Nuffnang

Wednesday, December 12, 2012

Jangan Suka Aib Kan Kawan


Situasi mcm dlm komik di atas mmg akan berlaku didlm organisasi/tempat kerja.. Mungkin korang sendiri sedar atau tidak sedari.
 Situasi macam ni membuatkan diri kita rasa tidak selesa untuk kerja..

Stress sesangat bila berlaku keadaan mcm ni..bila orang cakap belakang kita sebarkan aib kita.
Keadaan ni yang berlaku kat unit aku ni..Keadaan ni biasa berlaku, biasanya keadaan ni berlaku disebabkan tidak puashati/irihati terhadap seseorang.

Keadaan ni berlaku mgkin di sebab kan sorang ajer yang buat hal tapi boleh menyebabkan keadaan kurang selesa sebab penyebaran keburukan kita seluruh seantero..

Orang yang tidak berpuas akan mencari kelemahan/keburukan kita untuk memalukan dan menjatuhkan kita tanpa kita sedari .Biasanya orang mencari kesalahan orang ni biasa dia lagi teruk dari kita.

Keadaan ni akan memuncak apabila hujung tahun. sesiapa yang dengan bekerja badan kerajaan akan tau keadaan masa ni. orang nak jatuhkan kita depan majikan/bos untuk menunjukkan diri beliau terbaik dan terhebat membuat kerja..

Keadaan ni melemaskan bila memikirkan bila kita difitnah dengan  bermacam2. Pada masa ni juga berbagai cerita akan timbul . Topic pasal duit haram, tidak buat kerja, giliran lebih masa tidak adil, kerja tidak profesional, mengular.

Timbul satu lagi keadaan sistem kipas bos, keadaan ni yang selalu berlaku..Sampai bila lah kehidupan nak aman kalau dapat pujian dari kipas bos. Bukan nya kita selalu leh duk atas pun. Bos pun bijak menentukan/menilai baik buruk pekerjanya . Aku rasa tak payah sangatlah nak kipas bos.

Orang cakap rezeki memasing, halal haram tu biar lah Allah SWT tentukan, xyah lah nak jadi alim sangat nak tentukan halal haram orang lain..Tengok diri kita dulu sebelum kita nak tengok orang lain  baik kah kita? halal x gaji kita ni?....Pikirkan pikirkan...

Bukannya sengaja ku mengungkit
Tapi kau sengaja yang membangkit
Akulah teman di kala susah
Akulah teman pengubat resah
Bukannya sengaja ku mengungkit
Tapi kau sengaja yang membangkit
Akulah tempat engkau mengadu
Dan akulah juga yang tertipu
Lihat pada rupa
Tak mungkin percaya
Tersusun gerak geri dan bicara

P/s: Lirik lagu ni ...



4 comments:

Fauzan_Haziq said...

sbb x bercermin la aib sendiri die x nampak..

nooradila hassan said...

mohon share artikal tuan yer..

nooradila hassan said...

mohohn share artikal tuan yer..10q

nooradila hassan said...

mohon share artikal tuan yer..