aku xkan mengalah selagi aku berjaya...Aku akan cuba sehingga akhir hayat aku..Semoga impian aku tercapai..Doakan kejayaan aku..

Monday, May 11, 2009

Doa Tunaikan Hajat

"Maha Suci Allah yang bersifat dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainNya. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat. Aku memohon RahmatMu dari kitabMu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya.

Monday, May 04, 2009

Munajat Cinta




Best lak layan lagu ni...Jadi kita layan lagu yaaa...huhuhuhu....Minggu ni sibuk sikit sebab aku kena layan pelajar update projek dalam server...Aku ada pow projek pelajar yang power2..hahahha..mana tau suatu hari nnti aku nak sambung belajar senang aku buat contoh kan kan kan......
______________________________________________________________________
Munajat Cinta


Malam ini, ku sendiri,
tak ada yang, menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah, sudah

Hati ini, selalu sepi,
tak ada yang, menghiasi,
seperti cinta ini,
yang s’lalu, pupus

[Chorus:]
Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya

Mawar ini, semakin layu,
tak ada yang, memiliki,
seperti, aku ini,
semakin, pupus

[Chorus]

[Interlude]

[Chorus] (x2)

Untuk Mu Ibu

Sempena Hari ibu ni aku ingin mengucapkan Selamat Hari Kepada semua Ibu Ibu...Sayangi lah Ibu kita....Aku ni bukannya manusia yang baik kekadang ada juga aku buat kesalahan tanpa sedar  ngan ma aku... ....Aku sedar aku bukan anak yang baik, aku harap ma aku maafkan dosa aku yang telah aku lakukan terhadap beliau...Aku  tak dapat bayangkan kalau aku kehilangan beliau walaupun aku leh hidup berdikari seorang diri...Aku rasa Hidup aku gelap , tiada lagi tempat aku mengadu, tiada lagi aku luahkan kasih sayang, tiada lagi org sanggup layan kerenah aku. Aku xsanggup kehilangannya dan selagi dia hidup atas dunia ni, aku cuba menbahagiakan beliau....Ya Allah berkati lah Ma aku dan berikan kesihatan yang baik utk nya...