Nuffnang

Wednesday, December 12, 2012

Jangan Suka Aib Kan Kawan


Situasi mcm dlm komik di atas mmg akan berlaku didlm organisasi/tempat kerja.. Mungkin korang sendiri sedar atau tidak sedari.
 Situasi macam ni membuatkan diri kita rasa tidak selesa untuk kerja..

Stress sesangat bila berlaku keadaan mcm ni..bila orang cakap belakang kita sebarkan aib kita.
Keadaan ni yang berlaku kat unit aku ni..Keadaan ni biasa berlaku, biasanya keadaan ni berlaku disebabkan tidak puashati/irihati terhadap seseorang.

Keadaan ni berlaku mgkin di sebab kan sorang ajer yang buat hal tapi boleh menyebabkan keadaan kurang selesa sebab penyebaran keburukan kita seluruh seantero..

Orang yang tidak berpuas akan mencari kelemahan/keburukan kita untuk memalukan dan menjatuhkan kita tanpa kita sedari .Biasanya orang mencari kesalahan orang ni biasa dia lagi teruk dari kita.

Keadaan ni akan memuncak apabila hujung tahun. sesiapa yang dengan bekerja badan kerajaan akan tau keadaan masa ni. orang nak jatuhkan kita depan majikan/bos untuk menunjukkan diri beliau terbaik dan terhebat membuat kerja..

Keadaan ni melemaskan bila memikirkan bila kita difitnah dengan  bermacam2. Pada masa ni juga berbagai cerita akan timbul . Topic pasal duit haram, tidak buat kerja, giliran lebih masa tidak adil, kerja tidak profesional, mengular.

Timbul satu lagi keadaan sistem kipas bos, keadaan ni yang selalu berlaku..Sampai bila lah kehidupan nak aman kalau dapat pujian dari kipas bos. Bukan nya kita selalu leh duk atas pun. Bos pun bijak menentukan/menilai baik buruk pekerjanya . Aku rasa tak payah sangatlah nak kipas bos.

Orang cakap rezeki memasing, halal haram tu biar lah Allah SWT tentukan, xyah lah nak jadi alim sangat nak tentukan halal haram orang lain..Tengok diri kita dulu sebelum kita nak tengok orang lain  baik kah kita? halal x gaji kita ni?....Pikirkan pikirkan...

Bukannya sengaja ku mengungkit
Tapi kau sengaja yang membangkit
Akulah teman di kala susah
Akulah teman pengubat resah
Bukannya sengaja ku mengungkit
Tapi kau sengaja yang membangkit
Akulah tempat engkau mengadu
Dan akulah juga yang tertipu
Lihat pada rupa
Tak mungkin percaya
Tersusun gerak geri dan bicara

P/s: Lirik lagu ni ...



Monday, November 26, 2012

Hidup Jangan Berjimat Cermat Sangat

Korang Pernah hidup dengan kekawan/sesiapa pun  yang mmg sorang sangat suka jimat cermat/berkira sampai diluar pemikiran. Kekadang untuk diri sendiri pun berjimat. Memamg mak kita pun berpesan duit gaji kena berjimat cermat. Berjimat tu mmg patutlah tapi sampai tahap hardcore, boleh dimasukkan dlm golongan Kedekut.
Kekadang bila aku tgk orang berjimat ni amat perihatin pasal bab bab membeli belah ni, sampai untuk diri sendiri. Macam contoh untuk beli pakaian, alat kebersihan diri kekadang aku tgk untuk makan diri sendiri pun berkira. Kekadang aku berpikiran positif juga mgkin diorg kekurang duit tapi aku tgk org yang sama gaji dengan dia tidak seteruk bajetnya.

Kekadang bila kita berkawan dgn org berjimat ni mcm diorg ni mcm ambik kesempatan ajer.. Semua harapkan kita ajer kikis sampai habis..Macam ne nak ubahkan orang suka berkira dan suka berjimat cermat ni...orang cakap ssh nak ubah perangai org mcm ni...Atau pun lari dari org2 mcm ni...choww
Episod luahan hati dan perasaan..
Tahap : Stress
Bintang :8/10

