Nuffnang

Friday, October 21, 2011

Berbaloikah Perhubungan Jarak Jauh?

Suami Isteri: Berbaloikah Perhubungan Jarak Jauh?
Rasa untuk bernikah adalah fitrah yang ALLAH datangkan dalam diri setiap hambaNYA. Manusia merindukan kasih sayang hidup berpasangan. Kita menginginkan kemesraan dan kebahagiaan melingkari kehidupan bila mana kita memilih untuk bernikah.

Namun situasi hari ini, suami dan isteri kadang-kadang menghadapi dilema perpisahan - perhubungan jarak jauh - kerana tuntutan kerjaya. Berjumpa sebulan sekali atau dua kali. Atau jarang sekali.

Si isteri bekerja di negeri atau negara lain dengan gaji yang selesa. Si suami juga berada di tempat kerja lain, yang mungkin juga di kampung halaman sendiri yang menjadi keselesaan dan keutamaan.

Lalu apakah nilai pernikahan jika dihambat perpisahan dan kejauhan?

Suami mengharapkan belaian cinta kasih isteri, yang dulunya haram.. kini setelah halal bermesra-mesra , namun berjauhan pula?

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~• ♥•~•♥•~~•♥•~•♥~•♥•~•♥•~~•♥•~•

Isteri berharap suami menjadi teman cinta yang melindungi dan menjaga dirinya dalam pelbagai perkara, namun suami jauh terpisah oleh sempadan negeri dan negara?

:: Rezeki dan ekonomi ::

Pandangan peribadi saya, isteri lah yang wajar mengikut jejak suami, walau di bumi mana sekalipun suami bertugas. Apatah lagi, jika ia adalah permintaan suami, maka isteri wajib berusaha untuk taat dan melepaskan kerjayanya. (Namun ada kerjaya tertentu seperti tentera, kelasi dll yang pastinya tidak memungkinkan isteri mengikut suami).

Kewajipan untuk taat dan mengikut suami bukanlah syariat ALLAH yang zalim. Maha Suci Allah dari semua itu. ALLAH sebaik-baik penyusun kehidupan, maka kita bersangka baik bahawa semua sistem dan peraturan yang ALLAH letakkan antara suami dan isteri adalah untuk memelihara kehidupan bekeluarga.

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~• ♥•~•♥•~~•♥•~•♥~•♥•~•♥•~~•♥•~•

Kalau berhenti kerja, atau bertukar kerja.. akan memberi kesan kepada gaji dan pendapatan?

Usah bimbang, yakinlah ALLAH adalah pemberi rezeki yang sempurna. ALLAH menyusun setepat-tepatnya rezeki buat kita semua – suami, isteri, anak-anak, ibu bapa hatta setiap manusia itu ALLAH telah tetapkan rezekinya.

Kita hanya perlu berusaha pada kadar yang kita mampu.

Jika suami meminta isteri berhenti kerja, suami juga menyatakan kemampuan menanggung isteri sepenuhnya, subhanallah..inilah yang terbaik. Terbaik kerana terungkap dalam firman ALLAH, bahawa lelaki itu yang seharusnya menyara kehidupan seorang isteri.

Maka dengan keringat suami bekerja, akan cukup makan minum dan pakai seorang isteri. Punya tempat berteduh. Punya kenderaan yang boleh membawa suami dan isteri ke mana-mana.

Namun harus diingat, gaji suami tak akan pernah cukup untuk isteri yang ‘high maintenance’.. banyak keinginan material dan punya nafsu shopping atau berbelanja yang tinggi..

Selain itu, benar sekali kata-kata yang biasa didengar “anak itu rezeki..”.

Ya, ALLAH jua telah tetapkan ada rezeki untuk anak-anak itu, kita hanya berusaha mencarinya dengan cara yang terbaik, bukan dengan cara yang boleh mengancam hubungan suami isteri.

Mak ayah kita orang susah…?

Bantulah ibu dan ayah mengikut kemampuan kita..dan sebenarnya, adakah ibu dan ayah hanya perlu pada duit dan sumbangan material kita?

Tak. Maka jangan disempitkan erti memberi dan berbakti pada ibu dan ayah.

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~• ♥•~•♥•~~•♥•~•♥~•♥•~•♥•~~•♥•~•

Sesungguhnya ibu bapa memerlukan anak yang soleh itu lebih dari segala-galanya.

Anak yang soleh, mendoakan keselamatan dan kebahagiaan ibu ayah di dunia dan akhirat. Apatah lagi jika ibu dan ayah semakin tua, anak-anak terlebih lagi perlu mengingatkan ibu dan ayah kepada dunia yang akan habis dan ditinggalkan.

Berharganya pemberian anak-anak bukan pada nilai ringgit malaysia dua ratus atau dua ribu sebulan, tapi pada keikhlasan dan istiqamah dalam menghulurkan. Ini yang menjadi nilaian ALLAH.

Anak yang soleh adalah anak yang bertaqwa. Bukankah ALLAh telah berjanji, akan sentiasa ada rezeki buat hamba-hambaNya yang bertaqwa?

Dan bertaqwa itu datangnya dari ilmu. Maka suami dan isteri usahakan mencari ilmu agama dan dunia dengan seimbang. Dalam sibuk mencari rezeki, usahakan ke kelas agama- belajar Al Quran dan Hadis, belajarlah ilmu-ilmu ALLAh yang memandu kita kepada kebahagiaan sebenar.

Supaya kemudian, bila ilmu dan taqwa menjadi bekal diri… hati merasa lapang, lagi merasa cukup dengan pendapatan bulanan. Mampu menjadi suami dan isteri yang bahagia bersyukur dengan rezeki ALLAH.

Dan yang penting juga, perlu memiliki pengurusan kewangan yang baik. Selain belanja kita suami isteri, hutang-hutang, bil-bil, sewa rumah dan kereta, jangan lupa masukkan dalam bajet bulan – sumbangan atau sedekah kita pada ibu ayah, adik beradik dan ahli keluarga terdekat. Boleh juga disediakan bajet untuk sedekah pada insan-insan yang memerlukan.

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~• ♥•~•♥•~~•♥•~•♥~•♥•~•♥•~~•♥•~•

Setelah mengatur kewangan dengan baik, setelah berusaha dan berdoa pada ALLAH agar dilapangkan rezeki…apakah masih tidak cukup gaji bulanan..?

Ayuh muhasabah harta benda yang dimiliki..Mungkin ada di sana sini yang kita berbelanja mengikut nafsu..

Berapa almari pakaian kita? Berapa banyak handbag kita? Berapa pasang kasut yang kita miliki? Jam tangan, handphone, alat make-up, perhiasan diri dan rumah… semua ini dibolehkan namun bersederhanalah…

:: Duduk jauh vs duduk sekali ::

Setelah duduk satu rumah, hari-hari bertemu muka… awal-awalnya kalian merasakan kebahagiaan hidup berdua. Saling memanjai, saling berkasih sayang, segala aktiviti terasa ‘sweet’ dan indah.

