Nuffnang

Tuesday, September 26, 2006

FADILAT SOLAT TERAWIH

FADILAT SOLAT TERAWIH

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan . . .

Malam 1
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)

Malam 3
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14
datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16
Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18
Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

Monday, September 18, 2006

Kampung Parit _ _

1/9/2006 Cukup dah 2 tahun aku tinggal kat Johor, banyak pengalaman pahit manis aku tempuhi. Dan banyak dugaan juga aku alami...Tapi sini lah aku jd perantau dan tak tahu sampai bila aku akan tinggal disini...Kalau diberi peluang aku nak ke tanah tumpah darah ku...har har balik kampung eh...

Kat atas tu gambar kampung aku disini..aku kat sini duk kg, jd banyak lagi tempat2 yang cantik..umah tu adalah umah yang ke 3, selama ni aku berpindah randah..dari kampung ke kampung utk cari keselesaan sekarang umah kat kg tu paling lama...dah setahun aku tinggal kat kg parit ---- .Kmpung tu dekat dengan tempat kerja pastu kemudahan pun banyak juga kat situ...beberapa bulan yg lepas aku hampir berpindah juga tapi sebab banyak benda aku kena pikir jd aku tak jadi pindah...

Puasa 2/4 hari lagi, kat sini kali ke 3 aku berpuasa..adus risau juga, planning tak buat lagi...xtahu lah nak sahur ngan buka ni...dah lama aku tak puasa ngan keluarga sejak aku habis spm ...rasanya tak pernah aku bpuasa bersama keluarga, semuanya puasa tempat org..sedihnya...sekarang ni aku dah lali dah....walaubagaimana pun aku kena tempuhi juga...semua tu kewajipan...

Aper2 pun aku nak ucapkan selamat berpuasa kat semua semoga tahun puasa penuhnya....tarawih jangan tinggal...aku harap tawawih tahun aku nak penuh xnak miss...IsyaALLAH....

Friday, September 15, 2006

Jaga Buah Pinggang

Photobucket - Video and Image Hosting



Semalam gi karnival kesihatan kat Tempat aku kerja ni...Check buah pingang saja lama tak check kesihatan sebab aku jenis susah nak pi hospital...kalau aku sakit pun aku hanya pi klinik ajer tu pun aku malas nak jupa doktor...nak mintak ubat ajer...
Tapi semalam sebab kawan aku ajak aku pi eh....berdebar juga masa nak test air kencing...mici cakap buah pingang aku cantik.....tapisan okies lagi....Alhamdulilah lepas....

Lepas check air kencing pi check tekanan darah....tekanan darah pun okies 110/80 mmHg...tapi mici masih suh aku jaga juga....Last sekali timbang berat dan tinggi....yang aku terlebih sikit....BMI dah termasuk over weight tapi tu skit ajer....tu pun mici cakap kena berjaga2 eh....
Sayang sebab aku datang lewat aku tak sempat nak buat kandungan gula dlm darah....tapi tak perlah janji aku sihat ni.....

Lepas sudah semua tu...kena pi tujuk kat doktor plk..dgr ulasan dari dia......yg aku bengang dia leh tersilap tanda yang ada penyakit kencing manis dan darah tinggi tu....tapi thank kat mici mici kat situ bebaik ajer layan aku ni..hahahahahahha...Doktor tu pesan kat aku suh turun skit berat badan dan jangan makan berlemak....sebab dia cakap kat aku kemungkinan genetik aku leh dapat penyakit kencing manis dan darah tinggi sebab ma dan ayah aku ada penyakit tu ....dia cakap 5% risiko aku dapat penyakit tu walaupun aku jaga pun.....tapi nak wak mcm mana terima ajer....

Wednesday, September 13, 2006

Bunga



















Semalam pening kepala sebab kerja....memacam halangan dugaan aku hadapi kekadang aku putus asa juga.....aku ngan kerja aku xder masalah sebenarnya cuma persekitaran ajer yang tak sesuai ngan aku...xtahu ler nak cakap ...mungkin nak kena kerja kat tempat sendiri kut baru sesuai ngan jiwa...duk sini semua segalanya berubah ...susah nak aku ceritakan.....Hanya Allah tahu segalanya.....Tapi pepagi ni happy ler juga dapat bunga orang bagi....hahahaaaha....
Semalam mcm xsihat ajer...kalu ambik MC boring juga duk umah xtahu nak pi mana...kerja ajer eh....nasib...nasib....

Siapa tahu makna sebalik Warna bunga.......

Kuiz 30%

Monday, September 11, 2006

Bajet Bulanan

Peruntukan Bulanan



  1. Peruntukan Makan Minum 20%
  2. Peruntukan Cuti Cuti Malaysia 20%
  3. Peruntukan Kenderaan 30%
  4. Peruntukan Perumahan 10%
  5. Peruntukan Keluarga 10%
  6. Peruntukan Simpanan 5%
  7. Peruntukan Lelain 5%

Jumlah 100%

Tuesday, September 05, 2006

Kenariah Vs Jebon

Merdeka dah lepas....

Aper lagi ek nak setel bulan ni....

Minyak Hitam utk bini aku kena tukar ni.....kenariah..(biasa dah berkahwin ngan kenariah kena jaga ler)...
setakat ni dia tak bagi masalah kat aku lagi...jasa dia kat aku pun masih sedikit cuma berapa kali ajer teman aku balik kg...tapi dah kira besar juga tapi sekarang ni kenariah cepat haus ler ..dah ler minuman dia mahal sejak Perdana Menteri baru...dgr katanya PM nak naikkan lagi....Mati ler aku nak kena sara bulanan kenariah lagi....gaji dah ler ciput ajer...kalau mikir mmg xsempat...bulan 11 ni kena bayar insuran nyawa kenariah..xbayar terputus lah cinta ku kepada kenariah..kekadang Jebon cemburu ngan kenariah sebab aku layan dia lebih....seminggu sekali lak tu aku basuh belai dia..kkadang aku tak bagi masa pun kat Jebon..aku guna masa memerlukan ajer....
Tapi Jebon tu penting juga kat aku sejak minuman Jebon dan kenariah dah naik...aku bw kenariah masa nak jejalan jejauh ajer...sebab kenariah leh bagi pelindungan kat aku...tapi aku ngaku aku lebih sayang kat kenariah...Aku sekarang tgh usaha nak masuk kenariah dlm spa bagi dia cantik tapi duit dah kurang...aku tgk kenariah dah mcm biasa ajer..xder perubahan langsung..hari tu ajer..aku bagi pelindung cahaya matahari kat dia..takut dia panas ajer..
Kenariah oh kenariah..
Cinta aku tak kan padam buat mu..
korang nak tgk bini aku tak..
korang jangan kutuk lak ..
kalau dia tak cantik yaa..
Gambar Jebon xder lah plk nak letak..
lain kali aku letak yaaaaa...


Photobucket - Video and Image Hosting

Friday, September 01, 2006

MaLaM MeRdEkA

Photobucket - Video and Image Hosting