Wednesday, October 31, 2012

Kesabaran di Uji

Kesabaran aku di uji lagi dengan tv kat rumah aku ni..Sebab tu yang bersungguh2 cari maklumat pasal tv ni..Sebab sekarang tv ni dah ada mcm mcm..Teknologi dah canggih...Nampak gayanya nak kena tukar baru juga ni..Sampai bila nk tgk citer blue ni..Jangan silap paham..tv aku ni bila xder channel tetiba dia bertukar jadi biru mcm dlm gambar tu..Biasa lah tv ni xsilap dah 2 kali aku servis sebab rosak...
Korang bayangkan perasaan korang nak layan citer korang tgh part best tu tetiba dia leh jadi biru..Kekadang dia sekejap ajer bertukar biru last sekali dia akan kembali mcm biasa..Tapi kekadang pada masa yg dia betul2 buat onar langsung xnak kembali normal..
Tu kekadang aku nak baling ajer dgn gelas..stressss...
Nampak gayanya nak beli yang LED tv lak lah....
Ingat kan kut2 ada orang nak sponsor langsung xder...sedihnya dlm hati......

Layan Running Man 117 Lah

Kelebihan Dan Kekurangan TV Plasma/LCD/LED/OLED


Teknologi semakin berkembang dari semasa ke semasa tidak terkecuali juga television. Perkembangan teknologi yang semakin pesat memberi impak kepada banyak penemuan baru. Kesannya TV pada hari  ini semakin nipis serta boleh mengeluarkan imej yang berkualiti tinggi (HD) & 3D.

Jadi pada entri kali ni XLAWS ada buat kajian sedikit mengenai penjelasan, kelebihan dan kekurangan diantara TV Plasma, LCD & LED untuk pengetahuan kita bersama.

TV Plasma


Teknologi TV Plasma pada asasnya adalah berdasarkan kepada mentol lampu neon. Skrin itu sendiri terdiri daripada sel-sel. Di dalam setiap sel, dua panel kaca dipisahkan oleh celah sempit di mana  gas neon-xenon disuntikkan dan ditutup dalam bentuk plasma semasa proses pengeluaran. Gas ini akan  dicaskan secara elektrik pada sela tertentu apabila TV Plasma ini sedang digunakan. Gas bercas tadi  kemudian mengetuk phospor merah, hijau dan biru sehingga mencipta sebuah gambar. Setiap kumpulan  phospor merah, hijau dan biru ini disebut pixel (elemen gambar).

Kelebihan

  • Screen TV Plasma diperbuat dari kaca, walaupun TV ni berat sedikit tapi selamat kerana tahan lasak sedikit.

  • Harga TV Plasma lebih murah berbanding LCD.

Keburukan

  • Burn in, iaitu masalah yang akan timbul apabila TV kita mainkan imej statik terlalu lama, contohnya logo rancangan National Geographic, bila terlalu lama boleh meninggalkan bekas di situ.

  • Life span, ada jangka masa sebelum TV Plasma korang jadi kurang cerah (brightness) sehingga 50%  dari asal selepas 17 tahun.

  • Banyak menggunakan tenaga elektrik untuk menghasilkan imej dari gas.

  • Skrin silau apabila kedudukan TV berdekatan dengan sumber cahaya seperti lampu dan di tepi tingkap.  kerana Skrin diperbuat dari kaca.

TV LCD (Liquid Crystal Display)


TV LCD pula menggunakan teknologi yang berbeza. Secara umumnya panel LCD dibuat daripada dua lapisan bahan telus, yang mana terpolarisasi akan dilekatkan antara satu sama lain. Salah satu lapisan disalut dengan polimer khas yang memegang setiap individu hablur cecair. Kemudian, tenaga elektrik disalurkan melalui setiap individu hablur yang mana membernarkan kristal untuk menyekat cahaya bagi menghasilkan imej. Krital LCD tidak menghasilkan cahaya mereka sendiri, jadi sumber cahaya luaran seperti mentol lampu neon diperlukan supaya imej yang dihasilkan oleh LCD tadi dapat di lihat oleh penonton.

Tidak seperti TV Plasma. Disebabkan tiada phospor yang menyala, kurang tenaga elektrik yang diperlukan untuk operasi dan sumber cahaya TV LCD sekaligus dapat mengurangkan haba. Selain itu, dengan teknologi TV ini, tiada radiasi yang dipancarkan dari skrin itu sendiri.

Kelebihan

  • Skrin macam plastik dan ringan.

  • Kualiti imej sama macam TV Plasma.

  • Kurang silauan lampu dan cahaya kerana skrin bukan diperbuat dari kaca.

  • Risiko skrin untuk pecah adalah sedikit.

Keburukan

  • Berkemungkinan ada masalah untuk dead pix.

  • Tidak mesra alam kerana menggunakan raksa (mercury) semasa proses pembuatannya.

  • Agak mahal.

TV LED (Light Emitting Display)



Bila datang teknologi LED (ada 2 jenis iaitu Full LED & Edge LED), Sumber cahaya yang digunakan sebelum ni, ditukarkan dari lampu kepada LED. Ini membolehkan gambar lebih jelas sebab LED lebih fokus dan tak berkelip. Full LED disusun penuh dibelakang LCD. Kalau Edge LED, LED tersebut disusun hanya di sekeliling bingkai belakang skrin LCD.


TV LED tak sama macam TV biasa. Kualitinya pula bukan biasa-biasa je, tetapi luar biasa kerana LED menggunakan teknologi lampu LED yang terlalu banyak untuk menghasilkan imej pada skrin.

Kalau semasa korang menonton movie atau drama. Jika cerita itu memaparkan pada waktu siang ataupun pelbagai warna. Maknanya lebih banyak lampu LED akan beroperasi untuk menghasilkan imej cerita itu.

Sebaliknya, jika cerita itu mengisahkan pada waktu malam seperti di tempat-tempat gelap. Maka, hanya sesetengah lampu LED saja yang beroperasi yang selebihnya tidak beroperasi kerana lampu LED tidak menghasilkan warna hitam. Sebab itu, TV LED ini menjimatkan tenaga elektrik.

Jika ada 2 - 5 lampu LED pecah atau rosak. TV LED masih boleh berfungsi seperti biasa. Cuma kita tidak tahu sejauh mana lampu LED boleh bertahan.

Kelebihan

  • Kualiti gambar cantik (HD)

  • Kurang berat kerana nipis.

  • Jimat tenaga elektrik sehingga 40%.

  • Life span, TV LED kurang menghasilkan haba dan saiz panel jadi semakin nipis serta mesra alam kerana menggunakan mercury free technology.

  • Warna hitam nampak lebih asli.

Keburukan

  • 50% lebih mahal dari LCD. namun harga itu semaking jatuh sehingga sekarang.

OLED/AMOLED (Organic Light Emitting Diode)


OLED/AMOLED pula adalah benda yang sama. Satu dari Sony, dan lagi  satu dari Samsung. Apa kelebihan dia? Sebelum ni, skrin LCD perlukan sumber cahaya dari belakang untuk paparkan cahaya. Dengan OLED, skrin LCD tersebut ditukarkan dengan OLED. Apa itu OLED? Ianya adalah LED Organik yang memancar cahaya dan warna tersendiri. Seluruh skrin diletakkan LED yang bersaiz nano yang akan memancarkan warna tersendiri mengikut signal yang diterima. Jadi, tak perlu lagi sumber cahaya di belakang skrin OLED ni.


Kelebihan

  • Lebih nipis (sebab tak perlu letak lampu atau LED kat belakang skrin).

  • Kontras image lebih tinggi.

  • Boleh hasilkan true black (bila image paparkan warna hitam, OLED yang berkenaan dekat area tersebut akan hanya offkan cahaya dia.

  • Nipis hingga boleh lentur.

  • Kurang guna tenaga (sebab tiada lampu/LED background).

Keburukan

  • Harga mahal.

Tangga loteng idaman

Sejak semenjak asyik mimpi pasal loteng rumah ajer...Bila lah agaknya dapat sediakan loteng dirumah sendiri...Teringin bebenor nak lepak lepak buat research ceyah mcm buat master lah..Nk duduk sorang2 ditempat yg tinggi..Tanpa gangguan..mcm dulu2 tgk citer mat salleh rumah mesti ada loteng..Sekarang nk kena pikir tangga mcm ner nak naik kat loteng...
 Kalau mcm ne...pembaziran luang ser kos yg mahal ni...
 yang mesti kos mahal ni ..siap ada gerobok lagi kat bawahnya
 kalau mcm ni ....pun cantik
 yang ni paling suka..tidak membazir ruang


Nak kena kumpul duit lagi ni....nampak gayanya makan meggi ajerlah ni.......

Kasih Ibu

cerpen pendek yang sesuai dibaca jika ada memang sayangkan ibu. Wajib baca! Cerpen ini walaupun pndek,tapi mmpu menyedarkan kita betapa seorang insan bernama ibu itu adalah insan pling sempurna dalam kehidupan kita.

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, “Mana Mak?”Ateh menjawab, “Entah.”Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, “Mana Mak?”

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya “Mana Mak?” apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, “Mana Mak.” Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya ‘Mana Mak?”

Semakin anak-anak Mak besar, soalan “Mana Mak?” semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, “Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni.”

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, “Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat.”

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

“Mana Along?” , “Mana Angah?”, “Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana Kak Cik?” atau “Mana Adik?”. Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, “Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , “Mana mak?” “

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, “Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal.”

“Ayah, ayah ….bangun.” Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, “Mana Mak?”

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan “Mana Mak?” masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

* hargailah ibu ada jika da masih didunia. Doakan dia jika d sudah menghadap yng maha esa. Bagi yang ada ibu, sudah berapa lma anda tak telefon ibu?? Apa kata ambil telefon, luangkan seminit dua bertanya khabar ibu. Pastinya ibumu akan gembira.

Friday, October 12, 2012

Kelantan Vs Selangor

Macam biasa klik DISINI KEPUTUSANNYA
Macam ne semangat tengah membara. Sebut ajer bola smua semangat lagi2 Negerinya yang tengah berlawan...
Tapi aku tetap jua Facebook Vs Bola..Nampak gayanya 2-2 menang sebab 2-2 aku dapat layan...

Tunggu dan tgk siapa akan menang.....

yEYAAAAyaaaaa......

Menang MENANG......
KELANTAN 3-0 SELANGOR

Wednesday, October 10, 2012

Jom Hias Dapur Rumah

Sejak semenjak ni, lambunan aku lain ajer..Asyik  tanya pakcik google..pakcik google carikan gambar cantik2 pasal nak hias dapur rumah tapi dgn bajet ciput tapi Ala ala mewah gitu..Mesti Page Error.

Aku asik berangan nak dapur rumah cantik ajer. Biarlah aku tak masak pun janji bila nak makan kat dapur tu rasa tenang ajer. Macam nk tidur kat dapur aje.Hahaha..Sekarang ni aku pantang tgk gambar dapur cantik terus aku save kat dlm laptop. Hanya melihat ajerlah, mana tau pada suatu hari tertiba hamba Allah nak bagi aku hadiah ke, nak sponsor ke. Kan senang nnti just tujuk gambar ajer. Encik saya mau dapur mcm ni .

Tolong klip mana tau dapat DESIGN DAPUR BARU ni @ klip IKLAN kat tepi tepi tu..Siapa yang klip tu aku ucapkan ribuan Terima Kasih

Aku nak kongsi lah sedikit antara gambar dapur idaman aku..Jangan terkejut sudah..Kalau boleh nak yg besar lagi ..kalau boleh nak design mcm rancangan tv yg masak masak tu yg tengah tengah ada meja besar siap ada singki lagi(dapat bayangan ke tak ni)



Monday, October 08, 2012

Tips Masalah Jerawat

Hah, ambik kau...xpepasal hari ni aku teringin lak nak kongsi menghalang wujudnya jerawat kat muka. Ni petua zaman dulu kala kih kih kih, Nampak sangat blog ni serba serbi boleh..cayalah

Kalau aku ada jerawat sebiji kat muka mesti semua bising...apis naik jerawat..apalah korang ni normal lah manusia hormon xmenentukan..setakat sebiji biasalah baru hero semalaya konon. Mungkin disebabkan aku ni jarang naik jerawat bila tertiba ada rasa lain mcm ajer..hidup rasa xtenang mcm ada sesuatu mengekori aje...Jangan pandang congkok..Bila ada jerawat pasti aku akan picit kuar putihnya....

Ok skarang Pakcik nak Bagi Tips plk ni..

1- Korang pastikan sarung batal korang tito tu kena basuh selalu..Kalau korang pergi mana2 rumah sesiapa ke ..korang tgk sarung batal dah mcm tompok2 tahi unta..Aku cadangkan korang alaskan dgn baju korang(ni lah ubatnya, baju korang yg selalu pakai yg bersih adalh paling bagus utk lap muka..serius)

2- Kalau boleh cuci lah dgn pencuci muka yg sesuai kalau lelaki gunalah pencuci muka lelaki..2 kali sehari tau pagi nk g kerja dan balik kerja sekali..Muka mesti berminyak gila boleh siap mengoreng kut.

3- Kalau tangan kotor xyah payah nk pegang muka atau nak lap peluh..Kalau berpeluh sgt korang sapukan muka korang dgn baju yg korang pakai tu..

4- Kalau ada masa pergi jogging/ senaman peluh yg kuar bagus..kulit jadi mulus2..korang tgklah atlet yg bersukan (bukan jenis sukan berjemurlah)...Kulit cantikkan..Percaya lah..satu lagi petua yg aku terbaca lah, bila kita g jogging/bersukan baju yg berpeluh tu kita lapkan muka kita dgn baju tu..entah lah aku pun pelik tapi aku mmg selalu wak mcm tu...mgkin ada antibiotik kut..hihihihi....kalau xmenjadi jangan marahkan aku..Lepas jogging jgn lupa cuci muka dgn pencuci muka..jgn lelambat nnti kotoran tersumpat..