Dalam masa yang sama, berhati-hatilah dengan tipudaya syaitan. Syaitan telah bersumpah di hadapan ALLAH untuk memecahbelahkan kasih sayang dan persaudaraan. Rasul SAW juga mengungkap dalam hadisnya bahawa syaitan sentiasa bersama kita dalam setiap keadaan , dan mudah mempengaruhi bila kita lupakan ALLAH.

Dan syaitan yang paling hebat mendapat pengiktirafan di kalangan ‘geng’ mereka adalah, syaitan yang berjaya memisah-misahkan suami isteri..

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~• ♥•~•♥•~~•♥•~•♥~•♥•~•♥•~~•♥•~•

“Dulu masa bercinta ok je? Dulu masa duduk jauh ok je? Kenapa sekarang macam banyak je yang tak kena.. Asyik nak bergaduh…”

Saat berjauhan, hati sering merindu. Ada rasa teruja dan bersemangat menanti pertemuan saban minggu atau saban bulan. Hati dan diri berusaha memberi yang terbaik pada pasangan.

Namun bila duduk satu rumah, semakin banyak perkara yang dihadapi bersama, pastinya suasana menjadi lain. Apatah lagi perasaan cinta selepas bernikah, sukar untuk terus segar seiring dengan masa.

Percayalah..semua pasangan akan berkonflik untuk fasa membangunkan keserasian dan kefahaman.

Jadi harus positif, bersedia untuk belajar dan berubah. Kebahagiaan dalam pernikahan tidak subur dengan sendirinya, perlu konsisten berbuat baik, perlu bermujahadah untuk berakhlak baik, perlu ikhlas… mencintai dan melayani suami dan isteri kerana benar-benar inginkan redha tuhan.

Jika tidak ikhlas mencintai manusia kerana ALLAH , hati terasa sakit mencintai manusia. Tanpa ALLAH di hati, hati tak mampu memaafkan.

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~• ♥•~•♥•~~•♥•~•♥~•♥•~•♥•~~•♥•~•

Ujian bakal menerpa silih berganti. Ujian kewangan, ujian mertua dan ipar duai, ujian hubungan seksual, ujian kerjaya, ujian komunikasi dan lain-lain lagi bentuk ujian kecil dan besar…

Malah betapa banyaknya pasangan yang rasa ‘sesak dada’ menghadapi pelbagai-bagai perbezaan yang seakan menghapuskan cinta yang pernah mekar di dalam dada. Perbezaan psikologi lelaki dan perempuan, cara bertindak, dan cara berperasaan..jika tidak berusaha difahami, isteri semakin bosan dengan gelagat suami, suami semakin bosan juga dengan kerenah isteri..

Juga cara berpenampilan, cara makan dan minum, cara tidur, cara mengemas, cara menjaga kebersihan, cara bersosial, cara mendidik anak, cara bershopping… salah satunya atau kebanyakkan perkara ini jika tak ditangani dengan baik menjadikan hati-hati kita kecewa dengan pernikahan.

Malah jika semua bentuk-bentuk ujian ini tidak dihadapi dengan emosi dan pemikiran yang matang, bersedialah anda untuk bercerai selepas dua tiga tahun usia pernikahan..

Perkongsian ini bukan untuk menakutkan, tapi dari pengalaman isteri-isteri /jua suami-suami yang berkongsi permasalahan.

Ayuh belajar berkomunikasi dengan baik dalam hubungan pernikahan yang dijalin ALLAH ini. Ungkapkan terima kasih dan penghargaan atas perkara kecil dan besar yang dilakukan pasangan. Nyatakan ketidakpuasan hati jua teguran dengan hikmah dan bijak. Saling menasihati dengan kesabaran dan kasih sayang..

Oleh itu, andai diri bersedia untuk duduk dekat dan serumah dengan suami, bersedialah mental dan fizikal untuk melaksanakan kewajipan sebagai isteri, sebaiknya dan seikhlasnya.

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~• ♥•~•♥•~~•♥•~•♥~•♥•~•♥•~~•♥•~•

Bagi yang bujang, ada yang sering merasa ‘kecederaan hati’ melihat kebahagiaan pasangan yang gambar bahagia terpapar di mana-mana blog atau forum maya, namun realitinya.. di sebalik gambar-gambar dan wajah-wajah bahagia itu, ada pasangan suami isteri itu yang lebih ‘tercedera’ lagi hati mereka dengan sikap pasangan dan situasi rumahtangga yang diuji.

:: Isteri sebagai pencorak rumahtangga – jatuh bangun rumahtangga banyak ditentukan oleh isteri ::

Dalam sebuah buku yang saya baca, jatuh bangun sesebuah rumahtangga banyak ditentukan oleh peranan isteri dan ibu. Kejayaan dan kegagalan seorang suami juga ada pengaruh besar dari isteri. Maka atas sebab itulah, saya memberi pandangan bahawa yang terbaik adalah isteri menjadi isteri dan ibu sepenuh masa. Tanpa perlu bekerja pada mana-mana majikan lain.

Cukuplah ALLAH dan suami menjadi majikan. Isteri dan ibu fokus pada membina keluarga yang menjadi tempat berteduh yang nyaman dan harmoni buat suami dan anak-anak. [Dalam masa yang sama, ada pertimbangan-pertimbangan lain yang kita bersetuju bilamana isteri terpaksa bekerja.]

Suami akan tenang bekerja, dan kuat menghadapi tanggungjawab lain di luar rumah dengan adanya isteri di rumah yang juga tenang dan kuat. Tenang lagi menenangkan. Isteri yang berilmu dan beriman. Isteri yang hatinya luas dengan kasih sayang, sabar dan bijak menghadapi suami yang stress dengan kerjaya dan ujian lain. Isteri yang cekap menguruskan kerja-kerja rumahtangga dan berhemah menguruskan belanjawan rumahtangga.

Namun bila bekerja, isteri seakan telah habis emosinya di tempat kerja, dengan bebanan kerja yang meragut senyuman dan ketenangan hati seorang isteri dan ibu. Pulang ke rumah, suami dan anak-anak tidak punya wajah teduh seorang isteri dan ibu, kerana ibu juga pulang bekerja dengan rasa kepenatan mengejar dateline dan seribu satu tugasan di tempat kerja.

Pada wanita yang terpaksa bekerja, moga ALLAH membantu meringankan beban kalian menghadapi tanggungjawab mencari rezeki..moga ada jalan keluar untuk masalah ekonomi yang tak kunjung sudah..

“Bosannya duduk rumah…”

Bosan akan kadang-kadang menimpa, bukan sekadar pada isteri yang duduk di rumah, mereka yang di tempat kerja juga kadang-kadang merasa bosan dan malas dengan rutin kerja seharian..

