Nuffnang

Wednesday, May 24, 2006

UnTuK DoWnLoAD LAgu DiKir BaRaT




SEJARAH DIKIR BARAT

Banyak yang sudah dibongkar dan diselidiki tapi masih belum mendapat jawapan yang setepat dan sepadat. Mengikut sejarah yang datang dari sumber , dikir barat ini adalah saduran dari permainan tarian yang dipanggil 'Tarian patung Inai' yang begitu digemari masyarakat Siam dan Kelantan pda tahun-tahun 1800 hingga tahun 1940an apabila Pak leh Tapang atau nama sebenarnya Hj Salleh mengubahkanya menjadi dikir barat.

Tarian Patung Inai dipersembahkan dalam majlis perkahwinan yang mana seorang Juara (Tok Jora) menyanyikan lagu dan disambut oleh awok-awok secara beramai-ramai sambil menyaksikan orang-orang menari mengikut nyanyian dan paluan rebana dua muka (rebab atau ada dipanggil rebana Sunda) dan gong besar sahaja. Tarian ini menjadi aktiviti tetap pada setiap majlis perkahwinan yang dihadiri penduduk kampung.

Dikir Barat juga ada kaitannya dengan Dikir Laba atau dipanggil Dikir Punjab Dikir Punjab ini dipersembahkan dalam bahasa Punjab (Hindustan) atau Bahasa Arab dan berkait rapat dengan Qawwali, sejenis budaya orang India yang begitu popular. Dalam Dikir Laba, awok-awoknya mengikut rentak dengan mengibarkan kipas dan menggerakkan badan serta melaungkan suara sehingga tahap menjerit, tetapi jeritannya mestilah dengan suara yang keras dan tidak 'pecah'. Dikir Punjab atau Qawwali pula mempunyai awok-awok yang bernyanyi secara berlutut dan menepuk mengikut pergerakkan pergelangan tangan.

Apa yang jelas adalah jenis-jenis dikir yang ada hanya mempunyai peranan juara sahaja, walaupun juara itu bergilir-gilir.

Pada tahun 1948, pelopor seni dikir barat Pak Leh Tapang, mengubah cara permainan Patung Inai dan diselitkan unsur Dikir Laba dan Dikir Punjab untuk dijadikan Dikir Barat. Perkataan Barat ini timbul kerana orang-orang Kelantan atau orang-orang yang tinggal di Selatan Siam digelar orang sebelah barat dan dikir yang dimainkan dipanggil dikir barat.




UNTUK DOWNLOAD IKUT ARAHAN YANG TELAH ARAHAN.....
JANGAN SESEKALI TIDAK MENGIKUTI ARAHAN..
TEMPOH DOWNLOAD ADALAH TERHAD..

DOWNLOAD : BUAT BAIK BERPADA2


DOWNLOAD : BANGKIT ASAL


DOWNLOAD : ANAK TUPAI

0 comments: