Nuffnang

Thursday, May 24, 2007

Pertengahan Tahun 2007

Tahun 2007 dah pertengahan dah...Macam dah berlaku ni...
Aku nak balik kampung sekerap mungkin Isma dah beli kereta dan nak dapat baby
Aku memohon nak pindah kerja





Cinta aku terputus jua (Yg ni paling perit)




Masalah pindah umah kembali lagi(masalah ni bila ler nak setel ni)




Dapat telefon baru




Belajar penggunaan Video Kamera serta Edit Videonya sekali..


Zoul datang Batu pahat makan nasi beraini





Friday, May 11, 2007

Loghat Kelateness Vs Jawa

DOWNLOAD
Lagu Asal - Pencinta Wanita
Penyanyi Sheqa
VS
Lagu asal -Peter Pan
Penyanyi Didi Kempot
p/s : Sebab aku dah duk kawasan masyarakat jawa ni kena belajorlah skit2..hahahhha....best lagu tu...

Thursday, May 10, 2007

Selamat Hari Ibu

Ibu?
bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu?
Ibu?
kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan
Ibu? kau ampunilah dosakuAndainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah, Tuhan?
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

Download lagu di atas

http://www.savefile.com/files/501128


Tuesday, May 08, 2007

Part 1

Bulan yang memenatkan bagi aku walaupun cuti panjang untuk perkerja pada 26/04 dan 1 & 2/04/07 untuk percutian Agung dan Cuti pekerja. Cuti aku sempat juga jalan ke PD saja jejalan umah akak aku...xder cerita kat sana aku hanya pergi kejap ajer..
Tapi banyak benda pelik aku alami contoh nya aku pi salah umah org ni yang mana depan pintunya ada tergantung sesuatu yang ganjil..Bila tgk benda tu aku rasa xsedap plk..Nak tanya umah xbest lak kan..Aku terkejut juga bukan setakat depan umah tapi pintu bilik tidur pun ada jadi aku sempat eh ambik gambar yang terdapat kat atas tu...Mungkin keluarga tersebut nak mintak jauh daripada bala petaka kut..Aku malas nak campur tangan hal org ni..biar ler..kalau korang caya tak?????

Terbaru kawan aku yang lama membujang akhirnya kahwin pada hari tu.. Alhamdulilah tamat juga akhiri zaman pada umur 34 tahun..


Macam biasa kat johor ni kalau keturunan jawa ni wajid dia ada persembahan kuda kepang dgn ada persembahan lain dengan ada manusia bertopeng, entah aku pun tak tau menda nama dengan satu lembaga yang berkepala harimau dan berbulu burung merak..Mmg mengerikan tapi org kat menjadikan satu hiburan dan juga adat sebab setiap kali ada majlis perkhawinan wajid ada menda gitu..

Best juga tahu berbagai adat manusia ni ...kekadang menda mcm tak wajid..sah sah kos nak kahwin tinggi nak wak benda tu..Paling penting kat sana wajid ada band penyanyi biasa nya diaorang menyanyi sampai malam..Kalau buat pat aku mcm tu, habis hancur..

Pada 1 Mei aku diarahkan pi perhimpuan hari perkerja lah plk kat stadium Putra...Penatnya pi sana sehari tidur atas bas dah ler aku tertinggal bas sebab lewat pi sana....Ahak

Antara persembahan yang ada kat situ..mmg kat sana mmg penuh sebab semua dtg berkumpul kat situ..

Aper maksud gambar ni, sebenarnya aku nak cerita tentang air kat pat aku...korang bayangkan hitamnya air tu...mujur ler aku sempat tgk kalau tak dah aku jurus kat atas kepala ngan air tu..begitulah nasib kami disini air kat sini mmg kotor...dulu aku pernah gatal dan bengkak kat muka sebab air kotor tu..terseksa tul ler tu baru luaran kalau air mcm tu diminum pussssss..nampaknya pendek eh umur..


Gambar ni xder aper maksud kut....









Tuesday, April 17, 2007

3 Malam Di Melaka


(Suasana Malam di Bandar Melaka..Cantik ek)



3 hari bercuti di Melaka...Kira lama juga bercuti tu..Walaupun jarak Melaka dengan Batu Pahat tak jauh tapi aku jarang pi sana..Kalau aku pi pun hanya pi balik terus, aku pi tenguk sepupu aku kat sana..Tapi kali ni aku 3 hari pi sama kawan aku kursus kat sana sebab 1 hotel dia duk sorang jd dia ajak aku..



3 hari aku bangun tidur kat hotel tu keluar jejarang sebab jalan sibuk sebab ramai orang yang datang pi tgk jemheboh kat melaka. Tapi yang paling best hotel aku duk tu dekat ngan MP jd kalau boring sangat aku pi jejalan eh kat sana..



Tapi g eh kejap jupa sepupu jejalan kat jomheboh..tu ajer aktiviti masa cuti hari tu...boring pi jejalan seseorang leh jd blur kalu seseorang lelebih kita sorang....



Tapi aku ada cerita disebalik duk hotel tu...aku bukan nak burukkan hotel tu...tapi aku hairan apasl dia letak buku dlm laci satu almari ngan buku bertajuk THE TEACHING OF BUDDHA.



Korang pikir eh sendiri ek..walau pun hotel tu bertaraf 5 bintang..Entah aper aku nak cakap...






Friday, April 06, 2007

Hanya kerana Seekor Anak Kucing

Hari aku nak posts pasal minat yang pelik seorang kawan aku ni..Entah aper2..Kawan aku ni minat sangat nak pelihara kucing, tapi kucing pun terpilih ajer..Dia nak pelihara kucing yang parsi tu yang kucing kampung di xnak..Aku jenis layan ajer, aku ingatkan dia ni main2 ajer tapi betul2 serius eh..Aku pi eh juga kat kedai jual kucing parsi, sebelum beli tu aku tanya eh pasal penjagaan kucing tu...Aku mula2 dgr mmg best juga pelihara seekor kucing ni...Semua kucing kat situ semua lawa...Aku tgk harga yang paling tinggi kat situ ialah Rm 1800 xsilap aku....Hahahaha...membazir eh..xnak aku..dah ler kena jaga nya agak cerewet..
Kena mandikan.
kena bagi vitamin
kena bersihkan sangkar
kena potongkan kukunya
kena sikat bulunya
kena jaga kesihatannya
dan banyak lagi..
Tu tak kira kos lagi...
Jadi kat sini aku nak cerita semua kos untuk Pelihara seekor kucing..Jadi korang leh jadikan sebagai rujukan...



  1. Seekor kucing RM 200.00
  2. Makanannya(Regu Cucin 1kg) RM 42.00
  3. Sabun Mandian(Fido Shampo) RM 12.00
  4. Bekas makanan RM 6.00
  5. Sangkar RM 48.00

  6. Towel RM 4.90
  7. Sikat RM 6.00
  8. Bekas Air RM 27.00
  9. Vitamin (Cat Ceohior) RM 13.00

  10. Litter Scape RM 4.80
  11. Cat Litter Scoepable RM 20.90
  12. Bedak kutu RM 12.00
  13. Dettol Antibacteria RM8.60
  14. Minyak Zaiton RM 4.90

  15. Kapas RM 2.20
  16. Bedak RM 5.07

  17. Klinik(ubat+byaran) RM 100.00 + RM 30.00








01. Tu kira murah harganya RM 200.00 kalau tempat lain harga nya leh cecah RM 500.00 keatas..Warna kelabu..entah kawan aku namakan dia CHELSE...Untung kau kucing...















02. Makanan dia mahal eh skit RM 42.00, tapi sebab dia anak lg dia makan skit ajer..3 lagi bagi pagi, tenghari dan malam..










03. Vitamin kucing kena bagi hari2..sekarang kawan aku gi kerja lewat skit sebab kena bagi vitamin tu dulu..kucing bagi vitamin tapi tuan dia tak plk..dah terbalik dah..




04. Bedak kutu, lepas mandikan kucing kena letak benda tu supaya menghindari dari kutu2 ni..bulu lembatkan...




05.Syampu.. bukan guna selalu pun..kucing ni xleh selalu di mandikan..kalau leh 3 kali sebulan ajer.




06. Minyak Zaitun dia guna untuk lap telinga kucing sebab kucingnya banyak tahi telinga...




07. Sikat kucing..yang ni aku suka..kalau aku xder menda nak buat aku suka sikat bulu kucing..mcm awek aku lak..hahahaha











08.Hari2 kucing ni selalu ajer kena duk dalam ni..dia xleh lepas mcm kucing biasa..







Rekod untuk belanjawan Kucing









Ubat telinga kucing harga RM 100







Bekas minuman kucing tapi dia tak pandai nak minum guna benda tu

Bola gofl yang aku suh wak jd maian kucing tu

Dettol untuk basuhkan bekas makanan dan minuman kucing takut kena bacteria.

Buat kucing ni nilai dia RM 100 juga



untuk buang najis kucing

Bekas makanannya

Malas lak nak tulis..Jadi jumlah semua barangan utk menjaga Kucing ialah setakat ni RM 547.37

Percaya tak percaya ni semua fakta.....

tempat buang najis kucing ..guna pasir malam tu kat atas..pasirnya tak sama ngan pasir kat luar umah tu..pasirnya ada bau wangi..

Tuesday, March 27, 2007

Cara Memilih Kawan

NASIHAT yang boleh diikuti dalam
membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
Pertama,
pilihlah sahabat yang suka
melindungi sahabatnya, dia adalah
hiasan diri kita dan jika kita dalam
kekurangan nafkah, dia suka mencukupi
keperluan.
Kedua,
pilihlah seorang sahabat yang
apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau
bantuanmu, dia suka menerima dengan
rasa terharu, jikalau ia melihat
kebaikan yang ada pada dirimu, dia
suka menghitung-hitungkan
(menyebutnya).
Ketiga,
pilihlah seorang sahabat yang
apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau
bantuanmu, ia suka menerima dengan
rasa terharu dan dianggap sangat
berguna, dan jika ia mengetahui
mengenai keburukan dirimu ia suka
menutupinya.
Keempat,
pilihlah sahabat yang jikalau
engkau meminta sesuatu daripadanya,
pasti ia memberi, jikalau engkau diam,
dia mula menyapamu dulu dan jika ada
sesuatu kesukaran dan kesedihan yang
menimpa dirimu, dia suka membantu dan
meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima,
sahabat yang jikalau engkau
berkata, ia suka membenarkan ucapan
dan bukan selalu mempercayainya saja.
Jikalau engkau mengemukakan sesuatu
persoalan yang berat dia suka
mengusahakannya dan jika engkau
berselisih dengannya, dia suka
mengalah untuk kepentinganmu. Dalam
memilih sahabat kita hendaklah memilih
sahabat yang baik agar segala matlamat
dan hasrat untuk memperjuangkan Islam
dapat dilaksanakan bersama-sama
sahabat yang mulia.
Aku rasa diri ni tak layan langsung jadi kawan..entah nak kata aku ni baik tak juga nak kata jahat tak juga...hanya seseorang ajer yang dapat nilai aku....sekarang ni aku leh tgk sorang2 kawan aku,pelbagai ragam...ada yang mcm ni, ada yang macam tu....ada yang ikhlas ada yang tak...Entah lah...tapi kebanyakan kawan sekarang hanya kawan bila perlu pertolongan ajer..aku bukan nak mengungkit tapi tu hakikatnya...bila nak pertolongan baru cari kita...kalau senang jangan harap nak jupa kita...aku dah alami bermacam2 dah..aku dah paham dah sesangat dah..aku pun kekadang sama juga....susah nak beri kecayaan terhadap kawan sekarang..berhati hati lah bila memilih kawan....

Monday, March 26, 2007

4 HARI KU BERKAMPUNG


21 Mac 07
Puk 4 pagi aku bertolak dari batu pahat ke Kelantan ...Aku ingat puk 4 pagi tak der kereta atas jalan ...Fuyo ....dan penuh pun..mula2 risau juga nak balik kelantan waktu pepagi ni lelebih aku sorang ni ..dah lah ambik masa 12 jam dlam perjalanan Ya ALLAH boringnya aku.....Aper lagi aku buka radio sebagai penghibur hati...dalam puk 5.40 aku dah sampai segamat aku singgah kejap kat masjid besar segamat nak solat subuh..Alhamdulilah sempat juga bersolat berjamaah..Isma(kawan yang balik sama ngan aku tapi dia dari penang)dia sms aku dia dah kuar dari penang..aku xdpt nak sms balik kred xder...pas solat terus aku gerak..dlm hati aku nak sampai awal xsabar nak tgk kereta kawan aku ni..dia cakap dia beli kancil...takperlah kancil pun kancil janji dapat beli kereta sendiri..
Perjalanan aku amat memenatkan juga eh...sebab aku target nak sampai awalkan...sampai kat terengganu aku isi minyak dlm Rm 40 tapi dan akhirnya dalam puk 1.50 aku akhirnya sampai di Mache tempat lahir aku..sebenarnya aku malas nak balik kg, dlm perjalanan aku ada hati nak cancelkan xnak balik tapi di ingatkan pasal mak aku suh balik jd aku balik juga..entah aku pikir sampai aku xnak balik tu..
sampai machang terus top up kred hp..terus sms kawan aku dah sampai ke blum rupa2 nya dia puk 10 dah sampai...aku suh dia kuar, aku tak sabar nak tgk kereta dia ni..kancil tetiba dia sampai woooooooo rupanya dia beli waja fuyooo....aku tak kisah sangat ler dia nak beli aper pun janji dia happy..aku ni bukannya jiwa motosport sangat xderlah nak kutuk atau dengki kat dia...aku pakai kenariah pun dah rasa bagus dah xyah nak beli yang besar2 nnti susah nak parking hahaahahha....Akhir hampir setahun setenggah aku tak jupa kawan rapat aku dulu..sejak dia kahwin aku xpernah jupa..aku ngan dia pernah ada masalah hampir 2 tahun juga..pastu dia hampir nk kahwin kami berhubung balik aku pun dah kerja dah malas nk pikir pasal dulu..kami ambik jalan mudah bina balik persahabatan dulu..tapi xmungkin mcm dulu sebab 2-2 dah ada haluan memasing...dia pun dah kahwin..alhamdulilah...

22 Mac 07
Aku biasa kalau kat kampung aku tidur pastu aku memain ngan anak2 saudara..kiranya aku sepenuhnya masa kat keluarga..tapi ayah aku juga agak sibuk skit ajer..selalu ajer xder umah..Jadi aku melayan bdk2 kat umah aku ni...pada hari tu aku tunaikan hajat aku nak wak makan2 kat org kampung pada malammya..syukur alhamdulilah semua nya berjalan lancar...bukan aku uruskan tapi abe aku yang uruskan aku ni hanya memerhati dari jauh ajer...tapi gong punya kawan aku ..org kmpng dah balik baru dia sampai padahl aku dah cakap aku wak pas isyak sekali kan ngan kenduri arwah..mujur ada lagi..aku inngatkan dia datang ngan bini nya tapi dia bawa adik2 dia lak ...mabuk aper mamat ni...takperlah ikut pandai dia ler...aku tak kisah sangat..
bila dah buat makan2 ni soalan yang sensasi yang ditanya org kampung"mu wak balik bini ko"tu baru satu
"bila mu nak bininya"
Adus aku muda lagi nak bini dosss ko..tapi aku tgk kampung aku bdk lepasan spm dah kahwin pun ada setenggahnya dah buncit perutpun ada..sebab tu tak hairan diorang nak tnya....bagus juga kahwin muda ni...entah aku xder lagi feel nak nikah lagi lelebih xdop jodoh lagi..tapi org cakap nikah ni jangan dipaksa nnti sampai jodoh tetiba ajer leh nikah, sampai masa nikah ler aku...ikut hati aku tak kisah nikah bebila pun..masa ni ker, lambat lagi...tapi bila kawan aku tu dah nikah rasa mcm nak juga nikah...lupa eh hal nikah wk serabut perut ajer hahahha...

23 Mac 07

Macam biasa paginya bangun gi bawa jejalan anak saudara kat kedai aku bagi ajer aper diorang nak makan...aku rasa sejak aku balik ni..makanan kat umah aku takpernah habis aad ajer makanannya..kalau aku tak beli ayah aku yg beli dlm peti sejuk umah aku sampai penuh....balik dari kedai gi sembahyang jumaat xramai bdk2 kampung kebanyakkan dah kerja kat luar semuanya...mcm aku ni..tapi tanpa aku sangka azuan ibrahim kawan kampung balik juga..hahaah rupanya aku balik bukan keseorangan rupanya mamat ni balik juga...borak ngan dia kejap setelkan maslah negara..hahhhaaha...petangnya aku g umah ayah isma kjap ajer,dpat juga naik keta baru..hahaahhahhaha

24 Mac 07

aku tak buat aper cuma g jejalan kat pasar beli aper yang patut..petangnya last sekali isma bawa juga bininya dtg umah aku...leh tahan juga bini ...hahahha org perlis...cntik ler..bagus bdknya bersopan santun ajer...aku pun tak biasa sangat ngan dia tapi leh eh borak2 kejap..dia pun singgah kejap ajer nak gerak balik penang lak..

25 Mac 07

Puk 8 pagi aku gerak balik johor fusss malasnya nak balik sini tapi dah kerja kat sini terpaksa eh...mmg memenatkan puk 5.00 baru sampai.Pastu sampai ajer sini aku tertinggal lak seluar baru ajer beli..sedihnya...xleh nak cuba pakai juga...bengang btul ler.

Tuesday, March 13, 2007

Jawatan Kosong

Hari dah tak tahu nak wak aper jadi aku dengan rajinnya menukar templete blog aku ni...nampaknya gayanya umah aku cat baru eh.......


Untuk kekawan semua :

Jawatan kosong di

UTHM - UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA
WEBSITE : http://www.uthm.edu.my

UTEM - UNIVERSITI TEKNOLOGI MELAKA
WENSITE : http://www.utem.edu.my

Selamat mencuba eh......

Monday, February 26, 2007

Apa Dalam Fikiran Aku Sekarang

1.Sampai bila aku nak tinggal kat Johor..
Adakah sampai pecan
Sampai ku menutup mata
kekadang aku putus asa duk sini.
kekadang xtahan
aku boring duk sini

2.Bila agaknya aku akan kahwin
Skrg masih solo lagi..
sampai umur 30 tahun baru kahwin
Alasan xckp duit ker?
ke xder org nak kat aku kut?
Nak suh keluarga carikan..

3.Bila aku nak sambung belajar
dah rasa senang kehidupan sekarang kut
tapi aku kena sambung
kalau aku smbung ape aku leh ngan benda tu..naik pangkat..ummma
Aku dah malas nak belajar..

4.Bila plk nak rasa bercinta plk ek?
Ramai org xsuka aku daa
aku pun xtahu aku ni jenis mcm mn..

Thursday, February 22, 2007

Aktiviti Penuh






Aktiviti masa cuti tahun baru cina..Walaupun dalam hati berkobar2 nak balik kg tapi apa kan daya..Aku rasa 4 hari tak cukup aku balik sebab aku kena mikir dari banyak segi, bukan segiempat atau segi tiga tapi dari aspek kos, masa dan keadaan..Tapi dipikirkan balik sebab jarak antara raya haji ngan raya cina dekat, jd rasanya baru ajer balik....tapi kalau aku balik mesti leh jumpa kawan aku, dah hampir setahun tak jupa..kalau mikir gitu terus ajer nak balik, kalau mikir bab lain selain dia..rasanya tak perlu balik...
Sebelum ni aku dah rancangan terlebih dahulu, mmg dlm perancang 2/3 bulan dulu mmg aku nak pergi PD dan mmg xnak balik kg..last2 kawan aku cakap dia nak balik tu yang naik angin balik kg...Setelah dipikir, dipertimbangkan dan diujilarikan aku angkur juga...Aku ambik keputusan tak balik sebabnya aku baru ajer balik...org cakap kalau tak penting sangat xyah balik..sebab jarak johor dan kelantan mengambil masa 12 jam..kalau dipikir balik aku ambik masa 2 hari dalam perjalanan pergi dan balik, kalau cuti 4 hari 2 duk umah dan 2 hari duk atas jalan...bila pikir mcm tu baik aku balik hari betul bermakna..contoh hari raya kita...raya cina bukan kita raya pun..har har har..
Perancangan dah dibuat cuma aku sebagai pengerusi,ajk pengangkutan,penginapan,bendahari dan semua aku yang uruskan utk aktiviti musim cuti ni..mcm2 kerenah kena hadapi..har har har...Perancangan aku gerak hari sabtu 17/02/07 dlm perancangan nak gerak puk 1.00 ptg tapi terpaksa batalkan sebab salah sorang ada uruskan program jd geraknya pada 6.00 ptg dan sampai sana dlm puk 10.00 mlm ker..aku pun dah lupa..har har har..sampai terus makan dan balik sembahyang jamak ajer eh..kuar balik puk 12.00 dan balik tidur puk 2.00 pagi..
Keesokan paginya dalam puk 7.00 dah bergerak ke pantai utk mandi lepas mandi pi makan dan rehat kejap dan pergi ke Melaka...Aku rasa perncangan aku mmg terabur...sebab ramai sangat yang bagi cadangan sendiri...pepandai buat hal sendiri..aku malas sangat nak melawan sangat aku ikut ajer...aku dah malas melawan kalau dah tahu org tu mcm tu...Jadi bab kata fara fauzana LAYAN AJER...
Dalam puk 2.00 petang bertolak ke Melaka...Kat melaka tu aku nak tegas eh skit, sebab aku adil..jadi bila sampai sana keputusan aku buat..mana aku nak pi dan kuasa ditangan aku...aku wak keputusan sebab aku tgk berapa ramai yang setuju...Jadi sebab kan aku dah ada kuasa ditangan(bukan mcm power ranger tu) aku..jd ada ler yang tak puas hati...biasa eh menda mcm ni ada yang tak puashati dan ada yang puashati...
yang paling menarik walaupun org tak puashati perangai lain mcm aku jg jd cover...aku ler jd masa org tempat org nak marahkan..LAYAN AJER...walaupun hati aku ni ada juga perasaan aku nak marah tapi simpan ajer, malas nak besarkan....JAWAPAN DIAM ajer..Last nak sampai umah sempat aku jd badut nak meriahkan keadaan dlm keta yang hangat,sorang2 dah layan kepala memasing..muka tak puashati..tapi diorang ok alhamdulilah kejap pastu okies...sempat ler suka har har har...pastu bila diaorang dah ok aku plk layan kepala penat layan ajer ni..
Sampai ajer, sempat minum puk 12.00 pas minum g htr yang lain ke umah...aku lepak umah mino main internet ingatkan nak balik ajer lepas tu tapi syok lak..lepak sampai puk 4.00 pagi tapi rasa serba salah lak nak balik jadi aku main internet sampai puk 7.00 tapi aku xtahan juga penat last2 puk 4.00 aku tertidur masa tgh chatting tu..Puk 7.00 blah g kedai mamat makan dulu sebab semalaman dlm kelparan tapi xder makanan..Pas makan aper lagi balik tidur dan puk 1.00 aktiviti seterusnya dah nak bermula...Puk 2.00 dah nak gerak pi segamat teman kawan aku dia ada hal..xleh beritahu bahaya....next posting aku tuliskan aper aku wak kat sana..puk 8.00 baru sampai balik ker b.pahat..penat yang semalam xtidur tak habis lagi....
Keesokannya plk di pengerusikan kawan aku, ajak main bowling plk...bermula pun 11.00 pagi kena bangun awal lagi...PENATNYA..aku kena pergi kalau cakap xnak gerenti xpergi punya..penyampah aku...gi main..tapi hari tu ramai org jd kena tunggu puk 1.00 rasa baru leh main...dlm keadaan penat dan tak pandai main aku ngaku aku kalah set pertama dan set kedua dah naik eh skit..har har har...setel main g makan nasi beraini lak kat mat shah tu kat berserai yang popular tu..masa tu dlm puk 3.00 dah, gi gi nasi dah hbs nasi tgh masak jd tunggu lah...dah siap nak mintak ayam tapi ayam hbs terpaksa makan kambing...dah setel makan gi jalan lagi tu..gi bpmall aduss layan lagi..dan last sekali balik aku rasa kepala aku dah pening dah tak larat nak bangun ..peningnya semacam ajer, sah pening makan kambing td...aku xleh nak wak aper dah terpaksa telan ubat dan TIDUR..........................................................END

Wednesday, January 31, 2007

Ku Sedar Diri Ku Makin Tua

Dalam ni tiada lampiran atau gambar rajah nak aku/saya letakkan kat dlm blog ni...cuma aku/saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kekawan, saudara mara, sepupu sepapat dan dimana jua anda berada...

Thank wish kat aku/saya kerana menyambut ulang tahun...Syukur alahamdulilah aku/saya masih lagi bernyawa....walaupun diri ni manusia biasa, kekawan ada ratu hatiku..huhuhuhuhhu..

thank bagi sms

Fatimah
Hepi Birday...sMoga d murahkan rzeki n tcapai ap yg dihjati

Fadli
HAPPY BIRTDAY KAWAN..smoga d pjgkan umur n d murahkn rzeki
Mekcik
(gambar) hepi besday

Sema
Anyway birthday..moga d cepatkan jodoh anda

Meknor
Selamat hari lahir,smoga panjang umur

Romaino
Salam, abe,xingat nak wish hay besday..tua dah tu, bleh doh nikah..heheh

Thank bagi mesej


Sajidah(janji nak bagi kek tapi tak bagi pun)

Madi
hepy besday weh...moga muroh rezeki....panjang umor blh buat amal n kumpul pahalo banyok...jgn hidup lamo buat doso doh la......huhu:D

Nurul
hepi besday..
semoga dipanjangkan umo dan dimurahkan rezeki..

^_^

Liana


Rosha
hapiii birthday 2 u...
semoga senakin bertambah umur..heheheh:)

Mijal
selamat menjadi warga yang lebih matang. Moga pertambahan umur mampu menjadikan diri sebagai muslim sejati.Ingat mija lebih tua.....well whay u'r target 4 this year!!?? Semoga berbahagia dan menjadi anak yang soleh dan umat yang dikasihiNya...

Eju
sahabat yang di ingati
semoga kehadiran umur yang makin tua ini banyak memberi keinsafan dan kesedaran diri pada sahabatku ini... selamat hari jadi k..
nanti balik kita jumpa k..aku buAT li kat terengganu

chikyie
[09:10] chikyie: selamat hari lahir wesss
[09:11] chikyie: tua dah mu niii.. semoga panjang umur n kualiti umur tu..

Thank bagi ucapan terus/tapi dalam malu

Kekawan Opis aku dah diorang dapat kesan..

Akak Munirah

Din

Amin


Hanya sorang lagi aku tunggu ..tapi sampai sekarang tak wish2..
Dan Akhir 31/01/2007 puk 2.25 yang dinnti call juga..thank eh walaupun lewat...

Monday, January 29, 2007

Untuk Aku


k..Skrg ni katakan aku nak try teka tarikh lahir korang...then aku suruh kurang buat kiraan dibawah;

langkah1:ambil no. bulan yg korang lahir (cth:lahir bulan 5)
langkah2:darab no. tadi dengan 5 (5*5=25)
langkah3:kemudian tambah 6 (25+6=31)
langkah4:kemudian jumlah tadi darab 4 (31*4=124)
langkah5:jumlah tu plak tambah 9 (124+9=133)
langkah6:darab jumlah tadi ngan 5 (133*5=665)
langkah7:kmudian tambah jumlah akhir tadi dengan haribulan korang lahir.katakan lahir pada 12 haribulan 5,perlu tambah 12 (665+12=677)

lepas korang kira diatas,barulah aku tanya nilai angka akhir yang korang dapat.lepas tu macam contoh yg aku buat korang akan jawab 677...dengan muke machonyerr,dalam kpala otak aku,aku trus congak nilai akhir tu tolak 165 iaitu 677-165=512....dan dengan machonyerr skali lagi aku pun bersuara,korang lahir 12 hb 5 kan ?512 tu 5 tu ialah bulan dan 12 ialah hari....selepas korang tolak 165,angka yg datang dulu ialah angka menunjukkan bulan kelahiran dan angka kemudian menunjukkan bilangan hari...katakan korang dapat angka 1231 selepas tolak 165,bermakna dia lahir 31 hb 12....dats all...gud luck!

Tuesday, January 23, 2007

banjir

Tuesday, January 16, 2007

Entah

Berbulan bulan aku tak ambik tahu pasal blog aku ni....nak cakap tak sempat tak juga..yang pasti mungkin malas kut....banyak perkara aku alami sebelum ni tapi aku mmg malas nak pikir..dlm bulan bulan ini banyak dugaan, cabaran, halangan aku tempuhi...kekadang membuatkan diri aku penat sesangat yang dapat aku elakkan....dari mula aku start dari raya korban hari tu...sebelum aku balik raya hari tu tempat aku kena audit jadi aku kena bersiap sedia sebelum nak balik.....dan pada masa tu johor dah alami banjir yang teruk sesangat...nak kena pikir nak balik kampung plk.....sebab jalan yang biasa aku kampung xleh nak lalui sebab banjir...selepas setel pasal audit..nak apply cuti nak dapat kelulusan susah plk..sebab diorang nak buat aktiviti pada hari raya pertama..aku tahu ler kat sini hari haji tak meriah, jangan wak seksa org pantai timur yang nak beraya ni...dah kehadiran wajid gila aper nak datang sini hari raya pertama yalah akukan ambik masa sehari dlm kereta dari kelantan ke johor...tapi sebab dah lama aku tak cuti aku ambik cuti juga aku ambik keputusan aku tak pergi aktviti pejabat aku.....last sekali aku ambik cuti seminggu ..huhuhuhu...

Setelah setel pasal tu plk, aku dgr jalan segamat xleh nak lalu sebab salah satu jambatan nak kesana runtuh...aduss ...last2 sekali aku lalu jalan kl-gua musang..dah terpaksa habis bajet aku nak beraya sakan kat kampung habis kat minyak ngan tol...kalau lalu ikut segamat-kuantan RM 100 pun tak habis...redha ajer eh...tu kali pertama dan terakhir aku lalu ikut sana, tak sanggup aku lagi...on the way dah berpuluh dah saudara mara aku call tanya bila nak sampai sebab malam tu salah sorang saudara aku akad nikah ...aku mmg kalau leh nak sampai awal moga sempat ler ngan majlis tapi kat area kl tu mmg jem teruk tu kali pertama aku sampai kl dan aku drive sendiri..mmg jem gila...mmg tension..patut ler kan org kl sana sebut alasan jem ajer kalau lewat....aku nak lepas jalan jem tu...siap doa moga perlancarkan perjalanan aku ni..tapi alhamdulilah sejam juga terperangkap kat sana baru lepas....dan last pukul 10 baru sampai umah kat machang...penat....last timbul plk kawan aku ni nakbalik juga balik umah dia di kota bharu adus penat nak htr dia...terpaksa eh hntrkan mcm raja siot..dari mache ke kb,kb ke mache ambik masa 2 jam plk...baru leh tidur...diaorang ni mikir pasal diri sendiri ajer tak pernah mikir pasal org....tension juga....tapi aku malas nak mikir sangat pasal2 remeh ni..banyak benda lagi nak pikir..

Pada hari raya, aku mcm biasa eh sembahyang raya terus pi pat korban aku tukang korban ajer..hajat tahun ni aku tolong potong daging masa fresh lagi tu...masa dia sembelih tu, darah terpancut2 aku dah rasa lain dah...aku dah tak tahan nak tgk dah..bau darah dah kuat dah....aku cepat2 blah tu kelemahan aku..aku ni jenis mabuk darah...aku dah cuba lawan hari tu....sebelum terjadi aper2 baik aku blah...dah banyak kali dah aku lawan menda ni...mmg aku xleh...dah ler family aku ambik 2 bahagian (bukan 2 ekor tau)..tapi 2 bahagian mmg dah banyak dah..puk 2.00 mak aku dah siap masak daging tu...umah aku dari puk 3.00 sampai puk 12.00 malam mmg penuh ngan saudara mara yg datang yang tak putus2. Hari raya seterusnya org dah kurang dah datang cuma aku ajer pi jejalan umah lain....aku mcm biasa eh ..selagi kawan rapat aku tak balik mmg aku tak berapa nak berjalan eh,..sebab aku selalu ngan dia ajer nak pi jejalan ni ...

Hampir seminggu aku duk kampung, dah tiba masa aku balik ke johor balik sebab keesokan aku kena kerja sebab aku ada meeting..tapi satu ajer yang tak aku puas hati ialah sebab hari yang aku kerja tu hari sepupu aku nak kahwin....jd tak sempat juga eh aku...tapi sebagai penawar hati aku bagi hadiah paling besar kat dia...huhuhuu....puk 1.00 baru sampai johor sebab aku pi melaka dulu hantar sepupu aku dl...penat tu tak terhingga....pepagi lagi aku dah kena pi ofis sebab nak cari maklumat untuk meeting tu..hari kedua kerja ada bengkal plk...

Dah 2 minggu kat sini aku banyak menda aku buat....tapi satu ajer menda penting yang aku buat ialah aku isi borang untuk apply ke UMK (Universiti Malaysia Kelantan)..aku berharap sangat aku dapat kat sana...tapi menda xtahu lagi...dan aku berharap aku dapat bersatu kembali persahabatan aku dulu...aper maksud aku...sahabat baik yang kerja kat pinang dia minta juga..jadi bila aku dan dia dapat kami mungkin satu bumbung tempat kerja...

Friday, December 15, 2006

BiLa DiRi DiSaYaNGi

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri


Mula dengar lagu ni mmg aku tak paham aper maksudnya...Pastu bila diterangkan baru ler aku paham maksudnya..aku dulu selalu juga nyanyi lagu ni..lagu ni best juga sebab dia alah2 jiwang tapi sebelum ni aku tak paham langsung pun...
Lagu ni aku start paham masa gi kursus hari tu...fasi selalu ajer pasang lagu suh nyanyi ler..aku aper lagi nyanyi eh...pastu duk dgr lagu ni....dia cerita eh sikt pasal tekuarnya lagu ni...kalau korang nk paham ...baca betul2....kalau xpaham juga nnti aku terang....

Friday, December 08, 2006

Perkhawinan Ismaruzi



Sebelum ni aku dah pernah letak kad jemputannya kat archivies bulan 23 ogos 2006 bertajuk Sahabat ku...Nampak sangat poyo ajer kawan aku tu..hahaha..gambar ni aku dapat dari friendster jara ..orgnya pakai tudung kuning tu....dan semuanya sebelahnya kawan seangkatan ngan aku...Tak silap diaorang ajer yang pergi masa perkahwinan kawan aku tu yang lain semua tak dapat balik termasuk lah aku kerana kerja...xdapat cuti eh....aper pun dia tgh bahagia ngan isterinya...

Wednesday, November 08, 2006

Raya raya

Assalamulaikum ....

Wah, sejak raya aku tak update pun blog aku...aku tgk blog orang lain semua citer pasal raya mcm best ajer....aku pun nak citer mcm tak der yg best sangat...tapi aku suka baca citer org lain eh....Aku pun kurang masuk blog aku...bukan taknak buka..tapi aku xsempat masuk kerja..ada ajer kerja kena buat....pastu mood aku nak update blog makin malas ajer sejak blog aku ni gong ajer aku tgk...msjbox dan chatting box duk kat bawah tu..aku tgk jd xder mood terus nak update...tak der orang nak tolong ker....kang aku tutup terus baru tau..dah memacam aku ubah setting menda tu tapi entah ape2 jdnya.....bior eh...

Sebab korang dah citer pasal raya aku pun nak citer eh ckit....aku mcm biasa ler kat kelantan kalau raya puasa mmg kurang meriah tapi ramai yg balik kg sebab tu ajer cuti yang panjang tapi raya paling meriah ialah raya haji...raya tu mmg raya paling meriah...tak boleh di banding ngan negeri yang lain...sapo tak suka makan daging banyak banyak pastu jd gemuk....hahahaaa...kat sana raya haji pun bdk2 dapat duit raya tau....

Jadi pada raya puasa hari tu ...aku ambik cuti 2 hari cuti ajer campur 4 cuti umum...aku simpan cuti nak ambik nnti raya haji ni...mmg aku kejap ajer kat kg lelebih lagi aku dah boring dah kekawan aku semua xder eh...ada kawan pun semua buzy..jd aku pun gi jalan pun gerak ngan family eh jd drive family aku...aku ikut ajer ma ayah aku nak pi mana...

Malam raya pertama tu, ayah aku ni teringin nak wak sate lah plk...aku ler yang kena buat start dari hiris daging, cucuk dan bakar semua aku...dah dia nak sangat..aku terpaksa ler buatkan...dia dah siap belikan semuanya..malam raya tu aku ler seseorang duk bakar sate..2/3 pagi seseorang.....ayah aku dah tidur dah....dah buat banyak lak tu....last last sekali aku tak tahan gantuk aku buat separuh ajer selebihnya aku tinggal ajer...hahahaha pepandai ler saper2 nak makan bakar sendiri..habis terbakar bulu tangan aku kena panas....licin beb...semua setel aper yg patut..aku terus tidur kat depan tv..konon nak tgk org bagi ucapan kat tv..kut2 ada org bagi ucapan mana tahukan...last last sekali tv tgk aku...

Pepagi sedar puk 4.30 tk selesa lak tidurnya mcm org tidur sebelah lak...tgk tgk anak saudara dah duk sebelah..dari tidur bertilam terpaksa tidur atas tikar ajer..kacau ler anak saudara aku ni...dia ingat aku ni ayah aku sebab tu dia tidur sebelah aku..sebab dia selalu tidur ngan ayah aku..dah puk 5 dah tidur skit aje ler..bangun tidur tubuh aku naik lenguh lenguh gara2 tidur tidur atas tikar...

Bangun pepagi, mcm biasa ayah dan mak aku dah ke masjid sembahyang subuh..jap jap lagi sampai eh org2 masjid mai beraya...mmg umah aku macam tu..lepas subuh mesti dia datang makan dulu umah aku....entah apasal..biar ler bagus juga..aku blum mandi lagi...sembahnyang subuh pun blum...aku mandi awal walaupun ayah aku dah cakap sembahyang raya puk 8.30 lewat ckit...mandi sembahyang subuh..pakai baju terus, baju pun yang tahun tahun lepas..aku pun lupa bila aku beli...ada yang baju yang baru tapi malas nak pakai bukan maksud aku yg baju baru tapi yg tahun lepas..last last sekali ada sepupu aku tegur.."abe apis sokmo pakai baju warna ni"...aku pun aper lagi ayat cover "alos bakponya dop smart ko abe apis pakai baju ni" dia jawap "smart"
jawap lagi "baju ni molek lagi pakai ler...ngaji sungguh pastu kijo gaji besar gat nnti leh beli baju sokmo, jangan jd supa abe ni, gaji kecil nak beli pun xmampu" dia jawap lagi..."cepat ler siap org nak raya, nak duit raya retek"...bdk2 ni memacam org pertama mesti jupa aku...padahal adik beradiknya kaya kaya...aku juga org pertama nak kena bagi....

Aku terlampau nak bersiap lupa nak makan...ya ler beraya dulu ngan family aku..nak layan kerenah atuk aku tu..nak pilih amat cerewat sekali..terpaks ler layan dulu..org tua tua xleh kasar kasr layan ajer..lepas tu puk 8.15 aku gerak eh pi masjid...lama juga tak pi masjid kat kg...mcm semacam ajer..org tgk lain ajer aku ni...sembahyang pun kat luar nnti senang nak jupa kekawan seperjuang dulu2....Dah selesai sembahyang terus jupa kekawan...mcm biasa salam minta maaf terus blah balik umah...releks jap layan layan tetamu...aku tertidur daaaa.....bangun puk 12, ayah aku ajak pi kubur arwah atuk aku...balik mandi releks kejap tidur balik...puk 4.00 gi jalan umah kekawn..kejap ajer...kejap menda puk 7.00 jg sampai...

Raya kedua dan ketiga..dah mcm biasa dah leh bangun lewat dah..ada ler sepupu sepapat yg datang...aku mcm biasa bangun sembahyang pastu sambung tidur eh...kunci pintu bilik taknak org ganggu...kat luar dah ramai org datang beraya....bangun terus mandi rasa mcm nak pi beraya umah kekawan..sepupu aku pun cakap lupa eh nak pi jejalan tu...dia cakap jalan nak kuar kampung aku tu jalan jem gila..kalau aku pi puk 10 pagi insyaAllah sampai puk 2 petang dia cakap..duk pikir pikir biar eh ..duk umah ajer eh..last dapat mesej kawan aku nak datang umah....bagus eh takyah pi umah dia..tunggu punya tunggu aku tidur balik baru sampai...aku tanya apasal lewat dia cakap jalan jem daaaa...hahahahahhha....

Malam nya ayah aku ajak pi umah saudara aku, bila nak kuar kampung okies lagi masuk ajer lebuhraya dah nampak lampu penuh ajer tengah jalan...aper lagi ayah aku suh pusing balik ajer...xjd nak pi daaa..jalan jem btul....hampa anak2 saudara aku nak pi jelalan...hahhhahaaa...tu keburukan ada keta, leh nak cilok..hahahaaa..tepaksa duk umah...
aku mcm biasa duk umah, main sms ajer eh...malam keesokan raya ke-3 baru dapat pi umah kawan aku ni...dia dari petang lagi duk tnggu aku....maaf yaa jalan jem..ingat nak pi raya pertama..aku tahu sangat ler umah dia mesti penuh...xsuka eh gi umah dia masa ramai nnti xleh nak feeling2..hhhaahahhaha....gi puk 8.00 puk 11.30 baru nak balik..tak ku sedar ler plk...layan mak dan ayah nya sekali...bukan dia sorang..mujur ler aku bawa kawan aku, tak nampak sangat ler kang..huhuhuhuhu....

Raya ke 4,5 aku tetap duk umah tapi kuar ler jupa pi pasar beli barang ckit ckit..cari bahan2 mak aku nak wak ketupat palas...suh aku bawa mai johor ni...aper lagi..sempat ler aku belajar sikit cara lipatan nya..atuk aku dah bagi lampu hijau..dia cakap aku leh buat eh....aku tolong eh ckit buat...mula2 buat susah juga..tapi cikgu2 yang ngajornya ramai ....raya haji ni aku nak tujuk eh kepakaran aku wak ketupat kat kekawan aku..hahahahahaha...

Raya ke-6 aku dah gerak pepagi lagi balik johor balik..singgah jap kat terengganu umah kawan aku beraya eh...turun puk 8.30 pagi sampai puk 8.30 malam...penat woi...sampai umah makan, tidur dan tidur......
Aku lupa nak cerita pasal masa balik hari tu..tgk mcm mana ...kalu rajin aku sambung yaaa....selamat beraya dan selamat pergi umah terbuka yaaa......peace

Thursday, October 19, 2006

Selamat Hari Raya

Hari raya dah hampir nak tiba, segala persiapan blum buat lagi ni...adus....Setakat ni ler, aku hanya beli kerepek ...hampir Rm 100 juga aku beli kerepek tahun ni...Aku pun tak pasti apasal lah aku leh terbeli lebih pulak...mungkin syok sangat duk tgk org lain beli, aku pun beli....tapi semalam aku ada beli sehelai baju, saja beli duk pakai baju sama ajer...semalam juga aku ambik sepupu kat senai...alhamdulilah sampai ngan selamat eh....mungkin hari ni, hari paling last utk bulan ni ..hahaaha dlm puk 3.00 pagi aku dah nak gerak balik kelantan dah....ho ho ho ho balik kampung....Kician kat bini aku(kenariah)sebab muatan kali lebih ramai ..lelebih lagi bawa kerepek..hahahha..Aku dijangka akan bertolak dlm puk 3 pagi, had muatan 4 orang termasuk aku....mungkin mengambil masa 10 jam or 11 jam nak sampai sana......
Disini aku nak ambik kesempatan nak mengucapkan Selamat Hari Raya kepada :-

  • Muatturun

  • Madi

  • sahabat

  • faisalrahim

  • herryzal

  • Honey

  • Pembantu Tok Ngulu Msjbox

  • muqreez

  • Nile ATM

  • Anga N9

  • Anis

  • sajeaje/Zam

  • Nizie

  • Sodep

  • Atul

  • Eyah

  • PENGKRITIK BLOG

  • UstazMuda

  • Nashrex

  • Strike(P.Mas)

  • CD

  • Jebat
  • Thursday, October 12, 2006

    Bagi masa untuk membacanya

    Baca le...sedih cite nie.


    so, slpas mmbaca cite ni, ingat2lah ssape yg slalu mngingati diri u
    all, mngambil brat u all trmasuk juga ayah & ibu u all.
    kawan sjati adalah yg brada disisi di kala susah mahupun snang.
    bukan snang mau cari oooooooo.


    ==============================>>>


    Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung.
    Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara.
    Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan
    adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita
    Naim ye? Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile
    kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik
    main sama-sama. Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian.
    Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.
    Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai
    sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya.
    Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu.
    Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi
    bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi
    kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya.
    Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai
    ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit.
    Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah
    tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri.
    Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut.
    "Wey! Siut!
    Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan
    malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang
    terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK!
    Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk
    bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la!
    zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?"
    Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan
    Naim dari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya.
    Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan
    kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada
    masalah je..." tegur Raiz. Naim kelihatan murung."Aku memang ada
    masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik.
    "Cadangnya gitulah!" "Ala! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak
    borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak
    jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah,
    Raiz mengikut sahaja. "Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok
    aku balik la! boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.
    "Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan
    apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu
    hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.
    "Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi
    kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga
    diorang. Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat
    betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang
    dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.
    "Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang
    nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!"
    Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang
    lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka- sangka nasib Naim sebegitu
    malang. "Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku
    tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hariraya, aku
    tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau
    sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila.
    Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku
    cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang
    apa tau? Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang
    mesti tak ambil peduli!" Suara Naim sedikit tinggi.
    Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah
    sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum.
    "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar
    berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye!
    Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong
    gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak.
    Sampai begini susah hidup Naim! "Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku
    tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat
    apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara.
    Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk
    aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau
    dari hujung rambut sampai hujung kaki.Halalkanlah makan minum aku
    selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!" Mereka berbual hingga
    larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa
    berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum.
    Terus Raiz tertidur. "Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita
    tunggu dia balik!" Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari
    tidur.Terpisat-pisat Raiz bangun. "Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat
    ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain.
    Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni
    kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya. "Eh? Kenapa pulak
    diorang marah ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi
    teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di
    tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang
    sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah
    berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah. "Eh? Semalam saya pergi rumah
    Naim, mak... ayah! Kenapa Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!"
    Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul
    Naim bin Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.
    "Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde,
    sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?" "Budak
    ni... bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari
    pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak
    ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia,
    dah tak ada.." terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah
    terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam
    menjelang raya. Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz
    temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampaikan padanya
    terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.
    "Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak
    raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung
    kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang la
    rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim
    lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah.

    "Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana !

    Plan 1

    Perancangan awal nak balik kampung ....

    14/10/06 - Masa nak cari kuih muih skit nak bawa balik kg...aku waktu kerja malas nak pi cari..masa cuti eh...kat sini mcm biasa eh kerepek eh nampak gayanya aku beli satu guni pastu bagi bagi kat saudara mara... (Terpaksa batalkan sebab kawan aku mintak tolong htrkan dia ke senai..nak balik kampung nya sarawak..manusia paling awal cuti raya)

    15/10/06 - Kawan aku ajak pi JB gi angsana ..entah diorang nak shopping...aku macam biasa eh tukang teman ajer..tapi rasa mcm nak beli jga ..tapi td aku dapat panggilan org suh ot tapi aku tolak..malas aku nak ot ni...pepandai dia eh cari org lain... (aku tak jd pergi gi ..sebab aku tak beli lagi kerepek..jd aku tarik diri eh )

    16/10/06 - kerja seperti biasa eh...rasa xder aktiviti kut.. (malas rasanya)

    17/10/06 - sama kut kerja mcm biasa.....

    18/10/06 - Pada hari tu, worih aku ni nak balik kg sekali ngan aku ..dia belajo kat Unimas jd dia trs trn senai...Eju sampai senai dlm puk 12 malam..gi ambik dia mungkin dlm puk 10.. sebab parit raja ngan senai jauh juga...aku dah lama tak jupa dia sejak aku kerja kat sini..terus tak jupa..

    19/10/06 - Aku masih kerja,aku mungkin ambik pelepasan 3 jam kut...nak bawa jejalan eju tu kat batu pahat ni...tapi aku tak pasti batu pahat ni nak bawa pi mana..tgk eh mcm mana...kira lepas 3 jam tu kira aku cuti beraya terus....

    20/10/06 - Aku tak pasti lagi jd ker tak..aku mungkin tolak awal mgkin dlm puk 1 pagi atau pun pagi esok puk 8..Yang jd masalah yg tumpang 3 org...semuanya nak masa2 lain2...sekarang ni aku tengah pertimbangkan mcm mana...Mungkin jawapan 18/10/06 kut...

    Tuesday, October 10, 2006

    Kad Raya




    Penatnya....terasa sangat puasa bulan ni amat cepat...tapi aku penat ajer...biasanya tak macam ni...lepas buka puasa tunggu Isyak mesti terbabas tertidur...pastu sedar2 kawan aku gerakkan gi masjid...mujur kawan ada kalau tak ....tak pi terawih eh ni...Tapi semalam gi terawih teringat yang shai cakap dia nak hantar kad raya...gi tgk2 kut2 ada ....pastu jupa...terkejut juga akukan...shai hantar betul2 tgk setem wilayah persekutuan tapi chop parit raja....xsabar nak buka ni...buka buka hah..
    Rupa2 Sajidah huhuhuhu...Makcik yang selalu pi pejabat aku ..hahahhahha...jangan marah makcik jidah...

    Ucapan :-

    "Terima kasih buat Makcik Sajidah kerana sudi menghantar kad raya kat saya....Saya pun nak ucapkan Selamat hari raya juga dan happy sokmo....Dan minta maaf Zahir kut kut ada terasa hati ngan saya ni....biasalah menda kita buat kekadang tak nampak...huhuuhu...tahun depan hantar kad raya bunyi boleh...huhuuhuhu.....Nnti balik raya ni bawa ler kuih paling best kat Perak tu Yaaaa....Jangan lupa....Masa raya jangan makan banyak2 kang balik sini...saya tak kenalkan...huhuhhuhhu...masa ni leh kutuk nnti raya kita mintak Maaf yaaa...Okies Sajidah....peace"

    Thursday, October 05, 2006

    Virus Shai

    Ni entah virus aper yg shai htr kat aku ni...sorry eh shai lewat..aku tak sedar pun dia hantar virus berantai ni...aku cuba buat okies....

    1) 1 Ramadhan 1427 Hijrah anda berbuka puasa dengan siapa dan dimana?

    Aku mcm biasa eh bersama kekawan ..sebab aku perantau huhuhuhu..sedihnyaaaaa

    2) Apa persiapan anda menjelang hari raya?

    Persiapan aku xder wak aper pun....cuma sekarang nak beli kerepek satu guni wak balik kg..baju raya tu tgk eh mcm mana, tak tahu nak beli ker tak.

    3) Sepanjang sebulan berpuasa, agak2 kemana lokasi berbuka yang akan menjadi pilihan anda?

    Umah sewa aku dan umah sewa kawan aku...satu pantai timur.....sampai ler sebulan

    4) Pendapat anda,berbuka puasa di Hotel?

    Berbuka kat hotel, okies juga...tapi bagi aku xkemampuan eh nak makan hotel ni....kalau org nak belanja pun aku pikir 2/3 juga...

    5) Adakah anda suke menghantar kad raya (by pos) kepada rakan2, sahabat handai dan kekawan anda?

    Masa zaman dulu2 suka juga.....tapi skrg kad raya pun taknak tgk..tapi aku suka kalau org htr kat aku..

    6) Oleh itu kirimkan lah Kad raya anda kepada dialamat berikut :-

    Hafiz Nordin
    Kg Parit Baring,
    86400 Parit Raja
    Johor

    p/s: Tu alamat betul tau...aku tunggu surat dari shai sebab dia nak bagi duit raya...tak bagi tgk ler nnti...

    Tuesday, October 03, 2006

    Kesabaran Dibulan Puasa


    Sejak puasa ni, banyak dugaan aku hadapi ni....kekadangan kesabaran aku tempuhi semua ni, leh membuat aku jd huru hara hidup aku ni...Entah ler, aku bagai kan sudah putus asa...banyak masalah aku kat ofis..kat luar pun banyak ....
    kekadang sesuatu menda tu mcm dirancang untuk menguji kesabaran aku ni...
    Perasaan marah, bengang, benci, meluat dan semua eh.....kenapa ler masa ni...kekadang aku penat sangat ler dengan semua ni....
    Aku tak suka menda org lambatkan sesuatu menda....padahal ia boleh dilakukan cepat..
    Aku mengaku, aku xleh nak tunggu org sampai aku rasa boring..aku cepat naik marah...
    aku lagi hangat jika org suka mempersalahkan aku padahal aku tak salah..
    Aku rimas jika org desak aku....
    Aku naik menyampah jika org suh ikut pelunjuk dia ajer...
    Aku boleh jaga hati org tapi juga leh paham perasaan org...sebelum nak jg hati org, hati kita kena jaga juga.
    Atas dunia lagi org yang anti ngan negeri..entah aper2 punya org ler...yg jd mangsa aku...apasal lak weh....aku pun ada hak di atas bumi ALLAH ni...
    Semua tu perlu ada kesabaran yang tinggi ....aku cuba tidak membenci org mcm tu...tapi rambut ajer sama tapi hati lain....selagi aku leh sabar aku sabar ...kalau tak aku mohon pada Allah SWT ampunkan dosa aku jika aku buat silap tanpa aku sedari.....

    Sunday, October 01, 2006

    PuASA

    Assalamulaikum...


    Terlebih dulu aku nak ucapkan Selamat berpuasa eh kepada Kekawan semua ....puasa jangan tak puasa....aku kat sini mcm biasa hidup seorang bujang ni...Bangun sahur puk 4.00pagi rajin lagi setakat ni...Biasanya aku sahur makan nasi dah aku bungkus awal malam td...pastu ngan air...Pernah sekali tu aku bangun sahur makan buger ajer....tapi pagi tadi sebab cuti aku rajin skit masak nasi goreng...tu baru bab sahur...
    Bila buka plk,memacam nak makan, tapi aku tetap amalkan kesederhanaan..huuhuhuhu padahal baget nak simpan beli baju raya.....aku cuma beli nasi,lauk dan sayur ajer...tapi aper pun aku tetap nak makan bersama budu..biasa ler aku ni orang kelantan tak leh tak makan nasi ngan budu ni...kalu orang kelantan cakap ..(sedap wess)..mujur ler hari tu aku balik kampung aku ada beli 5 botol tapi aku bagi kat orang lain 4 botol jd aku hanya ada sebotol ajer..cukup ler aku ngan kawan aku kat sini untuk sebulan ni....2 org ajer aku ngan kawan ajer yang lain tak makan ....diaorang tak biasa kut....
    Aku ni kalau buka puasa tak buka umah aku sebab kawan seumah aku tak makan kat umah jd aku makan kat umah kawan satu pantai timur ler...mujur dioarang ada ..kalau tak jawapnya makan seorang eh.....
    Pas makan... pi surau sembahyang terawih setakat ini hanya sekali aku tinggal sebab masalah yang tak dapat di elakkan...biasanya aku buat 8 ajer...lepas 8 aku blah ....sini cepat puk 9 dah siap utk aku ler....kalau pi surau teringat kat kg, best sembahyang kat kg leh bermersa2 ngan org kg ni...tapi aku sempat sembahyang terawih kat kg nnti...tak sabarnya nak balik kg nak jupa atuk aku ni....teringat kat dia ajer bulan2 puasa ni...biasanya kalau puasa aku selalu teman dia buka puasa..biasa ler cucu misali.....kali ni balik nnti nak jupa dia eh dulu...