Ya, harus saya akui kadang-kadang hadir rasa bosan tinggal di rumah bersama anak dan melakukan kerja-kerja rumah, namun itu adalah perasaan yang sangat manusiawi. Maka saya mencari aktiviti-aktiviti pelbagai yang boleh dilakukan di dalam dan luar rumah, selagi dalam batas syariat ALLAH, agar kita dapat menjaga semangat dan keikhlasan dalam berkhidmat untuk keluarga..

Malah dengan adanya dunia tanpa sempadaan di alam maya, maka pelbagai bisnes dan aktiviti yang boleh mendatangkan keuntungan di lakukan secara online. Belajarlah ilmu ini dari yang telah berjaya melakukan.

Jangan sekadar menghabiskan jam-jam yang bayak depan internet, hanya sembang kosong, bergosip ..namun jadikan kemudahan internet sebagai ruang untuk menambah pendapatan, menambah ilmu agama dan dunia, untuk mempertingkat kualiti diri sebagai manusia melalui laman-laman web yang membina.

Penghilang bosan yang utama adalah mengingatkan diri kita hakikat kehidupan. Kita dalam perjalanan pulang bertemu tuhan..kalau bosan, tidak boleh berlama-lama. Kalau sedih, usah larut panjang berjela. Kalau marah, tahanlah semampunya, maafkanlah semua..Mintalah maaf dari orang yang kita lukai, mohonlah ampun pada ALLAH..

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~• ♥•~•♥•~~•♥•~•♥~•♥•~•♥•~~•♥•~•

Kuatkan hati, bangun semula..

Bila telah memilih berhenti kerja kerana mengikut suami, jangan menyesali keputusan yang dibuat.

Berbaloikah pengorbanan kita meninggalkan kerjaya yang stabil, hanya untuk melalui ujian rumahtangga yang sebegini..?

Berbaloi insyaALLAH.. Kalian memilih berhenti kerja, kerana cinta dan niat murni memberi yang terbaik untuk suami dan keluarga, maka ALLAh akan menjaga kalian. ALLAH adalah sebaik-baik pemelihara diri kita, dan pemelihara cinta kita.

Yakinlah. Berusahalah menjadi hamba yang soleh. Berimanlah pada ketentuan tuhan.

Moga pilihan kita hari ini akan memberi makna dan nilai yang besar pada saatnya waktu bertemu tuhan.

Sekian perkongsian, moga bermanfaat~

Monday, October 17, 2011

Berpindah

Dari kehidupan bujang berpindah kehidpan berumahtangga
Dari bangunan rumah kedai berpindah  bangunan baru
Sekarang sampai masanya aku berpindah blog.....Sudah berpindah pun....Selamat tinggal hafizx.blogspot.com...

Pai pai jpa di sana.....

www.mohdrazali.com tu bukan aku punya website yaa.....

Wednesday, May 18, 2011

Poligami

Hari demi hari..masa sudah berlalu...untuk menghampiri saat ditunggu..(cewah ayat xleh nak tahan)...Tapi aku masih lagi blum melafazkan sepatutnya aku lafazkan...
Agak ssh sebenarnya untuk aku melafazkan menyatakan maaf...
Bukan aku nak putuskan talian persahabatan tapi aku ingin ptskan aper patut di putuskan...
Aku harap ia dapat memahami...andai lah poligami ni salah satu cara terbaik...aku redha...(yang ni lagi xtahan tetiba lak nak poligami...kahwin pun belum)....Maaf dan terima kasih atas segala kasih sayang yang awak bagi....Takkan ku lupakan segalanya...

Maaf atas segalanya............bkan aku ingin kan semua ni berlaku tapi keadaan telah menentukan segalanya.....

"Hbis lah aku pasni, satu batu pahat akan bergegar dgn ayat2 aku ni..."

Ni entri lepaskan bosan ajer...ada aper aper yang berkenaan lah..saja nak test menaip....

p/s : aku nekad hari ni.......cayokkk..aku leh lakukan................

Tuesday, May 10, 2011

Dunia aku sebenarnya...........

Sekarang minat terhadap photografi semakin menjadi jadi...Kekadang aku cemburu juga tgk org lain snap gambar yang amat amat cantik..Aku cepat tercabar..Aku mempunyai minat yang sama, kemahuan yang sama tapi aku xmampu melaksanakan..Aku daif tentang ilmu photografi..aku mempunyai serba kekurangan...Aku xmampu mencapai impian ku itu...

Aku tau korang pun suka tgk gambar yang cantik...tgk gmbr pemandangan, perkahwinan, gambar suka suki...Korang akan terbuai impian utk menghasilkan gmbar sperti mereka...

Andai korang tanya aku, mmg mmpunyai minat agak mendalam pasal dunia ni...Dah banyak aku menghasilkan gambar..tapi tak seprti yang mereka mereka..Baru ajer aku sedar mengapa aku xleh melakukan seperti mereka...Sebenarnya boleh kalau ada mempunyai semua kelengkapan yang diperlukan dlm dunia tersebut..Korang mesti habiskan beribu ribu untuk semua itu..Sebab tu impian aku terhalang.

Mungkin suatu hari nnti..aku mgkin impian aku tercapai...Aku berharap...........

Tuesday, April 26, 2011

Terhangat di Pasaran.....

Aku tau blog aku tgh HOT hoT hOT skrang....peningkatan kewangan nuffang aku meningkat tetiba( syukur ada juga org klikkan Iklan, pasni masuk jangan masuk saja saja ajer..rajin rajinlah klik kan kat Iklan kat bawah, atas dan tepi tu).

Ni gara2 Inspektor Sahak yang tau, tgh menyiasat ker dato?...Habis dia hebohkan kat kawan sekerjanya..Jadi Kekawan sekerja nya mgkin tgh mencari Bukti ni....Korek sampai dapat hahahahaha....Korek cepat2 sebab mana tau blog ni ditutup terus dan didelete...Huk huk huk huk....

Apa apa pun terima kasih kerana beri sokongan....tQ TQ TQ....


p/s : Tingkatkan prestasi, kurang kontroversi.......

Friday, April 08, 2011

Aku Anak Kelantan

Setiap kali ada pengundian politik mesti kecoh...habis cerita baik buruk leh dgr...Dengar berita pun dah boring...Tgk siaran semua cerita pasal sawarak (Nak mengundi besar kat sana kan)..semua bagus bagus tak ada cacat celanya..

Yang membuatkan aku hangat seboleh2 kat tv buat satu slot keburukan Negeri Kelantan hina sangatkah kami org2 Kelantan ni sebab dipimpin oleh pembangkang ni..Aku ni bukanlah jenis yang pro pasal politik..Aku xkisah siapa yang memimpin dan siapa dipimpinkannya...Aku tau pasal kebaikan dan keburukannya...