5- Kalau ada kemampuan amalkan vitamin C untuk kesihatan dan kulit..Kalau xmampu pun xper..Aku pun bila mampu ajer beli..kalau x haram jadah nak beli..

6- Kalau korang jenis mcm aku, perangai xleh ada jerawat terus nk picitkan..Aku nasihatkan bila dah picit tu pastikan kaurkan darah smua sekali..picit sekali darahnya....bila dh nak hbs baru berhenti..takut nnti ada kuman lagi..

7- Ayat skema selalu ambik air sembahyang

Kalau korang nak hilang parut atau jeragat..aku ada sabun beras dari thailand..Aku rasa aku paling murah jual hanya RM 5.00.. termasuk pos aku xpasti..Ni mmg ori dr Siam




INI ADALAH SABUN SUSU BERAS YANG ORIGINAL (100%) !!!
- produk kecantikan dari alam semulajadi, so xda bahan kimia mcm produk lain
- boleh mengebukan dan mencerahkan kulit
- dapat hilangkan bintik-bintik hitam
- menghaluskan kulit - parut akan pudar / hilang
- kulit berseri2 serta lembab
- boleh juga dipakai untuk badan bagi menghilangkan bau
- sabun ni keluarkan byk buih so korang leh jimat
KELEBIHAN:-

1) Menaikkan seri wajah secara semulajadi, kulit lebih cerah, halus dan tegang tanpa pengelupasan
2) Enzim semulajadi menolong menentang kotoran, minyak, sel kulit mati, jerawat dan jeragat di samping mengembalikan kelembapan kulit
3) Memudarkan dan menghilangkan parut jerawat dan jeragat.
4) Menanggalkan kesan solekan.
5) Mampu mengurangkan kesan hitam di kawasan lipatan (ketiak dan celah peha serta kawasan kawasan perut bagi wanita mengandung yang pernah mengalami `stretch mark’)
6) Mengatasi masalah bau badan
7) Sesuai dijadikan sebagai sabun lulur untuk bakal pengantin
Boleh digunakan sebagai sabun mandi kerana ia membantu:-
KEBAIKAN :-
** Menanggalkan bintik hitam atau kesan hitam di ketiak, siku dan peha.
** Sesuai utk semua jenis kulit termasuk kulit bermasalah
** Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
** Badan anda tidak akan melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
** Boleh menghilangkan bau badan
Amat sesuai untuk :
1. Kulit Normal
2. Kulit Kering
3. Kulit Berminyak
4. Kulit Berjerawat
5. Kulit Kombinasi
6. Kulit Sensitif 
Gunakannya setiap hari untuk: 
*Mencerahkan kulit
*Menjadikan kulit sihat 
*Menjadikan kulit halus
*Mencegah dan menghilangkan jerawat dan jeragat
*Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
*Memberi kesegaran sepanjang hari kerana fungsinya yang dapat melembabkan kulit
KANDUNGAN (Ingredients):

Rice Milk Extract, Vitamin B3, Vitamin E, Olive oil, Palm Oil , Natural Glycerin

CARA PENGUNAAN:

Digunakan di muka dan di badan setiap hari. Sapu secara lembut 2-3 minit, kemudian bersihkan seperti biasa. Boleh digunakan oleh Lelaki & Perempuan dan sesuai untuk semua jenis kulit.



Sunday, October 07, 2012

Astro Njoi

Orang nk guna Astro, aku nk guna juga tapi yang xleh nk blah. Nak guna Astro tapi xnak bayar bil bulan2. Agak agak boleh tak. Hah..boleh ajer ..Astro dah kuar kan satu pakej Astro yang xyah nak bayar bulanan cuma bayarkan pemasangan dan rekoder aje. Dengan Harga RM 288 dan tambah RM 100 utk pemasangan jadi korang tambahlah sendiri.

Dengan sedikit info dari laman web ASTRO NJOI aku cubalah apply pakej ni sbb xyah bayar bil kan. Tanpa berpikiran panjang lebar sebenar aku terjebak dlm krisi Njoi ni. Sebab rumah aku masih lagi menggunakan arial lagi dan juga dgn masalah susah mencari channel sebb di kawasan rumah aku dah ramai sangat dah guna astro jadi tarikan astro mengganggu channel arial rumah..Korang pepaham lah aku langsung xdapat tgk apa2 kecuali kawasan rumah aku ni balik kg br lah clear tv nya.

Astro Njoi sebenarnya boleh dikatakan rugi kalau ambik pakej ni walaupun xyah bulanan tapi channel nya sangat terhad untuk tv prima contoh TV3, NTV7,TV8 dan TV9 langsung xdapat.

Sesiapa dah masukkan tu bersabor ajer. Nanti aku cuba guna prepaid plk...nnti aku citer plk yaa...

Saturday, October 06, 2012

Running Man

Running Man tak usah dipertikai kan kehebatan tvshow korea sudah menjadi kegilaan kebanyakkan yg tau pasal korea lah. Aku dulu xtahu juga pasal kewujudan pasal runningman. Bila satu hari ada pelajar pratikal tempat aku perkenalkan kat aku.
Dengan berlagak sombong dan angkuh aku cakap kat budak tu aku xlayan citer korea yang entah apa apa ni. Tapi bdk ni saja ajer tujukkan part2 episod yg best.

Dan akhir nya aku layan juga, tapi masa aku nk layan tu RM dah episod yg ke 80 dah xsilap aku. Aku copy semua video dr bdk tu. Sedang elok hujung minggu aku layan dr episod aku dr puk 8 malam sedar2 dah puk 5 pagi aku ketagih aku nak layan ajer. Korang bayangkan cuti 2 hari aku hanya layan RM tanpa tidur. Masuk kerja hari isnin muka mcm apa, muka xsemangat..

Sampai aku boleh kenal sorang sorang pelakon dlm RM tu bukan setakat tahu siap leh tahu perangai masing2 eh..Masa first game aku suka jong kook sebab dia paling hebat kat dlm game tu. Dalam game dia agak bersunggh2 nak menang dari peserta lain just seronok2. Sorang lagi ada lah bunga sorang dlm game tu ialah Jing ho dia pun jenis yg best juga bila dlm game.

Bila dah lama tgk ni, baru tau tujuan game ni bukan skadar nak dapat habuan sebenarnya nak tujukkan realiti sebenar ..xder lakonan mcm kat malaysia ni game mcm spontan..Kebanyakan lawak dlm game ni spontan kuar ayat tanpa skrip.

Bila dah sampai episod 50 aku dah suka Monday couple hhihihiihi...Gary dan Jing ho... diorg ni hanya bercinta pada hari isnin ajer..Gary ni lawak dia mmg spontan .Sorang lagi aku suka kwang soo mamat ni gila xbertempat kekadang perangai sukar nk di duga..

Kalau sesiapa yang layan RM ni mesti ada lah sorang yg korang suka..lagi kalau tetamu yg diundang tu mmg pelakon yg korang suka mesti game tu akan jadi lebih seronok..Setiap kali game ada ajer tetamunya,,,tapi yg kekal akan setiasa ada, kalau ada sorang mmg boring lah episod tu..Macam tak lengkap gitu.

Jom layan RM skarang episod 114 ..episod kecoh sebab gary nak keluar dr game show...sebenarnya aku pun xsuka di kuar. Dia terpaksa nak kuar sebab nak bagi tumpuan kat Nyanyiannya yg bakal diadakan Konsert..Cuba taip kat pakcik google LEESANG..

Kalau korang nak tgk downloadlah kat internet..kalau xnak download boleh aku boleh bagi sebab aku ada setiap episod, bila boring aku layan...

Thursday, October 04, 2012

Derma Darah

Korang pernah derma dara...opsss DARAH k,....Aku semua dah ada pengalaman derma darah, semua nak cuba kan menderma menda baik xkan lah xnak buatkan. Tak tahu kalau org tu mmg seorg yang penakut dgn jarum. takut darahnya habis.

Tak rugipun menderma darah ni, mana tau darah ni berguna untuk org sangat memerlukan seperti yang sakit . Sekarang ni darah paling diperlukan sangat ialah darah O lah sebab Darah O sahaja yang leh derma kat sesiapa.

Macam aku ni darah jenis A, boleh juga digunakan kalau org tu sama jenis dgn aku.
Terbaru beberapa lepas aku baru join derma darah...Tapi sedih dapat Nurse xberapa nk cun, xleh nak gurau gurau. Dapat Nurse dah veteran paham2 lah cara kerja nya lain, tidak selembut nurse cun buat.kih kih kih..

