Nuffnang

Sunday, May 02, 2010

JOM PI RADIX FRIED CHICKEN



Hari ni bukan nak promosi tapi saja saja nak berkongsi dengan kekawan...Aku nk angkat nama produk Orang islam....Korang pernah dengar tak RADIX FRIED CHICKEN, dia sama ajer dgn KFC leh di katakan 100% sama eh..cuma kualiti agak bebeza bagi aku eh...

Setakat ni aku cuba 3 kali deh...tempat nya agak jauh juga sebab di kluang....Tapi xsemua menu aku cuba eh..Yang pasti ayam aku doh cuba...semua bahan makanan dia dr bahan organik..korang paham tak aper tu organik..Kalau nak lebih lanjut leh g laman web dia..dia ada bagi penerangan....

Aku suka bila masuk dlm tu...bila kita nak order kan, menda yang pertama kuar dr mulut perkerja bagi salam terus bagi salam..Masa aku mula mula gi tu aku banyak tanya skit sebab aku nak tau juga kepastian...Tapi bags dia layan dgn baik sekali..mgkin dia paham kut sebab aku kali pertama....Masa ambik order mata aku melilau tgk kawsan pat krja..Ada menarik perhatian aku tentang RADIX FRIED CHICKEN.

Nak tau aper yang menarik RADIX FRIED CHICKEN ialah pekerja nya...Kebanyakan stafnya dari golongan OKU yg xlah teruk...ada kurang pendengaran sebab aku tgk dia pakai alat kat telinga...pastu ada yg lain lain...nak tau korang g sendiri eh....Bagus pengurus dia bagi peluang kerja dekat oku ni..Murah rezeki dia nnti...Bila aku masuk aku rasa kagum sebenarnya....Orang melayu leh terpikir nak mcm ni kan..

Ayam dia agak bebeza sebab ayamnya organik, rasa dia agak berlainan sangat...Yang pasti air nya mmg sebab air dia lain ...mcm pat lain dia bagi air pepsi yang bergas tu...Tapi yang ni kebanyakan dia bagi air herba mcm aku pernah mintak air pegaga..rupanya best air pegaga ni .....Rasa nak g minum air pegaga aje..Bnyk lain menu air, nnti aku cuba yg lain lak....

Pengasas RADIX FRIED CHICKEN ni ialah org kedah..Baru ada beberapa tempat cawangan ajer..Masih belum berkembang...Jadi marilah kita pakat sokongan barangan Malaysia yang berkhsiat dan lazat ni....

Kalu nak tgk laman web dia layari eh ....http://www.radixfriedchicken.com.my/index.html

0 comments: