Nuffnang

Thursday, April 23, 2009

Jodoh

Sahabat,

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya. Ia 

bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya 

jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya 

singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 

tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk 

membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu 

dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar. 



Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk 

lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan 

biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman 

kemudian nanti. 



Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu 

sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita 


benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama 

masalah. 



Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati 

kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah 

memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil 

pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) 

terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi 

jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar 

berlipat ganda. 



Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal 

mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, 

alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti 

itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang 

motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di 

tgh2 bandar raya. 



Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. 

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, 

pasti ada baik buruknya. 



Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, 

sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di 

samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai 


org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. 



Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam 

berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan 

hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut 

banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa 

seterusnya jambatan ke neraka? 



Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya 

mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada 

yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? 



Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. 

Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, 

belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah 

anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab 

kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah 

melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut 

tatkala cuba mendaki naik. 



Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. 



Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya 

gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan 

syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan 

insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. 



Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana 

perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba 

masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka 

lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. " 





Seorang teman pernah berpesan.. 



"Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. 

Dia datangkan petir dan kilat.. 

kita menangis dan tertanya-tanya, 

kemana hilangnya sinar.. 

Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." " 



`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas 

kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. 

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang 

lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...` 

16 comments:

Wan Sajidah Ahmad Saburi said...

bestnyer petikan nie...:)

dav_perantau said...

Org yang betul betul faham akan rasa petikan tu best sesangat..hihihihih...sudah bersedia jadi isteri dan ibu?

enomatsensei said...

guano en.apis...semnjak duo menjak ni byk topic dio pasal nikoh jah...ahaks..touching la byk hok ni..huhu

dav_perantau said...

aku bagi semangat kau mu suh nikah cepat cepat start bulan depan musim nikah akan bermula jadi kita buka eh topic nikah...kongsi pengalaman katakan...
rasa tercabar dop?

Wan Sajidah Ahmad Saburi said...

hahahaha soalan yg sggh mencabar jiwa n raga en hafiz oit!stkt nie baru bersedia menjadi isteri..tp isteri yg x fully perfect!coz x suka masak!!!!!unt jd ibu???owh tidak...ibu blm lg..heheheh

dav_perantau said...

terasa tak petapa berat nya bebanan tu?

Wan Sajidah Ahmad Saburi said...

sggggtttttlah berat ok!

dav_perantau said...

betul tak kalau skrg saya katakan awak memcm menda dipikirkan.....di dtg tanpa diundang....sabar ajer eh...layan ajer...seronak nnti gerenti eh best bila tgk kekawan, saudara mara dtg masa majlis awak nnti...hihihi

Wan Sajidah Ahmad Saburi said...

ya allah anak sapo lah nie...hehehe bijak sggh!nanti dtg tau!:D dtg bwk 'pasangan' anda..hahahaha..bkk ar ym..org xleh gtalk!

GreaTeacher said...

tercabar la jugok,..tp nok wak gano...doh jodoh xdok lg..huk3

dav_perantau said...

InsyaAllah saya tgh mencuba hadir...kalau saya tak dapat dtg jangan marah lak...hihihihihi..ym sini bengong eh..sejak dr td duk loading ajer...

dav_perantau said...

wowowowo..mino ada blog doss..dah siap tukar nama lagi tu...sabar mino jodoh tu....dlm artikel ada ayat best utk mu "Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba

masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka

lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

GreaTeacher said...

huhu..lamo doh ado blog tu...tp xajin update..xkretif macm awok la...haha...
jodoh...jodoh..jodoh...
so complicated...

dav_perantau said...

mu org nak mu xser jual mahal....
org xser mu nak plk....
mu jah jadikan jodoh...
so complicated...

GreaTeacher said...

mano ado..
erm..sapo nok kat aku? huk3

dav_perantau said...

ada mu citer ko aku hari? xkan dop ingat...mu xser ko?