Korang nak tau mcm ner derma darah ..saya cabar kamu semua.............Jom

Monday, October 01, 2012

Tolong Pulangkan DUIT KU

Hi..........

Dengan perasaan yang bersalah tertiba ajer muncul, saja tertiba rindu plk nak berblog ni..Aku pantang org tanya pasal blog terus bersemangat nak menulis blog. Bukan apa seblum ni ada org tanya nak buat blog mcm ne jadi sebagai sifu yg tak bertauliah ni terus aku bagi tips. kih kih kih .ada juga aku tipu2 sunat .

Dah lari topic ni...

Aku nk cakap pasal org berhutang ni..Aku xtahu lah ni jenis baik sangat kut, aku xpandai nak ngelak dari memberi hutang kat org lagi lagi org tu dalam kesusahan. Mmg aku akui padahal aku banyak pengalaman yang pahit tentang org berhutang ngan aku ni. Macam biasa lah Hutang xberbayar, janji nak bayar awal tapi  setahun juga ( cakap nak bayar seminggu selepas tu tapi setahun kemudian baru berbayar) xpe janji bayar..Kalau lah aku ni Ah LONG dah lama aku kaya ni.

Aku pelik juga ngan org berhutang ni bila nak berhutang nak cepat ajer..kekadang masa memintak tu xlogik di akal..terbaru ada org call aku mintak hutang ngan aku 2ribu waktu pagi sebelum subuh siap boleh bagi masa lagi suh masukkan duit..Aku naik hairan lah...dlm keadaan xleh nak elak aku terpaksa lah bagi pinjam tapi xlah sampai 2k tu..diorg ingat aku ni kerja cop duit kut..Dia berjanji nak bayar dlm masa seminggu (kita tgk adakah dia tepati janji ke tidak, kalau x aku pi rumah dia jupa mak bapak dia teruslah)..

Kekadang aku risau juga nak bagi pinjam duit kat org ni...aku risau kena tipu ajer...aku bagi pinjam kat org ada had nya..aku xkan bagi pinjam duit aku sampai beribu ribu ringgit...

Doakan lah aku dijauhi dr ditipu..Tiada lah perkara2 buruk berlaku...
Kalau ada tip utk mengelak duit dipinjam bagitau lah..

Tuesday, June 26, 2012

Memberi lebih baik daripada menerima

Malam ni aku dapat nasi siap tomyam, berdebar plk nak terima dahlah ni kali pertama aku terima nasi dengan berlauk..Bukan taknak terima tapi bagi aku terlalu awal untuk aku menerima pemberiaan org yang baru kenal. Lagi2 aku baru aje berpindah kat rumah sewa baru ni..

Nak tolak rasa bersalah plk sebb dia dah letak nasi dlm pingan, korang paham lah sendiri. Andai aku menolak pemberian tu dengan penuh keyakinan aku dilabelkan manusia paling berlagak. Aku risau sebenarnya jiran aku muda lagi, pastu suami dia plk jarang kat umah. Aku takut suami dia salah paham ajer...Ya ALLAH jauhi lah aku dari dugaan yang pernah aku alami selama ni .

Aku cuba mengelak dari semua ni, kekadang aku jarang lepak kat luar risau lah kalau dia ajak berbual. Beberapa kali juga aku terjebak bila dia ajak berbual sampai aku mintak izin nak masuk rumah. Kekadang aku boleh melayan kalau hari hari berbual kalau org nampak mcm xsesuai sangat lagi lagi masa berbual masa suaminya tiada dirumah.

Mintak2 malam ni adalh malam last dia buat mcm ni, aku bukan xnak terima. Cuma aku nk elak daripada berhutang budi ni.

Monday, June 25, 2012

Dunia yang sunyi sepi


Hah...senyap plk ..hari tu tulis nak aktif balik tapi sama ajer...Kih kih kih..Memang sibuk gila, hari ni saja suka suki tulis pasal (tgk tajuk)...tajuk mcm lagukan..Macam nerlah kehidupan tanpa bercakap tapi hanya kita sorang yang bercakap..

Macam mana perasaan korang bila kita berbual  tanpa balasan hanya senyum dan angguk sahaja bila kita bertanya.. Boring sangatkan..Kalau korang berapa lama korang mampu bersama seseorg tu...Sehari dua hari ....

Hanya satu yang mampu dapat menghilangkan keboringan  ialah facebook...hahaahahahah..kompon ada saja balasan ..............