Kalau  pengundian xyah lah ada  satu isu yang memburukan pihak lain.Tujukkan kehebatan anda memasing jangan ada serangan peribadi..Rasa tak payah lah nak heboh satu dunai mengatakan KELANTAN negeri yang termiskin,
nEGERI TAK membangun
Penduduk paling ramai berpenyakit (khas diabetis-sebab makan makanan manis)
kelantan paling ramai pembuangan bayi(betul ke)
Ramai samseng (tu xsemua)
Ramai yang hisap dadah(bekalan senang kut)
Dan mcm mcm lagi..

Nampak sangat daifnya negeri kelantan..yaker kelantan ramai penduduk yang miskin  ..tujuk kat tv leh lah rumah rumah buruk...Cuba tujuk yang besar2 kalah korang yang duduk umah flat ajer..Kaya ker negeri lain..
Yalah, kelantan aku xleh nak dipertingkaikan lah makanan manis, betul ker paling ramai sambil leh buat satu slot kat berita .

Aku redha ajer aper org nak cakap...AKU BERBANGGA JADI ANAK KELANTAN. AKU BERSYUKUR DILAHIRKAN DIKELANTAN..

sudah2 lah nak menghina kelantan kita kan sesama Islam xyah payahlah nak burukkan ...Diakhirat nnti kita dihimpunkan disatu tempat yang sama..Aper salahnya negeri ni tak membangun dgn menda menda maksiat..

Bagi aku kelantan xder panggung wayang pun xper, disko lagi xyah ..tapi kelantan mmg xder peluang perkerjaan yang seckupnya..Sebab tu aku terpksa merantau...

Yang pasti xyah buat fitnah atau memburukkan sesebuah negeri.Sebab sesebuah negeri tu ada kebaikan dan keburukannya...Kita semua sama...insan yang diciptakan Oleh Yang Maha Esa...

Pikir, renung2kan dan selamat beramal...
Salam Jumaat........

Thursday, April 07, 2011

Pengkongsian Ilmu

Fuss..lemah batin ku bila mendengar nasihat/terdeguran dari orang yang tak sepatutnya memberinya..Bukan aku ni jenis xsuka mendengar nasihat cuma aku bosan gila..Kalau sekali xkisah, berulang ulang dah nak muntah aku..

Nak nasihat pasal kesihatan diri dan pemakanan kononnya..diri sendiri hancur lebur...mcm ner anak murid nak dgr kalau tok gurunya langsung xmelaksanakan...Kira pengkongsian ilmu tapi sama sama mengamalnya kut.

Yang aku xtahn bila seseorang menegur aku tapi salah dan aku perbetulan dia mudah naik angin..Dengan aku angin mcm ni..Kekadang lawak juga dia punya fakta adalah betulnya....kekadang fakta dr logik akal dia ajer...

Dia pantang pasal pemakanan dia tau, cakap ajer kalori kat makanan, semua tau..yang tinggi dan rendah..xleh makan tempe protein banyak..bagus aper protein, bila aku jawap mcm tu mula lah mcm fakta dan fatwa dia kuarkan...Kami ni dgr ajerlah...

Tadi dia tujukkan laman web kat aku kalori kat makanan (klip sini)..baguskan kawan aku ni...aku saja nak test dia..aku cakap oklah tubuh kita memerlukan kalori untuk dapatkan tenaga...kalau xmakan semua tu, hilang nikmat kita...dia xpuashati...dia email kan kat aku pasal kalori ni..banyak email dia hantar kat aku.....

Korang mesti terbayangkan kawan aku ni kurus kan..xderlah dia lebih besar dr aku...mgkin dia tgh kuruskan badan kut skrg ni...Sama sama doakan aku dan kawan aku kurus ....hehehehe

Wednesday, April 06, 2011

Jom pi Sarawak

Yeyeh.....aku baru dapat baju dr Sahabat sekerja terharu rasa bila kekawan ingat kat kita bila pi jejalan...tapi sepatutnya xyah bagi pun takpe kan..diorg nak guna banyak modal nak guna bila kat sana..
Aper pun terima kasih bebanyak...walaupun barangan xseberapa bagi aku nilai nya amat tinggi lelagi baju..Bila ajer pakai baju ni mesti ingat kat org tu..ingat sokmo...Mcm baju sepupu aku baju (sini)...tgk ajer dah ingat...(Ni bukan ayat pengampu k)..Serius aku mmg mcm tu,jadi aku simpan bebaik lah.....pakai pun selalu...

Cara ambik gambar pun sama ..hahahahhaha

Semalam aku merasmikan baju kawan aku bagi sempena dia pi sarawak..Ni lah baju pertama aku terima dr sarawak... tq tq tq....i like..

p/s: Dia ingat kita, kita ingat dia selamanya.....

Tuesday, April 05, 2011

Nasi Daun Pisang

Sambungan daripada cerita pi jejalan kat kluang...Sebab dah xboleh dah nak minum kopi kluang kawan aku ajak pi lorong india ..Katanya nak pi makan nasi daun pisang...Kedai mamak islam, percayalah yang ni HALAL. Sebab aku pi tanya tuan kedai semua pekerja islam ker tak..Dia leh cakap kat belakang semua pekerja melayu...Mmg betul ada beberapa org melayu tgh memasak..Yang tu aku berani nak makan....Aku xpuah hati lagi, aku tanya lagi kat pekerja dia.. kamu islam ke tak...hahahahaa..Hari tu aku tgh ting tong skit, jadi berani nak tanya ni..Ingatkan nak suh mengucap kawan aku tak bagi lak....


HARGA NYA RM 6.50..lebih baik makan nasi beraini....


menda2 ni yang aku cuba tu, nak termuntah...Aper jenis menu lah ni...


Taraaaaaaa...habis jg



Dah puas tgk gambar, hahahahaaa.......aku xselera nak makan jadi aku ambik nasi ckit ajer..tgk kawan aku 2 org..licin seronak...mmg daun pisang ori....memcuba xsalah kan....

Monday, April 04, 2011

KOPI KLUANG - HALAL ATAU HARAM

Berita hangat***** cit cerita basi aku baru nak cerita ni...Sebulan lepas kecoh satu Malaya dan johor umumnya bahawasanya KOPI KLUANG ada lah HARAM jadah...Heboh kopi kluang mengandungi gelatin BABI (yake eja mcm tu) dan xleh tahannya ROTI BAKARNYA plk mengandungi ARAK----HARAM.. 

Dah bertahun tahun aku menelan menda haram, mengapa masa ni baru nak heboh dulu xnak plk. ANDAI KU TAHU....xkan ku hirup minuman haram tu dan roti memabukkan tu(mabuk ke)hahahaha..... Sudah berpack pack aku belikan untuk di bawa balik ke kampung, siap boleh buat bisnes lagi...Berdosakah aku?....Dah ramai org aku hidangkan minuman ni kat org kg...Rasa bersalahnya (rasa nak bakor ajer kedai tu)KERANA DIA hidup ku rasa rasa bersalah....


Aperpun banyak versi cerita disampaikan oleh media dan mulut kemulut...Macam2 cerita tentang kopi tgh HOT hot HoT ni....Sebelum ni kopi ni Halal dulu Pengurus kedainya adalah Cina Muslim (Mualaf) jadi semua halal. Mana dlm masa terbaru ni aku dgrnya Hak milik sudah bertukar kepada org lain  (bukan org islam). Jadi  mgkin perubahan telah berlaku...Tu aku xtahu smua nya cerita dr mulut ke mulut.

Kalau dapat rasa nikmat kopi tu amat berlainan sebab rasa lemak kopi tu semacam. Bagi aku ingatkan lemak tu dr  Susu yang gunakan. 

 TAPI.....................

Aku agak muskil skit ajer... Kemarin aku berjalan jalan di Kluang ..saja nak tgk keadaan kedai Kopi Kluang..Keadaan masih mcm dulu ke, tapi org melayu agak berkurang tu pun masih ada lagi. Adakah diorang tidak mengetahui?..
Aku dgn penuh keyakinan cuba menyiasat(wah mcm CSI lak, CSI MALAYSIA)...hahahaha...
Bertambah kekeliru aku ..... apabila aku ternampak ada satu sijil Dari JABATAN AGAMA JOHOR menyatakan Kopi kluang Halal.....Sejak Dari Julai 2010 HINGGA 2012...aper citer skrang ni?
Klik pada Gambar untuk mendapatkan Gambar lebih Jelas
Mana satu......yang betul....
HALAL ATAU HARAM....
Untuk kepastian xyah lah minum untuk masa sekarang tidak kuar statement yang menyatakan KOPI KLUANG ADALAH HALAL...baik xyah terus minum ajer KOPI CHAP KAPAL API ajer... 
 

Friday, April 01, 2011

Hospital Melaka Vs Hospital Batu Pahat

Dah lama aku tak berjalan berjalan untuk tenangkan jiwa ni...Asik kerja, duk umah, tidur, makan, minum tu ajer seharian ..Nak juga luaskan pemandangan walaupun duit berkeringan ( dah xpandai nak control kewangan dah aku skrg ni)..
Tapi dlm kekeringan ni aku dapat juga offer percutian yang minyak keta/makan ditangguh oleh kawan aku...Beshnyaa...aku mmg xlepaskan peluang keemasan tu...bercuti smbil membuat pahala..(mesti xpaham apasal dapat pahala)..nk cerita ni...
Kawan aku mintak tolong hantarkan dia ke hospital Melaka sebab dia ada perjanjian ngan doktor pakar kat sana...mesti korang tanya lagi apasal jauh bebenor sampai melaka kat batu pahat xder doktor pakar ke..?
Jawapanya : Ada....tapi mesin nak operate lututnya ada kat Melaka ajer....gitu lah kawan aku ceritakan kat aku sebab aku tanya dia juga soalan mcm korang... 

Kalau tgk bahagian tengah sepatutnya ada ruang tapi kawan aku dah mcm xder ruang...
Kawan aku ni ada masalh lututnya retak serta tulang antara lutut atas bawah bersentuhan bila berderak(terkehel)..gitu gamaknya..Jadi bila berjalan tulang atas dan bawah bersentuhan..sakit wowowo...Tak pandai lah nak cerita ni..Masa kelas biologi dulu, mgkin aku cuti kut..Tu xleh nak jawap masa spm tu.

Yang membuatkan kawan aku hangat sesangat bila sampai kat hospital melaka satu tragedi amat membuatkan hati dia panas...Bila dia masuk dlm bilik doktor, Mici suh dia salin baju suh pakai baju pembedahan yang warna hijau tu....Sekali dah standby nak jupa doktor, mici suh dia tanggalkan balik baju tu, dia boleh cakap perjanjian hari ni di batalkan sebab dia xdapat surat dari Hospital Batu pahat.Dan pada hari tersebut hanya pesakit dr Hospital Muar sahaja..Yang bangangnya sebenarnya si doktor kat batu pahatlah sebab xserahkan surat tu..Yang menentukan tarikh dr hospital batu pahat...Berasap lah kawan aku ni, bukan dia sorang... ada beberapa org juga yang dr Batu pahat ...Kalau terjadi pada korang mcm ner perasaan korang..

Sorang pesakit dr batu pahat lagi kician, sanggup cuti 2 hari dah datang dr semalaman tidur rumah saudara.. Datang ngan bas ajer...Abang tu cakap sebelum ni dia pernah terkena menda yang sama. Mungkin doktor yang sama, abg tu pernah diarahkan oleh doktor batu pahat ke hospital kuala lumpur nak setelkan tangan yang sakit tu...berlaku menda yang sama juga...untuk kali kedua dia terkena lagi di Melaka...Kejam diorang/ mana MS ISO  yang terdapat kat hospital...Diorang xpikir kut kesusahan org lain..mikir senang diorang ajer..

Dah habis luahan hati aku pasal hospital tu.....sambungan dr tu...
Sebab aku pun dah ambik cuti, dah program sebenar dah dimusnahkan...Jadi aku ambik lah kesempatan yang ada berjalan di Melaka...Dah lama bebenor rasa tak singgah di bandar Melaka..windunya..dulu zaman muda mudi selalu juga datang...rasa dah 2 taun dah xdatang...

Kawan aku dlm keadaan kusut (nak marah eh tu)...aku bawalah jejalan g bandar hilir, pi naik(tgk ajer) Menara taming Sari..Mula aku mmg nak naik tapi segan naik sorang2..kawan aku xnak naik plk dah...Dah nak ke tempat tu aku berputar dlm bandar 2/3 kali..Xjupa jalan nak ke Menara tu..Sedikit INFO ...Harga untuk naik menara tu RM 20 untuk dewasa dan Kanak2 RM 10, tapi  masa pembelian tiket tu kita tujukkan Kad Pengenalan Harga nya boleh jadi RM 8 hinggit untuk Dewasa. Nanti dah ada bini, aku nak bawa dia naik Menara Taming Sari..
.
Ada lagi tempat yang wajib pergi semesti nya A- Famosa..Hahahaha...ingat lagi masa kecil dulu rasa tingginya nak naik kat kubu kat atas tu...Sekarang xlah tinggi mana pun, tapi rasa juga penatnya..Ikut hati aku malas nak naik dah...Setiap kali datang wajib naik..bukan ada aper aper pun atas tu sama ajer mcm dulu2...pastu aku kiciankan kawan aku tu kaki dia sakit tu...Peliknya dia plk nak naik..katanya xpernah naik...adus kician plk mamat ni..hidup bertahun tapi xpernah sampai rupanya...Jadi aku melayan ajerlah...Putar2 kat atas tu..Aku ingat lepas ajer turun nak balik dah rupanya dia nak pi masuk muzium plk dah....Lagi lah aku malas..aku pernah masuk boring menda sama....dah lah kena bayar..tapi dia nak belanja..Bukan mahal pun 2 hinggit ajer...Jadi aku melayanlah..sebab aku dah di tempah jadi Pemandunya...Kena ikut arahan Bos..Hahahahaha....
Macam dulu, xder perubahan..Baru betul disejarah dikekalkan

Kalau korang g sna wajib jupa dgn Bapak2 ni
Sebab aku pergi hari kerja kebanyakkan Mat2 dan Minah Salleh ajer ada kat Atas
Panjang plk aku bercerita...malas aku nak cerita dah...tgk gambar lah plk yaa...
Rasa hebat plk tgk tulis panjang panjang ni....
Antara yang aku ambik gambar...moh masuk kalau berani
Bayar 2 Hinggit baru dapat masuk

Thursday, March 31, 2011

Kuruskan Badan

Wah lama bebenor tak mencurahkan luahan hati kat dlm blog ni..Asik baca blog org ajer..Sehari berpuluh aku baca kerenah kekawan blog bercerita..Seronak lak....hari ni aku lak nak bercerita.....tau xder org baca, saja nk test kelajuan menaip aku ajer ni..hahahahahha

Korang pelik tak..kebanyakkan org yang bertubuh kurus lagi menjaga badan dr orang bertubuh gemuk(mcm akulah)..dari permerhatian aku sejak aku turun berjogging(hahaha nk cakap aku dah rajin berjogging skrg..yalahhhhh nak........-nak nampak kurus lah...)...Rata2 org yang jogging kebanyakkan tubuh ramping(perempuan)kurus kering dn mantap(lelaki)...Yang mantop2 yg mcm aku ni langsung xder...nampak sangatkan.....

Tapi org bertubuh besar mmg nak lah  kurus(hanya dlm mimpi) tapi langsung xder usaha nak kuruskan mcm aku ni(mcm aku lagi, cth yg senang..hahahhahah) ..Bukan xder langsung ada yang datang tapi bukan berjogging dtg lepak tepi tasik/padang sambil makan...ketawa  xboleh tahan....mgkin diorg senaman mulut kut.....atau diorg dtg ambik aura ajer...nampak ajer org jogging kurusnya turun kat dia.......

Wah sedap sungguh mengatakan...berdosa lah aku berdosalah aku.....maaflah kalau ada yang terasa dgn tuan hamba..Tuan hamba hanya membuat andaian ajer...Selebihnya nasihat, suh golongan kita majukan (bukan majukan perut) untuk kuruskan badan kita sebelum tidak dapat dielakkan.....

Bila dah sampai sasaran aku utk hilang lemak dlm badan aku..aku nak kongsikan petua petua kuruskan badan..tu kalau xcapailah....hahhhhahaahhaahha......

Thursday, March 17, 2011

Thursday, March 10, 2011

Keikhlasan

Perlu ke tunggu pembalasan dr org.. Hah..tetiba ajer dah kuar ayat mcm tu...hahahahaha....
Aku sbenarnya nak citer perangai manusia ada mcm mcm ni....Aku amat berat sekali bila ada org nak belanja aku..Xtahu ikhlas ke tak...Jadi aku amat berat sangat nak mintak org belanja belanja...Takut termakan budi...kalau aku belanja org aku xkisah lah.....nak terima org belanja payah eh...
Aku banyak kali org belanja, aku pasti akan menolak tapi aku tewas juga aku xleh hampakan org lain...Ada juga org yang lepas ajer belanja kita terus bagitau hari ni aku belanja kau, esok kau belanja aku lak. Bila dia cakap mcm tu, agak risau jgkan...bukan risau nak belanja dia..Takut2 esoknya aku xsempat nak belanja...kan dah jadi lain lak...tersangkut plk....
Ada yang sanggup tunggu aku semata mata nak aku belanja dia balik sebab sebelum ni dia dah bayarkan...Jadi bila jadi mcm tu kena lah follow dia...Bila dah jd mcm tu ada satu perasaan xsedap  lak...terpikir jaga  Ikhlas tak belanja aku ni....
Aku lagi suka belanja org drpada org belanja aku bila seseorg tu melafazkan ayat " hari ni aku belanja kau, esok kau belanja aku" dah mcm jadi satu perjanjian lak...dah terikat dgn perjanjian tu walaupun bagaimana pun aku harus lakukan...Bila xtunai kan hati ni xtenang...Aku xkisah nak belanja sesiapa dan bila2...Rezeki Allah kita kongsikan ...Aku rasa lagi baik dgn seikhlasnya....xpayah mengharapkan pembalasan balik..biar cukup disitu ajer....
Aku sekarang rasa xtenang bila xtunaikan lagi perjanjian tu bukan xnak belanja tapi org dah buat perjanjian tu skrg agak sibuk..Bila dia ajak xdtg...Aku tau dia xharapkan pembalasan tu, tapi aku rasa bersalahkan...aku kena tunaikan bila org tu sdh melafazkan ayat tu..

Wednesday, March 09, 2011

Rahsia

Gambar xder mengena dgn cerita ni...tapi bila aku tgk gambar ni aku akan ketawa....mcm ner lah jadi mcm ni.....Peliknyaaaaaaaaaaa kalu org puan bawa kenderaan ni..

 Apasal lah aku ni sekali nak tulis ajer kat blog ni jadi malas gila, tapi dlm kepala otak ni mcm mcm nak cerita...Kalau dapat pembantu tolong updatekan blog ni ..beh beh ..pasni dah xder lah kesalahan ejaan dan tatabahasanya...
Kali ni nak cerita pasal .............ermmmmmmmmmmm
Rasanya sudah sampai  masa untuk aku umumkan sesuatu ..Tapi agak awal untuk aku melafazkan semua ni(xtahu lah mcm malu malu meow meow gitu)hahaha...gelenya wess...
Rasa baik aku releks dulu, kalau bagi tau awal pun bukan dapat aper pun...

Nnti aku cerita lain kali....Tolong ingatkan aku..hihihihihi......
sesiapa yang dah tau.....rahsia antara kita........

Wednesday, March 02, 2011

Dugaan kerana Kunci

Dugaan semalam mmg membuatkan aku rasa serik sangat nak buat untuk kali kedua. Fuss tak pernah aku buat menda menda yang menyebabkan aku rasa amat tertekan amat. Al kisahnya gni ajer..

Kawan aku mesej mintak tolong bukakn makmal dia sebab dia bercuti, dgn hati terbuka aku setuju ajer..Hanya baca sekali imbas ajer, masa tu aku atas kereta api, aku  baru ajer balik dr kampung..Jadi satu hari digocangkan oleh kereta api badan lesu, kawan aku siap tegur apasal muka aku pucat..Hahahaha..penat gila wess..korang bayangkan 12 jam atas kereta api...Malas nak citer pasal kereta api tu..

