Nuffnang

Tuesday, March 31, 2009

Bertunang

Hahahaha..tgk tajuk mcm aku ajer nak bertunang sebenarnya tak sama sekali...Saja nak bagi tau kawan aku dah beetunang dan akan bakal kahwin...Dan ada yang dah kahwin dah dapat baby juga ada kekawan yang mengalami keguguran..bersabar lah tak der rezeki lagi...

Yang menjadikan isu sekarang ni..asik dgr cerita org ajer nak bertunang nak kahwin ..aku bila lagi ni...hahahhahaha.....Jawapan akan diketahui bila sampai masa nya...hahhahahha..Tolong doakan utk aku ya...



Ni nite dah bertunang bulan 2 hri tu ....tahniah tahniah.... 
Hah..ni minah london xder lah ni Datin Zara Che Aziz nak kahwin upaya...dh lama hdup berbujang akhir bulan 6 ni nak kahwin daa.....Tapi dia dah siap semua barangan kahwin bersemangat gila...Asik cerita kat aku banyak bertol duit dia habiskan utk beli barangan nak kahwin...Saja dia ajer nak bagi aku naik semangat cepat cepat kahwin....Tapi xkisah eh, org cakap hero dop gaduss..

Monday, March 30, 2009

Sakit nya Kaki Ku


Ni bukan nak menujuk kaki ni, wawawa kaki aku sakit...Tolong tolong

Blog

Blog Chik Allie

Sebelum ni, aku xtahu pun yang sepupu aku ni ada blog, dlm diam diam ada rupanya...Org yang maksudkan dlm gambar diatas bukan yang laki berkulit hitam tu..Yang perempuan tu, gambar tu masa dia pi london...bestnya...dia pi sana pun sebab nak g superviser nak sambung belajar dan Cari universiti sambil melancong eh....Dia duk sebelah umah aku ajer....Blog dia kebanyakkan menggunakan english mmg pattlah dia guna english dia pensyarah english..hahaahh..aku pasni aku nak dlm bahasa org puteh juga eh..hahhahaha..aku rasa huru hara, guna bahasa melayu pun dah berbelit2 guna english lagi eh....

Blog Tok Guru Nik Aziz

Gambar Tok Guru ni tak der lah mengena ngan sepupu aku kat atas cuma info ajer...Rupanya Tok guru Nik Aziz pun ada membina blog pasni dapat lawan Chedet eh

Thursday, March 26, 2009

Under Construction

Friday, March 06, 2009

Al-Fatihah Untuk Nenek Ku


Sudah lama mak aka nenek aku sakit tua, pada 27/02/2009 Puk 12.15 khamis malam jumaat beliau menghembuskan nafas yang terakhir bersama anak anaknya...Sampai juga hajatnya nak pergi pada malam jumaat. Dan mak aku juga pergi dengan senang...Dari cerita ma dan saudara aku, malam tu dia nak masukkan air dlm badan mgkin dia dah rasa xsedap badan. Masa tu semua anak anak arwah mak aku dah berkumpul sebab dia menujukkan sesuatu yang ganjil. Dia dah xmakan sirih dia berhenti..Jadi malam nya mak ayah aku bw lah mak aku g hospital nak tambah air..masa arwah nak g hospital beliau leh jejalan dgn sihat xyah dipimpin dah...Org lain xsyak malam tu..balik ajer hospital xlama kemudian dia nampak penat sangat puk 12.15 tgh malam dia hembuskan dengan tenang sekali..Masa aku kat sini aku baru ajer balik dr minum dengan kekawan aku..balik ajer dari minum aku terus masuk tidur sebab aku demam hari tu sempat makan ubat panadol..Baru ajer nak tutup mata, ayah aku call aku dah syak dah mmg berita tu dia akan sampaikan, sebab seblum ni bapak aku xpernah call aku puk 12 malam ni... dapat tahu ajer aku tanpa berfikir panjang, aku capai ajer baju dan seluar terus ke umah kawan aku. Nak suh dia teman aku ajer, aku risau juga drive sorang tgh malam ni...mujur lah kawan aku ni okies dia leh temankan...Aku drive gila gila eh 130 dan 140 kalau boleh nak sampai sebelum dia kebumikan..Ayah aku cakap nak kebumikan  pas solat jumaat InsyaAllah sempat..Kalau kira2 mmg sempat eh 10 jam, Alhamdulilah aku sampai lagi awal puk 9.00 pagi aku dah sampai sempat eh sebab kebumiannya di ubah pada puk 12 tgh hari..Tu sbb salah sorang ahli keluarga aku suh percepatkan padahal masih ramai lagi anak cucu arwah mak aku dlm perjalanan.......... agak tegang juga masa tu sebab dipercepatkan masa tu....tapi malas nak bergaduhkan ikut ajer lah....Aku malas nak masuk campur ni...sebab diaorang lagi tua dan arif bab bab mcm ni..(tapi aku ada juga tak puashati ngan sepupu aku tu)...

Alhamdulilah puk 12.30 arwah mak selesai di kebumikan....Pas kebumikan terus g solat jumaat past jumaat tu ramai cucu cicit arwah baru sampai ..xsempat juga eh nak tgk.....masa ni ajer saudara mara aku dapat berkumpul buat tahlil arwah..Semoga arwah nenek aku aman di sana...

Al fatihah untuk Maryam binti Hassan