Monday, June 18, 2012

Kereta Vs Rumah

Antara Rumah  dan kereta mana yang lebih diperlukan untuk masa sekarng ni ...Berbaloi tak aku membeli rumah untuk masa skrg dgn keinginan aku yang membuak2 untuk memiliki sebuah kereta yang agak mewah (keinginan besar, tapi kemampuan tahap sederhana)....

Orang cakap lah harga rumah akan naik ikut pasaran semasa. Tapi bila aku ada rumah, bukan just kena beli gitu ajer ..Ada plk bunga bunga cintanya seperti aku kena bayar cukai pintu, cukai tanah ada kemungkinan cukai harta....aku kurang lagi pasal ni...aku perlu bertanya lagi....Bila kira2  banyak plk tanggungan perlu lakukan jika aku membeli rumah yang xtahu statusnya.

Maksud status aku ni, dgn aku seorng DAV PERANTAU ni korang paham paham lah sendiri, dgn ni pastikah aku akan kekal tinggal dinegeri org ni...Aku masih berharap aku dapat lah pindah ke tempat asal aku...Kekadang aku malas nak pikir dah pasal pindah rasanya nak tinggal ajer smpai pencen (terpikir mcm tu sebab mgkin masalah dah xtanggung ni, tu trs jadi putus asa)..doa kan aku kekawan ...

Andai aku boleh balik kg, sah sah leh buat banglo sebijik kat kg ditengah padang yang luas trbentang....xyah nk pening kepala dah..terus pikir nak ddk rumah tu sampai tua bangka..kalau umur panjang lah....

TAPIIIIIII, xsalah aku beli rumah kat sini, bila dah balik nnti aku nak jual harga sejuta..mgkin masa tu harga rumah dah tip top dah kut...kut lah..berangan jap.....hahahaha

Pada masa sama, rasa nak bagi kawan ajer kat kenariah aku tu, dah lama hidup singlekan..nk jglah suh kenariah ada kawan lagi mewah....hahahaha..kalau kenariah ada kwn boleh lah kenariah rehat rehat dah lama dia berkhidmat untuk aku...rasa nya insyaAllah xlama lagi kenariah hak milik aku sepenuhnya xyah nak kongsi kongsi dgn bank...Dia milik aku sepenuhnya, dan aku xkan bagi kat sesiapa....bertambah xper janji aku xkan melupakan dia untuk selamanya...Setianya aku kat bini pertama aku ni.....

Nk pikir lah dulu sebelum buat keputusan..Mana tau aku bawa keta mewah selepas ni.....

blog oh blog

Assalamulaikum..............apa khbar....

Lama bebenor aku tinggal kan blog aku tanpa buat apa apa..Tertiba lak rasa rindu lak nak menulis blog...Dah lama sebenarnya aku simpan perasaan nak menulis blog tapi disebbkan kesibukan yang melanda dlm kehidupan aku hari ni. Mungkin jg faktor gejala FACEBOOK yang melalaikan ....aku lupa sekejap pasal blog ni..Tapi jg disebab kan aku dah boring dgn facebook dan dah tutup pun facebook nya( padahal tutup satu ajer, ada backup satu lagi kih kih kih)

Mungkin sempena hari ayah ni..jadi aku nak mulakan menulis dgn semangat berkobar kobar ni..hihihhihi....ada satu menda yang best bila menulis blog ni..bagi yang xpaham mgkin org akan cakap macam mcm....aku tau kawan sekerja aku ramai dah tau pasal kewujudan blog aku ni...Aku bukan xnak bagi tau..Aku rasa lagi baik diorg xtahu terus..Jadi kebebasan aku nak meluah lagi seronok..aku harap dgn aku xupdate lama blog ni ...diorg lupa trs..

Serius aku suka baca blog kekawan yang suka menulis blog ni...bukan terhad kita tau pasal kehidupan kita ajer..kita akan tau kehidpan org lain dr berbagai taraf kehidpan ada yang kaya ada cerita yang tgh belajar, ada cerita pasal kehidupan kerja nya...Paling aku suka baca anak anak org kaya, hidup mewah, makan best, beli bajet yg disuka terus beli...Cemburunya aku ni, kalau aku nk beli gajet pendam bertahun tunggu harga nya turun kekadang dah kuar versi baru pun ada.. Tapi dapat tgk kemewahan org aku rasa best sesangat..nampak sangat jaga tepi kain org..heheehe

Jadi hari just perbukaan blog yang sekian lama aku tinggal kan ...Untuk pertama kali ni ..aku mengarang dulu..nak test power yang lama aku tinggalkan..heheheehheheheeh....awesome..............terbaikkkkkkk