Jadi sampai aje kat kluang aku terus masuk kerja, dah masuk mcm mcm lak aduan aku terima sebab aku makmal xterkawal lak..Tengah melayan surat cuti akhir sampai puk 6..Aku terlupa nak ambik kunci  makmal kawan aku kat Ofis.

Dan disinilah bermula episod menyedihkan, aku dgn rasa berkeyakinan pergi minta ngan pak guard (abang nak minta kunci ofis, nak ambik kunci makmal)..diorg bagi ajer....siap tulis kat buku rekod. Aku nk pi buka pintu ofis ni, pulas punya pulas...tup WAWAWAWAWA..kunci tu patah....kunci lembut sangat atau aku terkasar..hahhaahhaa..aku dah gabra dah..sorang masa tu....berpeluh basah baju...mcm mcm aku pikir masa tu....

Ni bukan kes main main ni, kuncinya patah separuhnya tertinggal kat dlm tu....lagi besar ujian tu..aku dah mcm mcm pikir dah ni...
sebab aper aku takut sangat:-
Pepagi esok smua pekerja xleh masuk ofis gara gara aku ...
Kat ofis tu semua org2 besar duduk kat situ termasuk doktor dan profesor.
Mampus aku ....
Aku kena setelkan malam tu juga kalau tak hari ni aku kena tadah ajer...

Alhamdulilah, ramai kekawan tolong selamatkan aku..minta kunci kat kekawan yang ada kunci ofis aku buat kunci baru..lepas tu aku call kawan aku yang mahir bab bab pintu dan kunci ni..Alhamdulilah dia dapat tarik kunci yang patah separuh tu...Mmg pro gilo...tq kecil...Lega gilosss...
Semalaman tidur ngan lena.............

Aku dah xnak buka pintu ofis lagi..................

Tuesday, February 22, 2011

Monday, February 21, 2011

Aktiviti Petang

Lama bebenor tak update blog ni...Cewah padahal minggu lepas baru update...Sibuk gila aku skrg ni, meeting ajer dari minggu lepas sampai hari ni tak habis habis yang paling beshnya...Lepas meeting mestilah ada makan free..Korang banyakkan seminggu xyah kuar duit tapi yang parah aku tgh diet..Hancur lebur segalanya...Sia-sia aku berjoging ptg ptg...Aktiviti aku kat sini semakin menarik dah...Aku dah pandai bergerak sendiri2 dah xyah dah nak berteman..
Ramai yang datang kalau ptg... 

Makin banyak lemak berbakar, panas gila dah puk 6 dah tu...
Aku dah makin rajin turun jogging kat stadium sorang2, dulu nak g sana wajib  berteman ..Segan wess, nampak sangat xder kawan..hahahhaha tu tangapan aku...Sebenarnya org lain xkisah pun...Aku nak tunggu ada kawan nak g berjogging sampai bila bila pun xder berteman..Serius smua dah malas ....Aku dah tak kisah dah sorang sorang janji aku sihat ..Padahal nak kurus..hahahhaha....takut wes badan gemuk gila...perut boroi...nntikan nak bangun pun ssuh...Bahaya..dah lah aku ni bukan jenis bukankaki sukan pun....

Pejabat aku ada juga buat permainan badminton/futsal haram jadah aku nak join...Malas dah ramai sangat dah join..kah kah kah....tapi diorg bukan buat selalu pun pada hari tertentu ajer..Tapi aku suka lagi pegi jogging tgk keindahan Ciptaan Allah...takkan nak join Umu Hani(Kat ofis aku ada minah nama umu hani, bukan umu hani dalam citer tu...ni umu hani jerantut) berpoco2...isk nampak sangat jawa..hahhahaha....





Aku skrg hanya berjogging aje nak masuk gym xkut, xnak eh tubuh gantang2 pun nak biasa biasa ajer..Jadi aku jogging ajer...Org kata kalau masuk gym ni, dah tubuh ketul pastu tinggal tubuh jadi lembik balik....Waaaaa......kan jadi hantu mak limah kan....kah kah kah kha

Kalau xkurus lagi tak tahu lah kan....Jogging dah, kalau tak kurus nak g mandi wap nampak gayanya ni..Hhahahahaha...
Nanti aku cerita ada beberapa tempat aku selalu nya aku pergi...ni salah satu tempat....Ada 2 tempat lagi mmg show pemandangan cantik...

P/s : xbesh pun jogging kat sini sebab petang2 kilang kayu kat sebelah akan lepaskan asap baunya mcm bau jagung rebus...Sakit dada...

Friday, February 18, 2011

Doa Minta Jodoh


Doa Minta Jodoh



Tak salah jika anda untuk berdoa kepada Tuhan untuk bertemu jodoh atau ditemukan jodoh dengan kekasih hati anda (untuk yang belum kahwin la.. ). Daripada menyambut Valentine Day yang mengikut amalan Kristian baik kita berdoa kepada Allah semoga dijodohkan segera.

Ya lah kepada yang bercinta mestilah target untuk mendirikan rumahtanggakan. Syaitan meraung jika muslimin dan musimah bernikah kerana tertutup peluang mereka untuk menghasut manusia mendekati atau melakukan zina. So, korang yang sedang hangat bercinta tu, jangan tunggu lama-lama, syaitan makin gemuk nanti.

Di bawah ialah doa minta jodoh yang agak lawak tapi nampak serius sangat.

Ya Tuhan, kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah….

Tapi kalau bukan jodohku,
maka jodohkanlah…

Jika dia tidak sejodoh denganku,
maka jadikanlah kami jodoh…


Kalau dia bukan jodohku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain selain aku…

Kalau dia tidak dapat dijodohkan denganku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku,

Dan semasa dia telah tidak memiliki jodoh,
Jodohkanlah kami kembali…

Kalau dia jodoh orang lain,
Putuskanlah, Jodohkanlah denganku..

Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
Biar orang itu bertemu jodoh dengan yang lain dan kemudian
Jodohkanlah kembali dia denganku…

Ok di atas doa yang lawak, di bawah ini pula doa yang diamalkan oleh Nabi Zakaria A.S
Doa Minta Jodoh dan Keturunan yang Baik



Maksudnya :”Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” (AlQuran: Al-Anbiya’: 89).



Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Pendengar doa.” (Surah Al ‘Imran: 38).

Penjelasan:
Doa di atas baik sekali dibaca oleh orang-orang yang belum mempunyai keturunan dan pasangan hidup. Juga baik sekali dibaca oleh setiap muslim agar diberi keturunan yang soleh.

Kedua ayat diatas merupakan doanya Nabi Zakaria A.S. agar diberi keturunan sebagai penerus perjuangannya menegakkan agama Allah.

