Subject: Hari aper yg kena dgn kamu
ASSALAMMUALAIKUM... . Kamu mahu tahu personaliti kamu dan juga
teman-teman? Apa kata kamu semak tarikh lahir dan haiwan yang menjadi
penaung kamu.
Januari 01-09 ~ Anjing
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ Monyet
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ Anjing
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Anjing
Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ Anjing
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogas 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Anjing
Oktober 01-15 ~ Monyet
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ Anjing
Disember 17-25 ~ Monyet
Disember 26-31 ~ Merpati
Anjing: Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian
kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan
adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh
dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap
rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan
suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka
berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik
dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu
tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun
kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama
dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.
Tikus: Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang
menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah
menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan
dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan
kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan
majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu
sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati
untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan
perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap
maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga
manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.
Singa: Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang
pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau
pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar
melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua
dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling
disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain.
Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi
berhati-hati.
Kucing: Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu
pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam
kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa
melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi
normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta
merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang
bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola
di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan
orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.
Kura-kura: Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik
hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu
sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu
tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang
disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap
belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan
mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah
mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa
melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.
Merpati: Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang
kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu
menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang
dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan
bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana.
Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini
memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan
sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!
Harimau Bintang: Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan
dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap
senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan
geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmmkamu suka bergosip
tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja.
Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur
dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu
yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang
menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman
menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.
Monyet: Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya
dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan
begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu
bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan
sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir
sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah
yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang
bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu
pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam
perniagaan
SELEPAS BERTAHUN
-
*YEY!!!!!! DAH DAPAT BALIK EMAIL & PASSWORD BLOG!! BOLEH START BLOGGING
BALIK.... *
7 years ago
0 comments:
Post a Comment