Adakah dirimu hanya kawan atau sahabatku?
Adakah dirimu hanya kawan atau sahabatku?
Terdapat perbezaan di antara kawan dan sahabat?
Pertama, kawan adalah seorang yang namanya
kau ketahui, yang kau lihat berkali-kali, yang
dengannya mungkin kau miliki persamaan, dan
kau berasa gembira bersamanya. Ia adalah orang
yang dapat kau undang ke rumahmu dan
dengannya kau bergurau. Namun, kau tidak akan
memberikan hidupmu kepada mereka kerana
kadang-kala tindakan-tindakan mereka tidak
dimengerti kerana kau kurang mengenali mereka.
Sebaliknya, seorang sahabat adalah seseorang
yang kau cintai ? bukan kerana kau jatuh cinta
padanya, namun kau mengambil-berat tentang
dirinya, dan kau memikirkannya ketika dia tiada di
sisi mu. Sahabat adalah orang yang kau ingat
ketika kau melihat sesuatu yang mereka sukai
kerana kau amat mengenali mereka. Mereka
adalah orang yang gambarnya kau miliki dan
wajahnya selalu di dalam benakmu. Mereka
adalah orang yang kau lihat dalam fikiran mu
ketika kau mendengar lagu kerana mereka
membuat dirimu berdiri untuk menghampiri
mereka, mungkin mereka pernah memijak jari
kakimu atau sekadar menempatkan kepala
mereka di bahumu. Mereka adalah orang-orang
yang diantaranya kau merasa tenang karena kau
tahu mereka mengambil berat terhadapmu.
Mereka menelefon hanya untuk mengetahui apa
khabarmu, kerana sahabat sesungguhnya tidak
mengharapkan suatu alasanpun. Mereka berkata
benar - pertama kali - dan kau melakukan hal yang
sama. Kau tahu bahwa jika kau memiliki masalah,
mereka akan bersedia mendengar. Mereka adalah
orang-orang yang tidak akan menertawakanmu
atau menyakitimu, dan jika mereka benar-benar
menyakitimu, mereka akan berusaha keras untuk
memperbaikinya. Mereka adalah orang-orang yang
kau cintai dengan sedar ataupun tidak. Mereka
adalah orang-orang dengan siapa kau menangis.
Mereka adalah orang-orang yang pada saat kau
peluk, kau tak akan berfikir berapa lama memeluk
dan siapa yang harus lebih dahulu mengakhiri.
Mungkin mereka adalah orang yang memegang
cincin pernikahanmu, atau orang yang
menghantarkan atau mengiringmu pada saat
pernikahanmu, atau mungkin adalah orang yang
kau nikahi.
Habis mana sahabat ku dan kawan ku??
SELEPAS BERTAHUN
-
*YEY!!!!!! DAH DAPAT BALIK EMAIL & PASSWORD BLOG!! BOLEH START BLOGGING
BALIK.... *
7 years ago
1 comments:
???????
Post a Comment