Kisah Nabi Zakaria boleh dilihat dalam Al-Our’an Surah Al-Anbiya’ ayat, 89-90; Al-Imran, 38-41.

Monday, February 14, 2011

Vblog

Huk huk penat gila puk 3 pagi tadi aku baru ajer balik dari Sungai Buloh dr Umah kekawan..Jejalan pertengahan bulan..hahahhahaha..Gila kan musim kusut dan kering sempat menyepat weh....

Aper pun aku xnak lah citer pasal ni lagi...Akan datang lepas upload gambar dulu...Tengah Format laptop jap..

Tapi sekarang org dah xramai yang rajin menulis blog. Kebanyakan sekarang banyak betul video cerita2 mcm blog.Best juga buat mcm ni, xsilap aku org panggil Vblog. Kalau korang mmg best sebab mcm2 topic di terangkan, lagi lagi pandai edit2 video ni...
Kenalkah anda dengan Anwar Hadi? Beraksi depan kamera dan diupload ke dalam channel Youtube miliknya. Personally, kami juga rasa bangga ada anak Melayu yang berani dan lantang bersuara dan menyerlahkan bakat kretiviti kepada dunia. Jika di luar, Youtube ada Nigahiga, hey Youtube! kami ada Anwar Hadi di Malaysia! Fanpage beliau: IniAnwarHadi..(Aku copy paste dari ayat dr facebook)
 
 Mamat ni aku ni aku baru ajer jupa...mmg xtahu asal usulnya...Video boleh lucunya... 

P/s : Aku mmg xleh reti nak bercakap2 ni...kalau aku buat aku rasa xmenarik langsung atau ayat  lain hancurrrrrrr.... 

Wednesday, February 09, 2011

Kempen Tak Nak Makan Nasi

Jom kita sama sama diet, jom sama sama buat kempen xnak makan nasi selama sehari..Hahahaha..Dah perut melayu xleh nak ngelak nak juga makan nasi.
Andailah aku dapat hindari makan nasi selama seminggu agak2 berapa kilo yang turun ni..
Tengah semangat nak kuruskan badan (ialah nak jadi pengantin)hahahhahhaha.....nak wak gosip eh tu....


Sekarang ni hari hari turun jogging nak lawan cik feresa dia kurus gila skrg ni...Entah petua ape dia guna kan nya...Aku ada usha usha gop nak dapatkan petuanya...kawan dia cakap dia g berenang kat kluang ..aku nak berenang kat parit lah nampak gayanya pasni(balik terus tergaru garu)..Mgkin dia pun buat kempen xnak makan nasi kut...

Start hari ni aku akan merasmikan kempen tu, siapa nak join jom.. kalau pengsan atau meracau jangan salah kan aku lak...Badan aku pelik betul eh, bila aku g senaman hari hari bukan semakin kurus, makin naik ada lah....(nak cakap badan berketul ketul masuk gym katakan)...Jadi aku xnak lah badan besar, nak juga lah pakai baju fit tu..ala ala g*yboy(aku x ok) pakai tu..hahahahhahaha...

Andai lah lemak ni dapat buang dgn picit ajer kan  senang kija..mana mana tempat yang banyak lemak tu cucuk ngan jarum pastu picit dan tekan tekan skit kuar lemak yang tak guna tu..Senang nya xyah lah nak bersusah payah nak senaman....lagi lagi bahagian perut....nak nya perut flat mcm dulu dulu(dulu terlampau kurus bangat...segan lak nak letak gambar dulu)....skrg ni hancur ada ajer  One pack....Org lain six pack aku one pack ajer....waaaaa...

Tak per takpe aku nak teruskan kempen aku sekarang kempen xnak makan nasi selama yang mampu...Aku ada usha satu laman web dari bahagian pendidikan kesihatan..Dia ada bagi info contoh menu kesihatan...
Ada banyak lagi menu nya ikut kalori...Boleh layari laman web ni 

Tuesday, February 08, 2011

Holiday Happy New Year

hehehehe..hari ni baru nak muncul kah kah kah....bukan aper semalam hari isnin mmg letih gila(malas sebenarnya)...Hari pertma kerja setelah lama bercuti di parit raja ni...Tak banyak aktiviti aku buat masa bercuti. hanya lepak lepak  ajer ngan kekawan ...kira okies lah kan dr pada aku tidur bangun ajer..xpepasal kembang balik muka aku ni..
Tapi aku xleh lagi terima hakikat bila org cakap aku gemok gila...wawawawa..nak wak lagu mana ni..lagu isabella ko ni..hahahahah.....xpolah janji aku sihat walafiat...
Nak cerita hari pertama aku cuti kat johor ni ..

Mcm biasa lahxder menda nak buat...habis semua baju, selimut, cadar, tuala aku basuh..nampak sangat rajin kan....untung lah sapo leh bt nantu..bt masa ni lah pasni jadi hantulah...Sambil layan apek sebelah umah beraya..bising banga(bahasa ganu)..Biasalah cina main mercun kalah set melayu..Polis xder ronda pun..kalau raya kita tangkap masuk jail doss....Tapi set kita tetap hebat...Hari tu gop aku g shopping beli barang nak wak nak nikah(hahhaahhaa...jangan kejut gurau jah)....beli baju untuk hadiah bestday diri sendiri..Nak harap org bui...dlm mimpi lah....
malamnya g merayau rayau batu pahat..

 Buktilah bahawasanya aku bangun pagi semata2 nak jogging, matahari baru nak naik..

Hari keesokannya, pepagi buta dah jogging dekat 2 umah jah...Banyk anjing taman aku skrg ni..dlm 6 ekor...lepas tu g makan makan..ptgnya g cr hadiah untuk kawan aku.Paling mahal...p makan mee racun, korang  pernah makan..xkan....... kat parit raja ajer ader makan racun racun sebab orang parit raja berani mati..Hahahahaha...gila eh aku ni, xpepasal berperang ni....
Ni dia hadiah aku , special gila ucapan aku dah tulis siap2 kat kotak....nnti dia ingat aku sokmo bila tgk barang aku bagi ni....Time ni boring dahni..dan terlampau rajin..

Esokkan pepagi lagi aku dah g masjid ....kawan aku angkat nikah, fusss hibanya bila kawan aku menitis air mata, berdebar katanya..aku nnti xtahu lah mcm ner...Xkan lah banjir masjid tu...tapi pengantin perempuan cool ajer takut make up cair coverlah...

Petangnya barulah g kenduri umah dia besar besaran.....Kalah majlis aku nnti...aku sederhana ajer...






Kawan kabor dia xsabar nak masuk bilik katanya....Gersang gilo ayat


Lepas kenduri pi sungai lurus tapi tepi pantai..Nama ajer sungai....kira kira outdoor ambik gambar sunset...nak tgk kehebatan aku meng snap  gambar.....
Rasa cantik lak aku snap gambar ni..walaupun ambik gambar sendiri..hahhaaahahahaa